Followers

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Wednesday, April 6, 2011

Merindui Masa Lalu,Teruja Masa Depan

\

Masa dahulu.Saya rindu..

Maen masak-masak,maen doktor-doktor, maen sorok-sorok, maen batu selambut, maen bola
kaki tiga,jalan keliling kampung dengan basikal, pergi sekolah dengan basikal@ bus sekolah,
dapat performed well dalam exam kecuali math(anti maths),jadi pengawas sekolah, jatuh kolam
penuh berudu, ditumbuk budak darjah 1 sampai menangis,kena rotan sebab sorang diri dapat B
untuk maths dalam ramai2 budak sekelas.Oh Maths lagi.

Lagi.Beratur panjang bila van milo free datang sekolah, buat lukisan dengan water calours,beli
air harga 20sen,bawak duit belanja 50 sen tapi boleh beli makanan jugak( tapi sedikit jela =) ),
dapatRM 1 untuk setiap A, kalau dapat 3 A, RM 3 akan dapat, banyak pada  masa itu, boleh
tunjuk dengan adik-beradik laen, muka penuh bangga tayang duit,waktu prep yang sering
dihabiskan dengan belajar tapi sambil berbual, merancang dan jadi fasi untuk Badan Dakwah
sekolah,oh rindu sekolah yang sangat berjasa.

Masa depan, saya teruja..

Untuk habeskan ijazah walau sekarang masih melepak di matrik, mahu kerja di lab @ hospital,
mahu ada kereta Ispira yang ada conteng macam kereta dalam filem KL Drift,(saya penyokong
buatan Malaysia, =P ), mahu ada rumah yang dicat warna hijau epal dengan hiasan dalaman
simple,mahu bagi duit kat umi dan abah dengan gaji sendiri, mahu menjejak kaki Tanah Haram,
mahu beli segala yang mahu dengan duit sendiri, mahu itu dan ini.Banyak sangat planning masa
depan.Ada lagi yang tertinggal??

rumah ini lawa!
Pernah anda rasa perasaan yang sama macam saya ini??

Rindu pada masa lalu, serasa mahu putar balik zaman kanak-kanak dan di bangku sekolah tapi
pada yang sama sangat tak sabar nak menempuh masa depan dengan planning segala bagai nak rak.

Kenapa perasaan atau rasa itu terdetik di hati??

Mungkin ia adalah kerana kita menyesal tidak melakukan yang terbaik pada masa lalu.
Mungkin juga kerana masa lalu itu lebih indah dan cerah berbanding masa sekarang.
Mungkin masa lalu kita kurang beban dan tanggunjawab seiring peningkatan usia.

Mungkin perancangan masa depan itu dirasa tak mustahil untuk merealisasikannya..
Mungkin masa depan itu sebagai tempat untuk menebus kesalahan lalu.
Mungkin masa depan itu lebih indah dari masa sekarang.

Segalanya mungkin.

Lalu, sedarlah kita berada pada masa sekarang maka gunakannya untuk menebus
masa lalu dan corakkannya agar ia jadi lebih indah.Bukan hanya terus melakar masa depan
tapi terlupa masa sekarang lah akan mencorak masa depan sama ada terus di takuk lama
atau lukisan kehidupan menjadi lebih menarik nanti.

Masa sekarang akan jadi masa lalu, dan masa hadapan adalah hasil corakan masa sekarang.
Kalau masa dahulu kurang indah, jangan lepaskan masa sekarang untuk melakar kembali sebab
kita belum pasti masih sempat menhadapi masa hadapan.

Untuk masa hadapan, teruskan pasang impian dan doa tanpa melupakan peluh usaha kerana
hanya itu buat kita lebih semangat pada masa sekarang dan jadikan masa lalu sebagai guru
kehidupan agarhari dan masa yang ada sekarang tidak mengulang kesilapan tapi membuahkan
hasil yang lebih baek mengikut takdir Allah SWT sejak azali.Lalu,gunakanlah  masa sekarang
sebaiknya dan bersyukurlah Allah masih panjangkan usia sehingga saat ini,ketika membaca ini.


Masa lalu, masa sekarang dan masa hadapan adalah umpama puzzle.Jika hilang satu ia
anak puzzle bagai ada sesuatu yang hilang dan tidak lengkaplah puzzle kehidupan ini dan tidak
lagi jadi bermakna.

Lukislah kehidupan sekarang seindahnya didasarkan pada syarakNYA.Pasti indah kan??

Monday, March 7, 2011

bila tengah stress, nak buat macam mana ?


Saat jatuh, akademik tak stabil, kerja melambun minta disiapkan, rasa nak 
duduk dalam bilik, pasang earphone di telinga dengar lagu nasyid yang membina,
matikan handset, duduk atas katil sambil tutup mata, mahu lupakan segala masalah.

Kita hanya manusia biasa, bukan robot yang boleh buat kerja 24 jam,7 minggu.
Sedangkan robot atau segala benda teknologi tinggi ada masa rehat untuk
recharge bateri, kumpul tenaga baru.Inikan pula insan bergelar manusia.

"kalau kak tengoh down,akak buat macam mana eh?"

"oh soalan kamu tak sesuai ditanya pada akak, akak ni tak pandai urus stress"

"cerita jela, tadi saya tanya jugak akak-akak lain, ada jugak jawapan mereka,
sekarang giliran akak,tak boleh nak larikan diri, kena jawab jugak"

"amboi tengah buat research ke ni dik?? ok, kalau akak senang je, jangan
buat muka stress depan orang, buat riuh sikit dengan kawan-kawan untuk
releasekan stress tapi masih dalam terkawal la.Makan apa yang kita suka,
luahkan pada kawan terdekat yang penting ingat Allah takkan bebankan
melebihi kudrat kemampuan kita.."

Sakit memang sakit tapi jangan jangkitkan atau sebarkan rasa sakit dalam diri
kepada orang lain.Nanti tak pasal-pasal  mood ribut kencang merebak satu
kampung.Cubalah bertahan dengan tunjukkan muka yang ceria dan tenang.
Agar nanti orang yang melihat kita yang pasti punya masalah juga tertenang juga.



Jika tak tahan, carilah sahabat yang dah tahu sikap dan perangai kita yang lemah ini.
Aci stress nak nangis, aci mood tak elok, air hujan di mata turun dengan lebat.
Aci akademik jatuh, rasa nak lari hujung dunia.Luahkan padanya biar rasa sesak
di dada dapat diredakan, walau sedikit cuma.Takut-takut lama simpan sakit, gunung
berapi bakal meletus di Malaysia walau negara kita luar Lingkaran Api Pasifik.
Tak kira anda lelaki atau perempuan, cari dan luahkan kepada mereka yang kita
percayai, diri kita sebenarnya memerlukan pendengar masalah yang setia.

Ini lebih relaks bagaimana cara nak handle rasa masa tengah down; jeng-jeng

"..ajak makan bersama kawan-kawan rapat, pasti akan ada gelak yang terburai.tak sikit mesti ada yang buat lawak antarabangsa versi hantu kak limah ke apa.Enak lagi kalau kawan pulak yang belanja makan.Oh, bahagia rasa, masalah dapat dilupa seketika.Lepas makan-makan bolehlah share masalah dan sama-sama dengar atau tolong bagi semangat antar satu sama lain.Sebenarnya diri kita perlukan motivational support..itu sahaja!"

"..maen games.pikir strategi tanam pokok nak lawan zombies..zombies vs plants.Ni saya punya cara la kan..tak sesuai untuk bukan yang macam saya.Apapun, carilah sesuatu yang kita suka dan ralit bila buat.tak kesah lah nak tanam bunga keliling rumah, nak masak hingga dapur pecah tapi ingat jangan sampai melampaui batas..Allah tak suka.."

Akhir sekali, cara nak handle down ialah kembali kepada fitrah asal seorang hamba.
Baca Al-Quran sambil tengok terjemahannya.Betapa banyak ayat-ayat motivasi dan 
pujukan ALLAH kepada hamba-hambaNYA yang sedar dan mahu berfikir.
Selak satu-satu.Ayat motivasi dari ALLAH beb!Memang kena terus kepada diri.
Dan banyakkan zikrullah.Kerana dengan mengingati ALLAH, hati jadi tenang. :)



Lagi, bukak buku sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat.Ahh,sedikit sangat
nak kira ujian kita sekarang berbanding mereka di masa zaman Islam baru nak
bertapak di Mekah dan Madinan namun mereka yakin dengan janji-janji ALLAH.
Tengok bagaimana cara Rasulullah dan para sahabat bina semangat dan motivasi
masa nak sebar luaskan Islam.Saling kuat-menguatkan.Saling ingat-mengingatkan.
Rasa dah perit berjuang, ingatlah kita adalah antara mata-mata rantai perjuangan.
Bukan pemula dan bukan juga pengakhir tapi adalah penyambung bukan pemutus.



Hasbunallahuwanikmalwakil~

Wednesday, December 22, 2010

Jiwa Kering

Kawan saya tengah bersedih, maka saya ingin memberi senyum padanya.


Jiwa kering
Dengar perkataan ini dari seorang kakak,terus suka.Katanya kakak ini
jiwa kering,manalah ada lelaki yang nak.Yang saya faham(buat tafsiran 
sendiri),dia tak mahu ada terlibat dengan bab cintan-cintun ni,
belum tiba masa,maka saya pun harus berjiwa kering.


Tak pandai sebenarnya nak tulis bab ni,kekeringan idea tapi saya 
ingin tenangkan kawan saya.NAH! (latar belakang lagu:KCB)


Moga kita semua dijaga rapi oleh Allah hinggalah tiba 'kekasih halal'
nanti.Susah sebenarnya nak lawan perkara ini kerna ia bermain dengan'
fitran insani yang lemah, maka itulah cabaran buat kita.Dengan usia 
yang memang tak dinafikan lagi kuat dugaannya.


Mujahadah melawan nafsu!!


Jika kamu payah nak lupakan dia, cubalah! jangan mengalah!


Its maybe not the right time now.When the time comes, duduklah
seorang di kutub utara, seorang lagi di kutub selatan, maka ia tetap
datang.Jodoh itu percaturan Allah sejak azali lagi.


Percayalah dengan aturan jodoh terbaik Tuhan.Moga yang datang
nanti benar-benar sekufu( syarat nak cari pasangan Islam) dan bakal
buat kamu bahagia tanpa perlu menipu kamu gembira.


Bolehkah saya mahu tetap tunggu dia??


Wow,amazing!!kuat betul panahan arjuna.Moga kita terjaga dari fitnah.


Tak salah menunggu.tapi dalam menunggu dia, jika yang ditunggu tak dapat
jangan pernah tutup hati kamu pada orang lain( adeh,apa punya nasihat ni?)
Dalam menunggu, maka lebih eloknya kita islah(perbaiki) diri kepada yang 
lebih baik supaya nanti kita berdiri sama tinggi ,duduk sama rendah dengan 
dia.Jagalah akhirat di samping sibuk mengejar dunia kita :)


Akhirnya,doakanlah yang datang nanti adalah yang terbaek.
Kerna Allah pemilik segala hati.Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.


Mungkin dia datang sebagai wasilah dari ALLAH untuk kamu berubah.
Pandanglah dengan sisi positif bahawa kamu hilang dia sekarang bukan
satu yang merugikan sebab ia tambah dekatkan kamu dengan DIA.


Kekasih yang HAKIKI!


Ahh,cantik sungguh aturan Allah kepada kita yang lemah ini.




Allah sayangkan kita even-even more kawan.Sebab itu DIA berikan
kamu sedikit sakit dengan kehilangan dia supaya gembira datang
mengganti dalam redhaNYA.Bukan dalam gembira yang terpalit dosa.


Cukuplah ALLAH untuk kamu.Pada aku jua.Maka bila kita letakkan akhirat 
di hadapan, dunia juga bakal turut serta dalam perjalanan panjang ini 
mengikut aturanNYA.


Berhijrah ke fasa baru masih belum terlambat,dan tak pernah terlambat!
Berhijrah menuju hasanah di hujungnya,insyaAllah..


Apa kaitan dengan tajuk??


Lalu, buat masa sekarang berjiwa keringlah dengan cinta yang tak pasti.
Basahkan jiwa dengan DIA yang setia dengan kita.Setia sentiasa.


Basahkan hati dan bibir dengan ingatan pada ALLAH semata.
Maka kamu boleh lupakan dia,insyaAllah,doakan banyak-banyak.


Moga ALLAH sentiasa melindungi kita,ameen =)


p/s:adeeh,macam dR.cinta plak..
Wednesday, December 8, 2010

Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010

Dibantu pak cik google, saya mencari siapakah tokoh Maal Hijrah 1432 aka 2010.


Mereka ialah :

SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 
Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri,
di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau 
dalam bidang dakwah sejak sekian lama.


Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam 
Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi.


 Dr. Zeti Akhtar Aziz 
Namanya banyak dekat duet-duet kertas serata Malaysia.Wah,famous2.
Wanita jutawan di Malaysia,kagum sebab nama wanita yang terpampang.


Dan kedua-dua ada title Doktor..Dato' Dr. Haron Din dan Dr.Zeti Akhtar.

Tapi kan..kan cantik kalau tokoh tu yang boleh dijadiakan role-model
kepada wanita-wanita lain..yela ni kali pertama wanita dapat tokoh
Maal Hijrah.

Islam kan hebat maka sangat bagus kita tunjukkan kesempurnaan Islam

Ligat bagaimanapun kita, tuntutan Islam kena jaga taw :)

Namun saya tak nafikan sumbangan Dr.Zeti kepada negara.
Sekadar pendapat.
Thursday, December 2, 2010

Perlahan-lahan Namun Istiqamahlah



Sering seusai  ceramah perihal dakwah atau amar makruf nahi munkar
soalan yang biasa ditanya oleh peserta ialah:


"ustaz,macam mana kita nak dakwah sedang kita tahu tak cukup ilmu"
"saya tak baik, takkan nak ajak orang lain pulak"


Saya tersenyum di belakang.Saya juga pernah berfikiran sama dengan
mereka.Dahulu.Ketika baru dijinakkan ke medan dakwah melalui 
BADAR sekolah.Dari situ saya mula diajar kita wajib berdakwah.
Dengan keadaan dunia sekarang yang semakin mencabar.


Dahulu,sayalah yang sering tidak ikut peraturan,menjadi budak
nakal dan agak gila-gila kerna kami hanyalah perempuan di sekolah.
Dunia bagai kami yang punya.Namun bila mula kenal usrah, alhamdulillah
ia bagaikan hadiah dari ALLAH.


Jika beralasan ilmu tidak cukup, memang sampai bila-bila ia takkan
cukup kerna ilmu Allah itu sangat luas, himpunlah tujuh lautan pasti 
tak cukup nak menulis kalam ilmu ALLAH, maka di sini perlu sedar 
bahawa proses menuntut  ilmu itu sentiasa berjalan.Non-stop.Maka 
jangan pernah penat mengisi ilmu di dada.


Jika kita tahu tahu sesuatu perkara,sebarlah ia kerna itulah dakwah.
Jika kita tahu, amalkan ia dalam kehidupan seharian, supaya ia 
menjadi dakwah bil-hal,menjadi uswatun hasanah(contoh teladan) 
kepada orang lain.Rasulullah saw sendiri berdakwah dengan cara ini.
Ramai yang terpikat dengan  Islam kerana peribadi Baginda yang baik.



Dari anas bin malik r.a.,ia berkata,kami bertanya,
" Ya rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan dan
 kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan 
semua kemungkaran."Maka nabi saw. Bersabda,"Tidak, bahkan 
serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan 
semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun
 kalian belum meninggalkan semuanya."
( Hr. Thabrani )


Jika merasakan diri tidak baik, ayuh sama-sama kita mengatur
langkah ke arah yang lebih baik.Biarlah perlahan asalkan istiqamah.
Saya menyaksikan banyak perubahan sahabat perempuan saya yang
sangat mengujakan saya di tempat saya belajar ini.


Perlahan-lahan perubahan itu namun mereka sangat cantik dengan 
perubahan baru ini.Alhamdulillah..saya pun sedang cuba mengikut 
mereka dari belakang biar mungkin agak jauh ketinggalan, saya 
akan terus mengejar.


Apa kata kita sama-sama mencuba,tak salah berubah kepada baik kan?? 
Nanti bila semua dah berubah baik,indahnya dunia ini dihiasi mahmudah
Jom kita lari bersama-sama.Semoga ALLAH menolong kita semua semua :)
Monday, November 29, 2010

Kita Dulu Adakan Apa Yang KIta Mahu

Jika ingin dihormati,tak salah kita menghormati.

Jika ingin difahami,jadilah juga yang memahami.

Jika ingin yang soleh/solehah, sebaiknya kita soleh/ah kan diri dulu.

Jika ingin didoakan, apa kata kita juga doakan mereka.

Jika ingin dihargai, maka hargailah orang-orang di sekeliling kita.

Jika ingin disayangi,maka belajarlah menyanyangi.

Jika tak suka orang marah-marah, jangan jadi pemarah tak bertempat.

Jika kita ceria,orang lain juga bakal ceria.Senyumlah sentiasa.

Jika ingin Allah sentiasa menjaga kita,kita wajib jaga hak-hak ALLAH.

Lalu jika ingin begitu dan begini, maka buatlah dulu begitu dan begini.

Itulah hukum alam..what you give, you get back.

Usah berlebih-lebih dalam mencari yang baik, eloknya kita yang menjadi
baik juga supaya segala yang baik-baik datang kepada kita pula.

Biar alam sekeliling melantunkan balik ion-ion positif yang
kita sebarkan kepada orang sekeling.Indahnya dunia.

Terima kasih kawan-kawan kerana menerima diri ini seadanya.

Saya tak baik,maka saya doakan kita semua dapat jadi baik2 selalu :)

Monday, November 22, 2010

Minat dan Suka Akan Menyusul

Satu dialog JDrama yang memberi kesan kepada saya:


Takeno:Sensei, is really your job  something you really wanted to do?
Sensei:Nope,my senpai from college asked me to do it with such vigor.
           And I was half in doubt at first.But as I did it, 
           I grew to to like this job.
Takeno:I see(dengan muka masih tak puas hati)
Sensei:I, too, just wanted to paint at first.But people who can do what 
           they love at a job is one in a million.And among those people, 
           the ones who can do what they really want is even less.
           I'm really glad i have this job


Sangat mendalam maksudnya kan?Bejaya membuat saya mengulang scenes
ini beberapa kali.Memutar apa yang dikatakan.Cuba untuk memproses
lalu disimpan dalam celahan file-file minda.Moga tersave dengan lama.


Cuba mengingat kembali cita-cita dahulu yang memang sangat ingin
menjadi seorang pendidik,di kelilingi anak-anak murid.Mengajar 
mereka sains mungkin.Sebab saya suka subjek ini dari dulu.
Sains memang menarik bagi saya.Ia hidup dan berfakta.



Tetapi kini saya sedang di pusat asasi mengambil jurusan Biologi.IAllah.
Juga berkait dengan sains.Saya tidak suka Maths.Penat memujuk diri
agar suka kepada Maths tapi belum bertemu sesuatu yang membuat saya
jadi benar-benar suka tentang ia melainkan nombor dan formula yang
memeningkan kepala.Ahh. Sebab itu dulu semasa dapat kos Engin 
saya lari ke kos sekarang.Hehe.

Betul.Apa yang kita suka tak semestinya kita dapat.Sebab Allah tahu
mungkin apa yang kita nak tak sesuai untuk kita.Manakala yang kita
duk cuba menanam,menuai,membaja sekarang inilah mungkin yang
bakal membuahkan hasil untuk kita nanti.Siapa tahu?Rezeki itu Tuhan 
sudah aturkan sejak azali.Kerja kita ialah yang perlu mengigih kuat 
supaya rezeki itu pun suka untuk datang pada kita pula.


Sama juga dengan keadaan bila diberi jawatan dalam persatuan.
Puas memujuk jangan pilih saya,saya tak pandai itu dan ini,

Saya tak boleh handle keadaan, namun bila diberi jawatan,
cubalah menyahut sebagai tarbiah menjadi lebih baik.Mana tahu,
lain masa ia bakal berguna untuk skill2 semasa menemuduga kerja.




Maka optimislah ,elakkan pesimis!( ingatan buat diri ini)


Yang bulat tak datang bergolek,yang..ahh saya sudah lupa peribahasa ini.
Sila bantu jika tahu ya :)
Tuesday, November 9, 2010

Tarbiyyah itu..


10 Muwasafat Tarbiyyah
"Cuba beri maksud tarbiyyah dalam satu ayat"


Permintaan salah seorang  sahabat dengan teka-teki ilmiah secara mendadak
itu buat kami sesak nafas.


Apa ya?Dalam fikiran cuba mencari gali definisi bagi sisi diri sendiri.


Definisi mereka:


"didikan ke arah pembaikan"


"pengorbanan ke arah kebaikan"


"paksi x ukhuwah,paksi y itu ibadah,manakala paksi z itulah tarbiyyah"


"ayam daging"


Jawapan mudah peneka:


"improvement"


Lain orang lain definisi yang disemat dalam diri.Bagus.Kita ada prinsip 
tarbiyyah yang insyaAllah memberi satu booster untuk terus mengorak 
langkah di kehidupan ini.


Tarbiyyah itu suatu peraturan terbaik yang mampu bertindak balas bersama 
fitrah insan,dikemukakan secara perkataan dan tidak langsung bertujuan
mengubah manusia ke arah yang lebih baik, melalui dan menepati sistem dan 
wasilah-wasilah tertentu


Ini maksud secara skemanya.


Tarbiyyah itu hidup.Hidup ini adalah tarbiyyah.

Dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar urusan.

Ini maksud secara mudah namun mendalam.


Jika sakit itu membawa kita kepada sabar,itu tarbiyyah.
Jika sibuk mengajar kita berdisiplin dan lebih menghargai masa,itu tarbiyyah.
Jika kesenangan itu membawa kepada syukur, itu jua didikan tarbiyyah.


Jika segalanya membawa kita kepada yang lebih baik dan semakin mendekat 
dengan Sang Pencipta peraturan langit dan bumi itulah tarbiyyah yang sebenar.


Tarbiyyah itu hidup.Hidup ini adalah tarbiyyah.

Dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar urusan.

Segala-galanya adalah yang membawa kita sedar kita ini hanya hamba.Lalu 
manifestasi sebagai hambaNYA ialah memberi dan berubah ke arah kebaikan.

Mengikut skema yang ditetapkan oleh Ilahi.Yang minta dibuat,maka lakukan-
kanlah.Yang ditegah,maka menjauhlah.

Walau ia berlawan dengan kehendak nafsu.

Tarbiyyah adalah didikan dari ALLAH  secara langsung mahupun tidak langsung.


"apakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman"
sedangkan mereka tidak duji?"
[al-'Ankabut:2]

Sabar itu indah,susah itu tarbiyyah :)
Sama-sama koreksi diri.
 

Blog Template by BloggerCandy.com