Sering seusai ceramah perihal dakwah atau amar makruf nahi munkar
soalan yang biasa ditanya oleh peserta ialah:
"ustaz,macam mana kita nak dakwah sedang kita tahu tak cukup ilmu"
"saya tak baik, takkan nak ajak orang lain pulak"
Saya tersenyum di belakang.Saya juga pernah berfikiran sama dengan
mereka.Dahulu.Ketika baru dijinakkan ke medan dakwah melalui
BADAR sekolah.Dari situ saya mula diajar kita wajib berdakwah.
Dengan keadaan dunia sekarang yang semakin mencabar.
Dahulu,sayalah yang sering tidak ikut peraturan,menjadi budak
nakal dan agak gila-gila kerna kami hanyalah perempuan di sekolah.
Dunia bagai kami yang punya.Namun bila mula kenal usrah, alhamdulillah
ia bagaikan hadiah dari ALLAH.
Jika beralasan ilmu tidak cukup, memang sampai bila-bila ia takkan
cukup kerna ilmu Allah itu sangat luas, himpunlah tujuh lautan pasti
tak cukup nak menulis kalam ilmu ALLAH, maka di sini perlu sedar
bahawa proses menuntut ilmu itu sentiasa berjalan.Non-stop.Maka
jangan pernah penat mengisi ilmu di dada.
Jika kita tahu tahu sesuatu perkara,sebarlah ia kerna itulah dakwah.
Jika kita tahu, amalkan ia dalam kehidupan seharian, supaya ia
menjadi dakwah bil-hal,menjadi uswatun hasanah(contoh teladan)
kepada orang lain.Rasulullah saw sendiri berdakwah dengan cara ini.
Ramai yang terpikat dengan Islam kerana peribadi Baginda yang baik.
Dari anas bin malik r.a.,ia berkata,kami bertanya,
" Ya rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan dan
kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan
semua kemungkaran."Maka nabi saw. Bersabda,"Tidak, bahkan
serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan
semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun
kalian belum meninggalkan semuanya."
( Hr. Thabrani )
Jika merasakan diri tidak baik, ayuh sama-sama kita mengatur
langkah ke arah yang lebih baik.Biarlah perlahan asalkan istiqamah.
Saya menyaksikan banyak perubahan sahabat perempuan saya yang
sangat mengujakan saya di tempat saya belajar ini.
Perlahan-lahan perubahan itu namun mereka sangat cantik dengan
perubahan baru ini.Alhamdulillah..saya pun sedang cuba mengikut
mereka dari belakang biar mungkin agak jauh ketinggalan, saya
akan terus mengejar.
Apa kata kita sama-sama mencuba,tak salah berubah kepada baik kan??
Nanti bila semua dah berubah baik,indahnya dunia ini dihiasi mahmudah
Jom kita lari bersama-sama.Semoga ALLAH menolong kita semua semua :) Tweet
0 pengomen sporting!:
Post a Comment