Followers

Monday, February 25, 2013

Make Hadis 25 Simple & Sweet

Assalamualaikum semua orang :)

Hadis 25, riwayat al-lmam Muslim.


Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat

Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang orang kaya 
telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami 
sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka 
bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah 
telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya?
Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir 
itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil 
itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu 
sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah. Mereka bertanya: 
Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnya pun dia 
beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia 
melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian 
jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.




Minggu lepas, 1 sms masuk: 'Ateh-hadis 25, Qiyam & kita usrah sebelum subuh'


Terus lompat ke rak,ambik buku hadith 40.Mak aih, panjangnya, nak oyak gapo laa -.- 


6.10am:Baru start berbulatan di meja untuk tadarus. Muka sememeh ja semua :D

6.15am:Azan subuh.Jawab azan. Kita solat dululah, baru sambung,kata Along.
6.30am:Start dengan part aku, present hadis 25.

Make it short and sweet Ateh, kata Anje dengan mata tak berapa nak buka lagi.

Semua maklum, aku terkejar-kejar nak balik Qlate pukul 6.45am dengan roomates.

Ok I'll make it short and sweet :)


Baca sanad hadis 25.Ambik berkat dari kata-kata Rasulullah SAW.

Walau tersekat-sekat, berhenti banyak di tempat salah. Geleng kepala sendiri.
Acik di sebelah tolong tegur, Anje dah sengih.tak baik!

Baca maksud Hadith seperti di atas. Walau semalam prepare nak present apa,

tapi sebab nak cepat, yang lain pun macam nak 'menghambat' pergi bersiap,
isi dah lari lintang pukang kalah orang lari kena kejar harimau bintang.

Isiku tinggal begini lebih kurang;


Disebabkan Hadis ini berkenaan para sahabat yang miskin iri hati dengan

sahabat yang kaya harta dari segi nak memberi/bersedekah yang mana kira orang 
kaya ini lebih banyak pahala dapat dibuat dengan harta mereka. Nabi pujuk dengan
hadis ini dengan bersabda, bahawa tiap tasbih,tahlil, tahmid, takbir yang kamu
sebut pun dikira sedekah. Buat amar makruf nahi munkar pun dikira sedekah..
Tambah-tambah hari ini hari jumaat, up lagi pahalanya :)

Ya Rahman dan Ya Raheem Allah SWT.

Dengan rahmat dan kurniaanNYA supaya antara kaya dan miskin punya cara sendiri,
ikut kemampuan untuk bersedekah. Miskin ikut cara miskin, kaya ikut cara kaya.

Janji sumber halal dan bersyariat. Bukan janji dicapati. Erk


Dan tinggal lagi, kita nak dan buat ke tidak?


Muhasabah balik, bila masuk duit pinjaman/biasiswa, ada tak bahagian khas

yang diasingkan untuk infaq atau sedekah?? At least keluarkan RM10 dari total.

Biasakan diri untuk infaq walau sedikit, latih diri untuk suka memberi walau sedikit.

Bimbang, bila punya gaji sendiri, lebih liat dan terketar-ketar nak hulur walau RM1.

Pegang firman Allah  Al-Baqarah:261,

Orang yang infaqkan hartanya pada jalan Allah, umpamanya nanti Allah akan gandakan 
dari sebutir biji, menumbuhkan 7 tangkai, tiap tangkai ada 100 biji. Dilipatgandakan.

RM 1X7X100= RM 700 


Peluh menitik,phew. Banyak boh pahala!

Kalaulah kita sedar,kita sedang berjual beli dengan Allah.Nampak syurga melambai :)

Habis usrah, salam-salam. Balik Kelantan untuk misi seterusnya. Usrah hadek2 solehah.





Sunday, February 3, 2013

Semester 4, May Allah Ease.



Subhanallah, Alhamdulillah.Ulang dan ulang sampai puas.
Terbawa-bawa acapella yang dibuat UNIC sebenarnya ni.
Seriusly suara mereka anugerah! Ini link,kut-kut teruja nak dengar kan?

UNICtv. Acapella Maha Suci Allah

Dan esok, 3 Feb 2013. Stesen Bas KB --> Terminal Makmur, 10 pm.
Kembali menjajah taman ilmu Kuantan bersama rakan seperjuangan.
Sekejap je 3 minggu,pejam celik cuti semester 3 dah habis.
result exam dah tengok, cuma buku sirah tinggal 1/4 belum habis -.-"

Hari ini, tengok dari FB, pak sepupu Azizi Mejan dah kawen dengan K.Hafiza.
Seminggu sebelum, adiknya Azri Mejan dengan K.Hidayah.Sekali gus, jimat :D


Atas: Azizi+ Hafiza & bawah: Azri+Hidayah
Cepat masa berlalu, dulu aci maen jugak la kut dengan depa, sekarang
dah berkahwen riang.Bila la abang dan kakakku mahu ikut jejak ni? adik 
dia pun nak merasa meriah ada orang kahwen dalam family. Best kut!

Bulan 3, kawan sebatch sorang lagi kawen. Lepas tu sapa plak? Haa.

Ustaz Azhar ada kata, petanda jodoh baik,bila kita lihat dia hati rasa lapang.
Ni kira qaul UIA ye, bukan saya. Wahh, dah besar semua orang.Saya baru 20++.

 For New semester, come with new hopes and dream for a better semester.
Ya Allah ya Bari', ya Alim, ya Hakim.Engkaulah yang Maha Mengatur, maka aturkanlah agenda kami seiring dengan agendaMU.Jadikan segala ilmu yang kami belajar nanti mendekatkan kami kepadaMU, membuka mata kami kepada kebesaranMU. Sibukkan kami dengan perkara yang bermanfaat dan baik,dengan usaha dakwah dan tarbiah.Jangan Kau lalaikan kami ya Rabb dengan perkara sia-sia dan membuat kami jauh.Faqihkan kami denganilmu-ilmuMu dalam usaha mengapai redha dan cintaMu.Moga kami cemerlang dunia dan akhirat dan terimalah segala usaha kami sebagai ibadah di sisiMu ya Allah. Allahumma ameen.
[source]
Semester 4, semoga terisi dengan perkara baik dan bermanfaat.
Perkara yang bisa buat kita tersenyum dan ibu ayah gembira.
Perkara yang kalau tak banyak, sedikit jadilah menyumbang untuk agama.
Masa belajar sila fokus, waktu maen-maen jangan tak maen ^_^

Clinical Biochemistry, Medical Microbiology, Quality Assurance, Philosophy
of Science and Parenting Class, let's be my bestfriend and please be nice :)

May Allah ease.Dream high and do pray a lots.

Thursday, January 24, 2013

Kasih Padamu


Salam alaik :)

Cinta Rasul itu serius tanpa syarat :)
Malam ini malam yang cukup istimewa,12 Rabiulawwal 1434 H.
Terasa sungguh auranya, moga kita terpilih mendapat syafaatnya.
Allah telah hadiahkan pada alam, manusia luar biasa itu,tak lain Rasulullah SAW.
Datang dia membawa rahmat keseluruh alam, cahaya atas cahaya.Nur 'ala Nur.

Bukan orang Islam sahaja yang mengiktiraf krediadibiliti manusia agung ini.Tapi.

'When I closed second volume( of the biography of Prophet), I was so sorry,
there was not more for me to read of that great life"-Mahatma Gandhi -

Sir George Bernard Shaw kata Nabi SAW 'as a Savior of Humanity'

Dan antara 100 orang yang paling berpengaruh sepanjang zaman yang diranking
oleh Michael H.Hart, yang menduduki top 1 tak lain yakni Muhammad bin Abdullah.

"Muhammad was "supremely successful" in both the religious and secular realms"

Allahuakbar, takde kata terbaik nak ungkap tentang Murabbi Agung ini.

"Kasih Padamu" - Hafiz Hamidun 



Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku
****************************************

Nabi Muhammad SAW juga seorang manusia, tapi dia manusia luar biasa.
Kita yang tak pernah jumpa Baginda mampu menangis rindu, kut kalau 
diizin berjumpa pengsan tak bangun agaknya terpegun dek indahnya Baginda.

Terpaut dengan akhlaknya,senyumnya,sabarnya,pemaafnya,cintanya pada ummat,
tegarnya dalam perjuangan sebarkan dakwah dan Islam kalau boleh seluruh alam.

Jika kita benar mencintai Rasulullah,teruskan perjuangan Baginda SAW.
Sama-sama kita berpimpin dalam 1 saff perjuangan disertai jihad dan pengorbanan.

Allahumma solli 'ala Muhammad. Yuk, berselawat :)
Wednesday, January 16, 2013

Ini Bulan Cinta, Bulan Rasulullah SAW.


Alhamdulillah cuti semester 3 bermula 3hari lepas :)

Bukak FB wa Twitter, virus LISTEN merebak dengan jaya dan pantasnya.
Dari semalam sampei ke hari ini. Harapnya, isu ini dapat membuka mata 
bagi tak celik atau buat-buat pejam. Ohh my,Isu #KL112 HKR pun tenggelam.

Listen, listen,listen. May I lend your ears and eyes? Budi bahasa budaya kita.

Ini bulan cinta, bulan kelahiran Rasululullah SAW. Dah masuk bulan Rabiulawal.

Antara cara untuk kita semai, bajai, bunga-bungakan lagi cinta pada Nabi SAW;

1)Perbanyakkan selawat. Plis,jangan kudukut macam haji Bakhil ye.Bila dengar je kat
mana-mana orang sebut nama Nabi, Rasulullah SAW, sambung sallallahu'alahiwassalam.
Tak panjang pun, 1 kali kita selawat dapat bonus 10 kali beb. Tak mau? Sebelum tido,
try la selawat 11 kali then jadi 33x ke, lama-lama jadi biasa insyaAllah :)

2)Dalami sirah hidup Rasulullah SAW. Hah, apa lagi, ada duit lebih, atau kalau takde
simpan dan belilah buku Biografi atau sirah perjalanan hidup Rasulullah. Serius,
osem kut dan bertambah chenta dan sayang kita bila tahu betapa Nabi ni punyalah
susah nak sebar Islam masa mula-mula dulu. Kena pukul, ejek, tapi Nabi sabar sangat!
Kita takkan aci dapat Islam then cop sirim dekat IC, I am Muslim. Dok cukup bos!

3)Jadikan Nabi sebagai qudwah hasanah yakni ikutan terbaik. Teringat Ust Don
ada bagitahu dalam 30 min bersama Us. Don. Kita duk hapai semua lagu Justin Bibiaq 
(baca Justin Bieber), ikut update semasa retis tu, retis ni tapi salasilah Nabi tak hapai.
Hah, kan dah sentap dush dush hulu hati. Jadikan Nabi SAW role-model, bukan 
retis, tokoh itu ini dan sebagainya.

hadiah terbaik dari sahabat dunia akhirat :)
Mulai sekarang, pasang niat nak buat segala metod untuk membungakan cinta pada Rasulullah. Start slow-slow, ikut apa yang Allah suruh dan turuti sunnah Baginda. 
Tak mudah, tak payah tapi kita ni hamba DIA, ummat Rasulullah yang disebut-sebut di hujung hayatnya.Nak berqasidah untuk hadirkan zauq tambah cinta pun boleh sangat.

Nabi sayang sangat kat kita, tak mahu kita sesat ,ditinggalkan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Nabi jamin sapa-sapa yang pegang betul2, ikut 2 benda ini,insyaAllah tak sesat.

Haa, so tepuk dada tanya iman. Aku ini ikut tak apa yang Allah kata dalam Al-Quran?
Buat tak apa pa yang Nabi SAW pesan dalam hadith-hadith baginda? Ke ambik yang rasa  suka,yang rasa tak suka tinggal. Senang kata ambik juz'ie bukan semua.

Masih fresh, dari bacaan Biografi Muhammad SAW, kata-kata Nabi SAW waktu Abu Talib 
yang lihat suasana pada masa itu, awal-awal Islam disebarkan.Abu Talib bimbang boleh 
sampai bawak fitnah antara Quraisy dan suku Abdul Muttalib yang boleh bawak
kepada perang.

Tapi kata Baginda SAW: 

Wahai bapa saudaraku, Demi Tuhan, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku, dan bulan di sebelah kiriku supaya meninggalkan dakwah ini,perjuangan ini, nescaya aku tidak akan tinggalkan sehinggalah Tuhan menangkan agama ini.

Allahu Allah, meremang bulu roma masa baca, rasa macam Nabi duk cakap dengan 
kita.Moga pendirian Nabi dalam perjuangan dan dakwah ila Allah ini, kita jadikan 
booster dan penguat dalam mengharungi haru biru, rencah hidup berjuang, Allahuakbar!


Ya Hanana, betapa beruntung kami menjadi ummatmu ya Rasulullah SAW T.T

ps: Doakan saudara seaqidah kita di Syria yang semakin dikecam Rejim Basyar!

Wednesday, December 5, 2012

Opening Ceremony IKOD 12, Mat Luthfi Beb!

Salam semua!

Meh nak habaq, IKOD ini sebenarnya stand for IIUM Kuantan Open Day 2012.
Tiada kaitan dengan ikan kod atau apa saja yang takde kaitan okeh.
So kalau dah OPEN DAY, sah-sah terbuka untuk semua,so dijemput menjejak kaki ke sini ye.

Kat bawah ini saya tepek beberapa poster sebagai promo. Ada blog so boleh promo sendiri :D








Saya terlibat sebagai salah seorang komiti opening ceremony IKOD ini amat berbesar hati dengan
tangan terbuka, menjemput semua yang berada sekitar Kuantan juga yang jauh untuk menceriakan
event IKOD kami dari 6-9 Disember 2012.

Part yang osem, sebab matluthfi90 nak datang jugak as special guest.wohaa :D


But still, our priority is the FORUM which is to spread the dakwah insyaAllah.
Panelis pun hebat insyaAllah, Ustaz Azariza diganding dengan Ukhti Yatt Hamzah
dengan tajuk berkisar Hiburan, Ikhtilat, Keluarga (HIK) 'U-Turn Jalan Lurus'.

Banyak lagi kalau nak habaq satu-satu, yang pasti semua ada ke'best'aan memasing.
Ada PC Fair, Chocolate Fair, I-Baz, phew penat seh nak taip semua.

For more info, take a look to our video promo of IKOD '12


Jom, gua ikut enti ke IKOD 12 ,jommmmm ^___^

p/s:counting days to final exam for sem1,Rabbi yassir, mohon doakan saya semua,jzzk.

 

Blog Template by BloggerCandy.com