Followers

Showing posts with label Ramadhan Kareem. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Kareem. Show all posts
Sunday, June 30, 2013

Maher Zain - Ramadan


Sekejap tadi usha channel AwakeningRecords dekat Utube. Terpempan sekejap.
Semua maklum, Maher Zain punya suara memang syahdu, menyentuh jiwa.
Dengan mood Ramadhan semakin hampir, upload lagu laguni, memang tangkap leleh la.


You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,
Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you'd be
Here with me all year around

Chorus
I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan!




Allahumma bariklana fi Sya'aban, wa balighna Ramadhan. Balighna Ya Rabb!

Ahlan Ramadhan. Pandanglah aku ya Allah,hamba yang takluntur dari dosa.
I wish to meet you Ramadhan, Ramadan oh Ramadan laytaka dawman qareeb :)

Monday, July 23, 2012

Andai Ini Ramadhan Terakhir.

[Harapan Ramadhan oleh Manbai dan Raihan]


Alhamdulillah, Allah sampaikan kita semua ke Ramadhan Al-Mubarak.Semua 
tersenyum panjang kan, merafakkan syukur pada Ilahi :)


Coretan sebelum Ramadhan 1433 H.

22 Sya'aban 1433, nenek saya telah ke kembali ke rahmatullah, setelah 2 tahun 
menghidap sakit buah pinggang.Pemergian yang tak disangka, paginya saya menjadi 
nenek-sitter, menyuap nenek nasi berlauk dan berbual itu dan ini memandang 
pergerakan nenek kian terbatas sementara menunggu giliran dialysis.Pukul 1.30pm,
saya tukar shift menjaga dengan sepupu.Tapi ketika dialysis pukul 3pm,tak boleh buat 
sebab blocked dan dihantar ke wad.Setelah maghrib, nurse cuba gerakkan nenek 
yang seperti tidur tapi tiada respon.Ahli keluarga terdekat dipanggil berkumpul kerana keadaannya semakin kritikal,yang mana disambung dengan alat bantuan pernafasan,
diberi CPR beberapa kali oleh doktor.Dalam 5-10 minit kemudian,doktor keluar dan 
meminta anak-anaknya masuk,mengajar syahadah dan tidak lama setelah atok sampai 
untuk melihat nenek buat kali terakhir, nenek pergi untuk selamanya pada pukul 9.20 pm.Segalanya berlaku di depan mata saya.


Dan untuk 29 Sya'aban 1433, terdapat 2 kematian walaupun bukan ahli keluarga saya,
saya mengikuti keadaan semasa mereka:

Saya menghantar mesej ucapan Ramadhan Kareem sambil bertanya khabar ayah saudaranya,mesej itu dibalas dengan dimaklumkan oleh sahabat saya,Najah yang ayah saudaranya(Ayah Long) telah  kembali ke rahmatullah akibat Leptospirosis(jangkitan 
kuman air kencing).

Dan pada 29 Sya'aban juga,saya diberitahu oleh adik lelaki yang kawannya,W.Hassan 
yang koma seminggu lebih akibat kemalangan telah kembali ke rahmatullah juga.
Mengikut cerita adik, budaknya baik dan senyap sahaja dalam kelas.



Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ketiga-tiga insan ini yang telah kembali kepada pemilik sebenar,Allah SWT sebelum mereka sempat melihat langit dan berada di bulan barakah, iaitu Ramadhan ini yang saya hampir pasti mereka juga berharap untuk bertemu Ramadhan sama seperti kita.


Allah kabulkan doa kita yang telah diratib sedari Rejab,diteruskan ratiban itu pada 
bulan Sya'aban supaya Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan sekarang. 


ALHAMDULILLAH.




Ayuh sama-sama kita merebut peluang dan ganjaran dan paling penting nikmat
nyawa yang Allah pinjam semaksimum mungkin untuk beribadah dan menghidupkan
siang dan malam hari sepanjang Ramadhan seolah-olah Ramadhan 1433 ini adalah 
yang terakhir, entah sempat atau tidak untuk kita menjadi tetamu Ramadhan 1434 H.


Maut itu kita tak tahu bila akan menjemput dan bila pula giliran kita.


Buatlah checklist peribadi seperti borang muta'baah apa target ingin dicapai sepanjang Ramadhan ini,ataupun letak note di muka depan handset canggih mahupun dekstop
sebagai reminder kita bersama, agar tak tercuai untuk merebut pahala Ramadhan.




ATAU seperti yang comel ini (print,tepek di dinding )


DAN tak lupa formula supaya dapat khatam Al-Quran sebulan,insyaAllah


Yang mana nilaian pahala oleh Yang Maha Pemurah berikan bagi amalan sunnat pahalanya
menyamai pahala amalan wajib dan bagi amalan wajib dilipatkan gandakan sehingga
700 kali pahala yang biasa, Allahuakbar!!


Ramadhan adalah pesta ibadah dan pahala bagi mereka  yang ingin mengejarnya.


"Jadikan bulan Ramadan sebagai pesta ibadah bukan pesta juadah supaya puasa kita 
tidak hanya mendapat penat dan lelah di sisi Allah!" 


Moga kita sama-sama tergolong dan terpilih mendapat piala TAQWA di akhirnya.


Andai ini Ramadhan terakhir,beribadahlah semampu dan sebanyak yang boleh!


The Race is On!


Salam  Ramadhan Kareem,mohon maaf segala khilaf diri ini :)

Saturday, August 27, 2011

Bakal Berlalu Pergi


Post pendek, berkongsi apa yang sahabat kongsikan :)

Najah Solihah ada berkongsi di facebooknya beberapa hari yang lalu. Dia berkongsi apa yang didengarnya di slot Fikrah Ramadhan di MHI, penceramahnya Ustazah Laila Aniza.

"Ustazah sebut 4 perkara yang Nabi galakkan sepanjang akhir Ramadhan: zikir, istighfar, mohon lepas dari neraka n mohon syurga Firdaus. Kalaupun kita tak rasa 'gha' waktu istighfar,teruskan zikir dan istighfar, sesungguhnya Allah ni Maha Penyayang. Lama-lama, Dia akan campakkan jua kemanisan dalam hati kita,asalkan kita istiqomah dan ikhlas."


Yuk-yuk, kejar Ramadhan yang semakin nak berlalu pergi.Memang kena buat pecutan marathon tak boleh nak main aci kejar lari anak dah.Rebut tawaran pahala berganda dan rahmat yang datang setahun sekali. Nanti menyesal tak sudah.. 

Sesungguhnya ALLAH menyukai amalan yang sedikit tapi ISTIQAMAH <3


Friday, August 26, 2011

Opps, Ingatlah Orang Tersayang

Bismillah wa alhamdulillah :)


26 Ramadhan 1432, Jumaat terakhir untuk Ramadhan tahun ini, sayu bila 'dia' semakin terasa akan pergi tinggalkan kita dengan kemeriahan lagu raya, shopping raya, biskut raya, perabot raya dan jalan raya yang semakin kaya dengan kereta tanpa ada roti,oh jalan jemmed..!

Semalam mendapat khabar dari adik, kawan sekolah lamanya meninggal ketika balik
dari sekolah, meninggal di tempat kejadian akibat rempuhan kuat.Baru tingkatan 4,
anak sulung pulak tu.Sedih dan sayu, kalau adik atau sahabat sendiri tak tahu bagaimana perasaan.Tengok berita dalam paper wajahnya ada iras adik,makin sayu T_T Takziah untuk kelurga adik Zulfadli,moga ditempatkan bersama orang soleh, al-Fatihah~


Seminggu dua itulah berita yang bagai wajib ada dalam akhbar, KEMATIAN. Yang kebanyakan sebab kemalangan, kebakaran dan tak kurang dibunuh kejam. Menjelang mood balik kampung menjadi-jadi pula.Takut bila tengok tajuk-tajuk berita yang bagai dah boleh hafal sebab musabab kematian.Cuma tak tahu bila giliran dan sebab mati kita.
Malam ini pasti jalan berganda jemmed sebab geng perantauan mula jejak daerah kelahiran masing-masing sebab dah masuk hujung minggu.Yang keje balik kampung, yang kahwin balik jenguk ibu bapa atau mentua dan yang belajar tinggalkan buku sekejap walau ada test lepas raya.
Dan di KELANTAN pastinya banyak kereta bernombor plat ber W** dan negeri2 laen memenuhi jalan bandar dan kampung,tak tipu,sila datang beraya di Kelantan.! Suka tengok sebab maknanya ramai yang berjaya sana-sini tapi masih ingat kampung tanah tumpah darah tapi menguji bila jemmed tahap giga jalan..! Maaf semangat kenegerian melanda bila dekat raya :)


Tips Keselamatan Balik Raya:


i)Pastikan kereta diservis sebelum mulakan perjalanan, cek tayar,enjin, brek dll
ii)bila letih bawak kereta singgah RnR rehat kejap, jangan singgah makan pulak.
iii)Pasang radio untuk hilangkan bosan dan geram bila jalan jemmed, bukak Al-Quran bila kereta dah memang gerak tahap siput.Zikir dan selawat banyak,pahala free dapat
iv)Ingatlah orang tersayang, bawak kereta hati-hati supaya selamat sampai insyaAllah
v)dan jangan lupa baca doa naik kenderaan dan doa musafir, doa orang bermusafir insyaAllah makbul :)


ps:abang, kakak dan adik lelaki saya gerak balik Kelantan damai malam ni,moga2 mereka selamat sampai,ameen.
pss:Mati itu pasti, cukuplah mati sebagai peringatan dan moga dimatikan dengan husnul khatimah,pengakhiran yang baik.
psss:Moga Ramadhan menjadi turning point untuk berubah walau sedikit cuma.
Monday, August 15, 2011

Alamak, Separuh Masa !!

Bismillah wa alhamdulillah :)

Pejam celik, celik pejam balik, malam ini dah masuk 15 Ramadhan, separuh masa
telah pergi meninggalkan kita, hanya tinggal separuh masa sahaja lagi.

Bagaimana yang telah berlalu 15 hari? Jika dipenuhi dengani ibadah,alhamdulillah atau hanya terisi dengan juadah atau shopping sakan tak sudah-sudah.Tepuk dada tanya iman.Sekadar mengingatkan diri sendiri yang banyak lalai.
Terasa Ramadhan ini berlalu terlalu cepat, atau kita yang sangat lambat bergerak
merebut-rebut keberkatan dan ganjaran istimewa saban tahun yang ditawarkan?
Tawaran bagai durian runtuh ini lebih hebat dari megasale raya tapi itulah, tertewas
dengan nafsu yang sudah sebati bermaharajalela selama 11 bulan.

Ighfirlana Ya Ghaffur.

Sebagai peminat pemain bola sepak TRW, saya perhatikan bilamana masuk
separuh masa kedua, corak permainan sudah semakin kemas dan lebih taktikal jika para pemain sedar di separuh masa pertama mereka tidak bermain dengan baik.

Bahagian defender lebih defensif,menahan kubu pertahanan dari diserang pihak lawan.Bahagian midfield dan striker terus ofensif dan mengasak mahu mencari gol
Tak mahu kalau boleh melakukan kesilapan yang sama.

Maka elok sangat kita praktikkan skill permainan bola untuk madrasah Ramadhan
yang masih berbaki 15 hari jika dipanjangkan umur hingga akhir.InsyaAllah
dan percayalah masih ada masa dan peluang untuk kita jadi pemenang.

Tingkatkan momentum di separuh masa yang ada untuk beramal dengan lebih hebat.
Defensif bila berdepan dengan konflik nafsu, ofensif menyerang dan berebut tawaran
sunat menjadi wajib, wajib diganda-ganda, lailatuqadar, sedekah dan banyak lagi.

Jangan tunggu sampai takbir raya dilaungkan sebagai wisel Ramadhan telah
berakhir.Betapa sedih dan syahdu terasa sebab tidak memanfaatkan sebaiknya
Ramadhan.Layakkah kita berhari raya..?

Ingat, gol Ramadhan ialah untuk mendapat ijazah TAQWA setelah 30 hari
menjadi ahli setia madrasah Ramadhan.Moga kita semua termasuk dalam
golongan muttaqin,allahumma ameen, biiznillah :) 

Jom! Sama2 kita audit diri..~ [via Hamba Ilahi.] 

" masa bersama Al-Quran - masa bersama fb 
online di alam maya - online bersama Ilahi
mana lebih banyak masa digunakan di bulan yang mulia ini?
muhasabah diri kembali
tingkatkan kawalan terhadap nafsu diri
tingkatkan amalan kepada Ilahi "
 
"Allahuma zuqna Lailatulqadar fi hazihi sanah wa kulli sanah,ameen.."
Monday, August 8, 2011

Repost: Mencari Erti Takwa

Bismillah walhamdulillah.


SMS-SMS CINTA DARI ALLAH SWT
Tengok sebelah kanan.Dia tunduk membaca,kadang minta saya ajarkan apa 
yang susah untuk disebut.Dari tersekat-sekat sudah makin baik bacaannya.

Tengok sebelah kiri pula, dia buka lembaran, mulakan dari belakang, ambik
yang pendek-pendek sahaja.Takpelah dari takde lansung.Biasanya lepas berbuka
kerana mungkin tenaga baru dijana, dia memilih bermain tapi hari ini memilih untuk 
duduk bersama.Budak, bak kata seorang ustaz, 200 kali suruh baru melekat di kepala.Ya,saya dan anda pun punya pengalaman yang sama dahulu :)

Tiap waktu petang, dari kejauhan,usai solat Asar, alunan bacaan dari masjid 
memenuhi ruang udara kampung sementara menunggu waktu berbuka.Zaman berubah, 
kalau dahulu suara tua sendiri yang menbaca bergilir-gilir tapi dengan teknologi
sekarang, suara imam Masjid Mekah boleh menjengah telinga dari speaker menara 
masjid dengan klik di hujung jari, memilih bacaan dari playlist.Alhamdulillah.

Indah sungguh suasana ini.Itulah alunan Al-Quran, bait-bait Kalamullah yang 
sungguh sinonim di sana-sini bila tiba bulan Ramadhan, bulan diturunkan Al-Quran.
Tidak kira tua,muda dan bila-bila masa kalam itu bagai muzik indah yang 
menenteramkan jiwa.

Tadi, setelah solat Maghrib menunggu Isyak, kitab cinta dibaca dan ditelusuri tafsirnya.


  "dan ini adalah kitab (Al-Quran) yang kami turunkah dengan penuh berkah.
Ikutilah dan bertakwalah agar kamu mendapat rahmat" [Al-An'am: 155]

Terus teringat ayat sebab nuzul yang membawa kepada kewajipan berpuasa,


   "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
     diwajibkan atas orang sebelum kami agar kamu bertakwa" [Al-Baqarah; 183]

Kedua-dua ayat ini membawa pesan sama yakni takwa.Takwa ialah takut kepada 
Allah ada juga dengan maksud melaksanakan sesuatu yang diperintahkan dan 
meninggalkan sesuatu yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.Nah,betapa karibnya 
Ramadhan dan Al-Quran seolah tak dapat dipisahkan.

Bila kita membaca Al-Quran kita tahu apa yang disuruh dan dilarang dan dengan 
berpuasa pula kita mengikat diri dari tunduk kepada nafsu kerana takut pada 
larangan Allah. Apabila matlamat takwa diletakkan di hadapan, maka tidak dapat 
tidak ia bagai catalyst untuk mengerakkan kita mengerjakan segala perintah Allah 
dan sentiasa mengharapkan keredhaanNya.

Takwa adalah maqassid agung buat jiwa-jiwa yang sedar betapa tingginya maqam 
takwa di sisi Allah dan betapa hebatnya nilaian takwa di akhirat nanti sesuai dengan firmanNya:


"sedang syurga didekatkan kepada orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka).(Kepada mereka dikatakan) "Inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada  hamba yang sentiasa bertaubat dan memelihara (semua peraturanNya).Iaitu orang yang takut kepada Allah yang Maha Pengasih, sekalipun tidak kelihatan (olehnya ) dan dia datang dengan hati yang bertaubat" [ Surah Qaf : 31-33]

Nah, bukan sembarangan tapi syurga yang telah dijanjikan kepada mereka yang 
bertakwa dan ia termaktub kemas dalam Al-Quranul Kareem.

Sesungguhnya, dengan mentadabbur Al-Quran serta ibadat puasa hanya merupakan 
salah satu alat untuk mencapai takwa serta salah satu jalan yang menyampaikan 
kepada takwa.

Moga kita bertemu dan diketemukan dengan takwa itu dengan izin pemiliknya.

Mode.
Rindu Ramadhan, moga Allah rezeki temukan dengan Ramadhan Al-Mubarak 1434.

p/s: saya  jeles pada hafiz/ah yang punya Al-Quran di dada.
Jeles perkara baik takpe kan =)

Thursday, August 4, 2011

Andai Ini Ramadhan Terakhir



Mendongak langit, mencantum bintang-bintang
lukisan buruj kelihatan, entah apa namanya
langit cerah ditemani bintang terang

tenang sungguh udara malam-malam Ramadhan 
dalam-dalam kuhirup, mengambil segar dari berkatnya
ramadhan bulan kesabaran,
bulan Al-Quran, bulan penuh berkah.

Bermenung, bagaimana tahun ini?
kualitinya, adakah masih seumpama yang lalu atau berbuah baik
pengisian, penghayatan, berlalunya hari demi hari
kesannya moga membekas pada jiwa dan diri

bercita mahu berpesta ibadah
tapi kadang tewas jua pada juadah
penuh payah berlelah tak cukup nafas,
bila mana bertadarus al-Quran
tersengguk bila imam terawih baca sedikit panjang,
sesudahnya,gaduh-gaduh mengejar moreh terhidang,
Allah, lemah sangat muhajadahnya..!

Berteleku, dosa menggunung tinggi,
dek mazmumah menang dengan mahmudah

wahai diri, kapan mahu total berhijrah
mahu tunggu dari barat mentari menyua?
ahh, mana bisa..!

benar, diakui iman itu ada turun dan naiknya
maka semampunya letaklah di depan 
ladangnya akhirat,
pasti nanti tiada gelap
bak langit malam bersulam bintang
terang, menerangi alam raya

Andai ini Ramadhan terakhir,
sudilah kiranya Allah memandang hamba kerdil ini,
moga TAQWA itu sudi diberi,
harapnya tidak rugi lagi untuk kesekian kali....


-Izzati Nur, Taman Seri Tapang,
1233am,4 Ramadhan 1432H-

Ramadhan Kareem, Allahu akram untuk semua
pesan Ramadhan:
4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi
Sunday, July 31, 2011

Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Ramadhan


Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa 
berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.
Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. 
Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu 
diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan 
niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan
shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini
Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada 
kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, 
sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa 
yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak 
halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia 
anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah 
tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang 
paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan 
penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut 
mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika 
mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka 
bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban 
(dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa  
Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan 
tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri 
di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang 
mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan 
membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu
(Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua 
mampu berbuat demikian.”Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api 
neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka 
walaupun hanya dengan seteguk air.”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan 
berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir
Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya 
(pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya 
di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah 
akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa 
memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari 
ia berjumpa dengan-Nya. 

Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, 
Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa 
dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah 
akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.  
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya 
kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya 
ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa 
memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan 
timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini 
membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam 
Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka 
mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.  
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak 
akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah 
agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: 
“Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?”
Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga 
diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa 
besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam 
yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya 
suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di 
dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan 
yang lain.”

“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga.
Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) 
dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”

“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah 
yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan 
dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala
seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.

Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan 
berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw,  
“Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau 
seteguk air, atau sehirup susu.”

“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya
pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya 
(termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni 
dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”

“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; 
dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi 
kamu sangat menghajatinya.”

“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak 
ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya.Dua perkara yang 
kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah).

WaALLAHu’alam.

I Salam Ramdhan untuk semua,mohon maaf atas segala khilaf secara sengaja atau 
tidak,besar mahupun kecil, zahir dan batin.Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari 
sebelum dan sama-sama kita fastabiqul khairat berpesta ibadah :) I

 

Blog Template by BloggerCandy.com