Followers

Showing posts with label GX 111. Show all posts
Showing posts with label GX 111. Show all posts
Thursday, June 20, 2013

Selamat Tinggal Tahun 2

Assalamualaikum semua :)

Pertama, lama tak post apa-apa kat blog nan satu ini. Sem lepas hanya 2 post 
dalam masa 4 bulan. Omaigod. Bajet sibuk apa la tuan blog sampai hak 
kepada blog tak tertunai. Cerita PRU yg blackout pun takda. Maaf blog, 
mohon jangan kering idea menulis. Eh berkongsi :)

Kedua. Alhamdulillah my collegues and I officially done half of the journey 
fighting with all stuff as biomedical students. Rasminya semalam,190613. 
Walau apa yang terpampang kat myportalIIUM, ayuh kita dahulukan dengan syukur
(sujud syukur lagi elok) ^__^

Hmm untuk Tahun 2, Sem 2, aktif jugaklah ana join program biomed, 
sekali lagi bajet jadi orang penting. Entah kenapa terkena pergi sokmo. 
Mungkin sebab ana ni jenis yang susah nak tolak ajakan orang tambah kalau 
datang dengan muka kesian. Memang kena umpanlah kan. Dan jugak program lain.


# Breifing Courses with Seniors HEALS at CFS IIUM, PJ.



#4th National Symposium of Biomedical Sciences at HUSM



#Rehlah GX 1 3.0 at Teluk Cempedak (program batch)




#Campus Dakwah Project 4.0( CAMPRO)

#IIUM BERSELAWAT 2.0


#Petugas sesi berkempen PRU13 di merata-rata. Paling osem!


gambar takde kaitan
Ada yang pernah cakap, enti ni selalu takda kat bilik, pegi usrah,meeting dll, 
sampai kalau ada kat bilik depa pelik -.- Jawapan ana mudah, selagi program 
tu dapat bagi manfaat kat kita, sumbang apa yang mampu, tak rugi pun kan. 
Dari duduk kat bilik, selagi tak pukul 12 ke atas, duk depan buku tapi payah tak masuk. Terbiasa. Maka baiklah ana pegi dengar ustaz/join program.Kut kat situ 
ada pahala melekat, boleh jadi saham akhirat :)  Sapa tak mau kan.

Kalau kita tak cari, takdenya datang sendiri. Bukan terperap di bilik.
Zaman mahasiswa, pesan seniors lasakkan diri.
Bila grad, ada keje tetap dah tak sempat nak join program bagai.
Dan bila kawen, susah nak aktif. Ada kuasa veto inche suami.
Melainkan inche suami yang jenis memahami :)
Please enjoy our student's life as much as u can with ♥


Haaa, dah lori topik! Nak kata selamat tinggal tahun 2 je.
After all, indeed Year 2 is a year that came with a lot of experiences.


Betul lah, pengalaman hidup adalah guru.
A silent teacher yet a valuable one. Priceless.

Ahlan Year 3. Erk after semester break oke :)
Saturday, November 10, 2012

101112-Raihan's Wedding & Flashmob

Cerita 1

Tumpang gembira dan pastinya kami sengih sampai telinga.
Bilamana minggu lepas invitation card diedar sekelas. Gege riuh!
Disertai terus button badge special untuk kami sebatch.
Orang pertama dalam batch Biomedic 2nd year yang pecah rekod kut.



Dan hari ini, 10-11-12,antara tarikh yang cantik dalam kalendar 2012.
Hari bahagia Raihan Zulkifli dan pilihan istikharahnya Ust.Shafuan.
Penangan tarikh cantik, sampai ramai yang dah cop tarikh cantik 2-3 tahun 
kedepan! Aduyai, dah terkena virus kawen yang tersebar meluas kepada 
orang-orang sekeliling ku ini.

Moga baitulmuslim yang dibina menambahkan lagi generasi soleh di bumi Allah.
Teringat pesan Ust.Syaari Ab.Rahman yang mana bila kahwin ada 3 tujuan utama
tapi ingat 2 je:

1)Meramaikan lagi ummat Rasulullah saw.
2)Menjadikan kita lebih aktif dengan perjuangan Islam.
3)tak ingat.. :(


"..Berbahagialah kalian kerana telah melengkapkan separuh 
dari agama dengan bernikah.
Bergembiralah kalian kerana telah mengikut salah satu sunnah Rasulullah saw.
Beruntunglah, kerana kini Raihan sudah punya putera agama yang bisa 
membimbing menuju ke jalan Allah, mengejar mardhatillah bersama.
Bersyukurlah kerana Allah telah mempersatukan kalian di dunia dan 
semoga terus bercinta hingga ke syurga <3..'





Moga baitulmuslim yang dibina terus dilimpahkan sakinah, mawaddah wa rahmah.
Sedihlah syaitan yang sering menghasut manusia riang dengan couple sebelum 
nikah dengan akad nikah ini dan bercinta selepas kahwin yang pasti berpahala.

Cerita 2

Pagi tadi kawan sebatch dan se'roomate' sibuk melaram dengan tema purple
untuk pergi ke majlis akad. 8 pagi tayar dah golek kata ketua konvoi. Tapi saya 
hanya bersedap-sedap sahaja di katil memerhatikan mereka. Bersiap awal 
mengalahkan nak pergi kuliah bak hang!

Sebab saya tak turut serta untuk majlis akad nikah kerana ada tugas lain 
yakni terlibat untuk flashmob untuk "Aurah and Muamalah Awareness Campaign" 
bawah MRC Al-Tabari. Walau dah boleh agak kurang sambutan dek ramai yang 
dah balik  bercuti, pergi kawen sebatch, agenda flashmob untuk kesedaran
ijtima'e ini harus diteruskan.

Hasilnya alhamdulillah, walau takde crowd public namum geng flashmob kreatif,
katanya nak buat video untuk mencapubkan kami di youtube wa fb.adey -,-

Tapi takpelah, asal mesej yang nak disampaikan mampu bagi silence lesson.
Nak bercakap berdegar pumpang pumpang tak pandai,moga jadi dakwah umumi.


Al-hasil, inilah geng flashmob kami :) terima kaseh untuk kerjasama & idea kreatif!
Dan kami sekereta budak biomed yang tertinggal konvoi pergi walimah Raihan
selepas zuhur dengan girang ^___^ tak sabar tunggu gambar sebatch atas stage :)


Updated Photo: Selamat Pengatin Baru Ray,Barakallah dr GX 111 :)
p.s:roomate pasang lagu 'impian kasih' pulak.oh virus kahwin -.-
 

Blog Template by BloggerCandy.com