Followers

Saturday, November 10, 2012

101112-Raihan's Wedding & Flashmob

Cerita 1

Tumpang gembira dan pastinya kami sengih sampai telinga.
Bilamana minggu lepas invitation card diedar sekelas. Gege riuh!
Disertai terus button badge special untuk kami sebatch.
Orang pertama dalam batch Biomedic 2nd year yang pecah rekod kut.



Dan hari ini, 10-11-12,antara tarikh yang cantik dalam kalendar 2012.
Hari bahagia Raihan Zulkifli dan pilihan istikharahnya Ust.Shafuan.
Penangan tarikh cantik, sampai ramai yang dah cop tarikh cantik 2-3 tahun 
kedepan! Aduyai, dah terkena virus kawen yang tersebar meluas kepada 
orang-orang sekeliling ku ini.

Moga baitulmuslim yang dibina menambahkan lagi generasi soleh di bumi Allah.
Teringat pesan Ust.Syaari Ab.Rahman yang mana bila kahwin ada 3 tujuan utama
tapi ingat 2 je:

1)Meramaikan lagi ummat Rasulullah saw.
2)Menjadikan kita lebih aktif dengan perjuangan Islam.
3)tak ingat.. :(


"..Berbahagialah kalian kerana telah melengkapkan separuh 
dari agama dengan bernikah.
Bergembiralah kalian kerana telah mengikut salah satu sunnah Rasulullah saw.
Beruntunglah, kerana kini Raihan sudah punya putera agama yang bisa 
membimbing menuju ke jalan Allah, mengejar mardhatillah bersama.
Bersyukurlah kerana Allah telah mempersatukan kalian di dunia dan 
semoga terus bercinta hingga ke syurga <3..'





Moga baitulmuslim yang dibina terus dilimpahkan sakinah, mawaddah wa rahmah.
Sedihlah syaitan yang sering menghasut manusia riang dengan couple sebelum 
nikah dengan akad nikah ini dan bercinta selepas kahwin yang pasti berpahala.

Cerita 2

Pagi tadi kawan sebatch dan se'roomate' sibuk melaram dengan tema purple
untuk pergi ke majlis akad. 8 pagi tayar dah golek kata ketua konvoi. Tapi saya 
hanya bersedap-sedap sahaja di katil memerhatikan mereka. Bersiap awal 
mengalahkan nak pergi kuliah bak hang!

Sebab saya tak turut serta untuk majlis akad nikah kerana ada tugas lain 
yakni terlibat untuk flashmob untuk "Aurah and Muamalah Awareness Campaign" 
bawah MRC Al-Tabari. Walau dah boleh agak kurang sambutan dek ramai yang 
dah balik  bercuti, pergi kawen sebatch, agenda flashmob untuk kesedaran
ijtima'e ini harus diteruskan.

Hasilnya alhamdulillah, walau takde crowd public namum geng flashmob kreatif,
katanya nak buat video untuk mencapubkan kami di youtube wa fb.adey -,-

Tapi takpelah, asal mesej yang nak disampaikan mampu bagi silence lesson.
Nak bercakap berdegar pumpang pumpang tak pandai,moga jadi dakwah umumi.


Al-hasil, inilah geng flashmob kami :) terima kaseh untuk kerjasama & idea kreatif!
Dan kami sekereta budak biomed yang tertinggal konvoi pergi walimah Raihan
selepas zuhur dengan girang ^___^ tak sabar tunggu gambar sebatch atas stage :)


Updated Photo: Selamat Pengatin Baru Ray,Barakallah dr GX 111 :)
p.s:roomate pasang lagu 'impian kasih' pulak.oh virus kahwin -.-

5 pengomen sporting!:

Qamarul Iqmal said...

nak buat entry pasal raihan jugak lah!

Izzati Nur said...

buat magho jange xbuat!
im waiting, ramai readers dr gx111 waiting ur entry taw :)

Qamarul Iqmal said...

uish! takutnya dengar

athirahariffin said...

nice etry pasal raihan n flasmob. happy baca hehe..
rasa nak wat jgk tp mood nak menulis x maghi. tgk hok mg je la sementara mood ak nak maghi ni hehe

Izzati Nur said...

@trah

tumpang gembira,xpresi d blog ;)
update la syg,nak baca ni
ok,aku tunggu mood mu maghi.
cepatla en.mood dtg kpd athirah :D

 

Blog Template by BloggerCandy.com