Followers

Showing posts with label catatan IIUM Kuantan. Show all posts
Showing posts with label catatan IIUM Kuantan. Show all posts
Thursday, June 20, 2013

Selamat Tinggal Tahun 2

Assalamualaikum semua :)

Pertama, lama tak post apa-apa kat blog nan satu ini. Sem lepas hanya 2 post 
dalam masa 4 bulan. Omaigod. Bajet sibuk apa la tuan blog sampai hak 
kepada blog tak tertunai. Cerita PRU yg blackout pun takda. Maaf blog, 
mohon jangan kering idea menulis. Eh berkongsi :)

Kedua. Alhamdulillah my collegues and I officially done half of the journey 
fighting with all stuff as biomedical students. Rasminya semalam,190613. 
Walau apa yang terpampang kat myportalIIUM, ayuh kita dahulukan dengan syukur
(sujud syukur lagi elok) ^__^

Hmm untuk Tahun 2, Sem 2, aktif jugaklah ana join program biomed, 
sekali lagi bajet jadi orang penting. Entah kenapa terkena pergi sokmo. 
Mungkin sebab ana ni jenis yang susah nak tolak ajakan orang tambah kalau 
datang dengan muka kesian. Memang kena umpanlah kan. Dan jugak program lain.


# Breifing Courses with Seniors HEALS at CFS IIUM, PJ.



#4th National Symposium of Biomedical Sciences at HUSM



#Rehlah GX 1 3.0 at Teluk Cempedak (program batch)




#Campus Dakwah Project 4.0( CAMPRO)

#IIUM BERSELAWAT 2.0


#Petugas sesi berkempen PRU13 di merata-rata. Paling osem!


gambar takde kaitan
Ada yang pernah cakap, enti ni selalu takda kat bilik, pegi usrah,meeting dll, 
sampai kalau ada kat bilik depa pelik -.- Jawapan ana mudah, selagi program 
tu dapat bagi manfaat kat kita, sumbang apa yang mampu, tak rugi pun kan. 
Dari duduk kat bilik, selagi tak pukul 12 ke atas, duk depan buku tapi payah tak masuk. Terbiasa. Maka baiklah ana pegi dengar ustaz/join program.Kut kat situ 
ada pahala melekat, boleh jadi saham akhirat :)  Sapa tak mau kan.

Kalau kita tak cari, takdenya datang sendiri. Bukan terperap di bilik.
Zaman mahasiswa, pesan seniors lasakkan diri.
Bila grad, ada keje tetap dah tak sempat nak join program bagai.
Dan bila kawen, susah nak aktif. Ada kuasa veto inche suami.
Melainkan inche suami yang jenis memahami :)
Please enjoy our student's life as much as u can with ♥


Haaa, dah lori topik! Nak kata selamat tinggal tahun 2 je.
After all, indeed Year 2 is a year that came with a lot of experiences.


Betul lah, pengalaman hidup adalah guru.
A silent teacher yet a valuable one. Priceless.

Ahlan Year 3. Erk after semester break oke :)
Wednesday, December 5, 2012

Opening Ceremony IKOD 12, Mat Luthfi Beb!

Salam semua!

Meh nak habaq, IKOD ini sebenarnya stand for IIUM Kuantan Open Day 2012.
Tiada kaitan dengan ikan kod atau apa saja yang takde kaitan okeh.
So kalau dah OPEN DAY, sah-sah terbuka untuk semua,so dijemput menjejak kaki ke sini ye.

Kat bawah ini saya tepek beberapa poster sebagai promo. Ada blog so boleh promo sendiri :D








Saya terlibat sebagai salah seorang komiti opening ceremony IKOD ini amat berbesar hati dengan
tangan terbuka, menjemput semua yang berada sekitar Kuantan juga yang jauh untuk menceriakan
event IKOD kami dari 6-9 Disember 2012.

Part yang osem, sebab matluthfi90 nak datang jugak as special guest.wohaa :D


But still, our priority is the FORUM which is to spread the dakwah insyaAllah.
Panelis pun hebat insyaAllah, Ustaz Azariza diganding dengan Ukhti Yatt Hamzah
dengan tajuk berkisar Hiburan, Ikhtilat, Keluarga (HIK) 'U-Turn Jalan Lurus'.

Banyak lagi kalau nak habaq satu-satu, yang pasti semua ada ke'best'aan memasing.
Ada PC Fair, Chocolate Fair, I-Baz, phew penat seh nak taip semua.

For more info, take a look to our video promo of IKOD '12


Jom, gua ikut enti ke IKOD 12 ,jommmmm ^___^

p/s:counting days to final exam for sem1,Rabbi yassir, mohon doakan saya semua,jzzk.

Monday, November 12, 2012

XX Versus XY

Salam alaik :) Semoga terus dalam rahmat Allah semua.

"..kain pelikat,kain batik.
U smart, saya memang cantik.."
[edited]

Tajuk catchy kemain.Macam belajar Human Genetic gayanya.Sebenarnya XX vs XY ini ialah 
tajuk forum sempena closing ceremony I-MAC, iaitu "Covering Aurah and Mualamat campaign" 
yang dianjurkan oleh MRC Mahallah Talhah. I'm covered, I'm Osem.


commitee of I-MAC 2012
Main Audi KOS melimpah dengan manusia yang dahagakan ilmu. Dan seperti biasalah, cik sisters memonopolikan kerusi yang banyak.Oh my brothers, where are you?? Oh ya, panelis semalam 
ialah Imam Muda Hassan dan Ustazah Noor Laila :) Depa osem kot! Patot ramai yang datang bak 
hang.Rugi sapa tak pegi, ilmu XX vs XY banyak jugak yang dapat walau banyak gelak sebab lucu.

                                                    ***************************
Ok,meh la nak share ye,sementara content forum tengah segar-bugar,mood pun tengah rajin taip.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
 bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.”
 Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan 
pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)

Ini ayat sedia maklum dan femes bila melibatkan muamalat untuk lawan gender.
Yang mana, untuk XX dan XY supaya tundukkan pandangan,sebab bermula dengan
pandangan, akan banyak berlaku masalah kalau tak jaga.So it's ok dan sangat disuruh 
oleh agama ada rasa malu bila jumpa atau kerja dengan laen gender.

Imam Muda Hasan ada kongsi 6 guideline untuk ikhtilat/pergaulan XX & XY;

1)Jaga aurat, tutup molek-molek apa yang patut tutup,jangan pakai seksakan orang.
2)Jaga pandangan, jangan tengok tak berkelip memanjang.Tunduk bos!
3)Tak bersentuhan. Kacawali darurat, seperti XX kena kidnap depan mata XY, jangan 
tengok je sebab kes tak nak sentuh, huish.
4)Bergaul atau jumpa sebab memang kena jumpa.Bukan sebab gatal nak jumpa saja2.
5)tak berduaan di tempat sunyi, ada setan teman ketiga.
6)tak lunakkan suara untuk perempuan. NO.NO.

Warghhh, banyaknya guideline nak berurusan dengan XX & XY ni. Takpe, Islam kan agama
yang nak jaga kita, 6 je pun, boleh- boleh, kita praktik sama-sama deh :)

Pesan Ustaz Hasan jugak dekat kita XX, dia analogikan jadi macam baju jenama Gucci ke apa
(tak taw sangat brand baju mahal ni) yang mana hanya yang kaya je mampu milik, bukan maen
kena sentuh dan test macam baju yang tengah sale @ bundle.

Untuk fitnah di FB, ustaz pesan buang semua gambar yang tak tutup aurat dan boleh timbulkan
fitnah supaya kita terlindung dari dapat dosa 24 jam dengan gambar kita itu.Nauzubillah.

Untuk part Ustazah Laila pulak,memang tak kering gusi sebab Ustazah telus je cakap.Osem!

Ustazah ada bagitahu kenapa XY secara psikologi dan kajian lebih cepat mati sebab...
XY ini pendengar yang sangat baik, dia dengar je XX duk potpet hari-hari memandangkan XX
pulak jenis suka cerita dan luah masalah, XY dengar dia save in memori, pikir banyak-banyak
then kena heart attack..Lucu dengar tapi adalah jugak betulnya.

Dan untuk karakter dan sifat XX dan XY pula, terutama dalam bergerak kerja.

XX memang jenis kelam kabut (memang kena akui) dan XY pulak jenis relax dan cool,
sebab XY ini lebih emosi tapi XY memang dilahirkan sebagai pemimpin, so XY walau diorang
relax je awal, tapi result@outcome kerja gempak.Hewhew.

Dan, untuk ini XX dan XY kenalah saling melengkapi.Itulah indah cipataan XX & XY oleh Allah.
Suka dengan status FB sorang sahabat yang merupakan MRC Maimunah :)

Maka XX dan XY kena terima perbezaan,cari titik persamaan dan hormati satu sama lain okeh.

Konklusi,

Bahagia itu dari dalam diri, bukan dengan harta yang banyak, perut yang kenyang, gaji tinggi,
dan sebagainya, ramai yang tak bahagia walau dah ada semua benda tapi still rasa empty.
Kerana bahagia itu dari hati kita, kita sendiri yang control bahagia dengan iman.

Kita ini banyak risau untuk banyak perkara yang berlaku tapi kita lupa dan kurang berdoa.
Ustazah pesan, jadi tanggunjawab kita untuk doa, doa dan doa sebab doa senjata Muslim.

Jangan tinggal baca Al-Quran dalam sehari, sebab al-Quran dapat jaga hati :)

Pheww, tahniah untuk yang berjaya habiskan entry yang panjang ini,moga bermanfaat.

p.s:anak dagang ini pulang bercuti barang 5hari,mau ke walimah naqibah.Musim kawen -.-

 

Blog Template by BloggerCandy.com