Followers

Monday, February 25, 2013

Make Hadis 25 Simple & Sweet

Assalamualaikum semua orang :)

Hadis 25, riwayat al-lmam Muslim.


Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat

Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang orang kaya 
telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami 
sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka 
bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah 
telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya?
Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir 
itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil 
itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu 
sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah. Mereka bertanya: 
Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnya pun dia 
beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia 
melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian 
jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.




Minggu lepas, 1 sms masuk: 'Ateh-hadis 25, Qiyam & kita usrah sebelum subuh'


Terus lompat ke rak,ambik buku hadith 40.Mak aih, panjangnya, nak oyak gapo laa -.- 


6.10am:Baru start berbulatan di meja untuk tadarus. Muka sememeh ja semua :D

6.15am:Azan subuh.Jawab azan. Kita solat dululah, baru sambung,kata Along.
6.30am:Start dengan part aku, present hadis 25.

Make it short and sweet Ateh, kata Anje dengan mata tak berapa nak buka lagi.

Semua maklum, aku terkejar-kejar nak balik Qlate pukul 6.45am dengan roomates.

Ok I'll make it short and sweet :)


Baca sanad hadis 25.Ambik berkat dari kata-kata Rasulullah SAW.

Walau tersekat-sekat, berhenti banyak di tempat salah. Geleng kepala sendiri.
Acik di sebelah tolong tegur, Anje dah sengih.tak baik!

Baca maksud Hadith seperti di atas. Walau semalam prepare nak present apa,

tapi sebab nak cepat, yang lain pun macam nak 'menghambat' pergi bersiap,
isi dah lari lintang pukang kalah orang lari kena kejar harimau bintang.

Isiku tinggal begini lebih kurang;


Disebabkan Hadis ini berkenaan para sahabat yang miskin iri hati dengan

sahabat yang kaya harta dari segi nak memberi/bersedekah yang mana kira orang 
kaya ini lebih banyak pahala dapat dibuat dengan harta mereka. Nabi pujuk dengan
hadis ini dengan bersabda, bahawa tiap tasbih,tahlil, tahmid, takbir yang kamu
sebut pun dikira sedekah. Buat amar makruf nahi munkar pun dikira sedekah..
Tambah-tambah hari ini hari jumaat, up lagi pahalanya :)

Ya Rahman dan Ya Raheem Allah SWT.

Dengan rahmat dan kurniaanNYA supaya antara kaya dan miskin punya cara sendiri,
ikut kemampuan untuk bersedekah. Miskin ikut cara miskin, kaya ikut cara kaya.

Janji sumber halal dan bersyariat. Bukan janji dicapati. Erk


Dan tinggal lagi, kita nak dan buat ke tidak?


Muhasabah balik, bila masuk duit pinjaman/biasiswa, ada tak bahagian khas

yang diasingkan untuk infaq atau sedekah?? At least keluarkan RM10 dari total.

Biasakan diri untuk infaq walau sedikit, latih diri untuk suka memberi walau sedikit.

Bimbang, bila punya gaji sendiri, lebih liat dan terketar-ketar nak hulur walau RM1.

Pegang firman Allah  Al-Baqarah:261,

Orang yang infaqkan hartanya pada jalan Allah, umpamanya nanti Allah akan gandakan 
dari sebutir biji, menumbuhkan 7 tangkai, tiap tangkai ada 100 biji. Dilipatgandakan.

RM 1X7X100= RM 700 


Peluh menitik,phew. Banyak boh pahala!

Kalaulah kita sedar,kita sedang berjual beli dengan Allah.Nampak syurga melambai :)

Habis usrah, salam-salam. Balik Kelantan untuk misi seterusnya. Usrah hadek2 solehah.





0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com