Followers

Monday, March 7, 2011

bila tengah stress, nak buat macam mana ?


Saat jatuh, akademik tak stabil, kerja melambun minta disiapkan, rasa nak 
duduk dalam bilik, pasang earphone di telinga dengar lagu nasyid yang membina,
matikan handset, duduk atas katil sambil tutup mata, mahu lupakan segala masalah.

Kita hanya manusia biasa, bukan robot yang boleh buat kerja 24 jam,7 minggu.
Sedangkan robot atau segala benda teknologi tinggi ada masa rehat untuk
recharge bateri, kumpul tenaga baru.Inikan pula insan bergelar manusia.

"kalau kak tengoh down,akak buat macam mana eh?"

"oh soalan kamu tak sesuai ditanya pada akak, akak ni tak pandai urus stress"

"cerita jela, tadi saya tanya jugak akak-akak lain, ada jugak jawapan mereka,
sekarang giliran akak,tak boleh nak larikan diri, kena jawab jugak"

"amboi tengah buat research ke ni dik?? ok, kalau akak senang je, jangan
buat muka stress depan orang, buat riuh sikit dengan kawan-kawan untuk
releasekan stress tapi masih dalam terkawal la.Makan apa yang kita suka,
luahkan pada kawan terdekat yang penting ingat Allah takkan bebankan
melebihi kudrat kemampuan kita.."

Sakit memang sakit tapi jangan jangkitkan atau sebarkan rasa sakit dalam diri
kepada orang lain.Nanti tak pasal-pasal  mood ribut kencang merebak satu
kampung.Cubalah bertahan dengan tunjukkan muka yang ceria dan tenang.
Agar nanti orang yang melihat kita yang pasti punya masalah juga tertenang juga.



Jika tak tahan, carilah sahabat yang dah tahu sikap dan perangai kita yang lemah ini.
Aci stress nak nangis, aci mood tak elok, air hujan di mata turun dengan lebat.
Aci akademik jatuh, rasa nak lari hujung dunia.Luahkan padanya biar rasa sesak
di dada dapat diredakan, walau sedikit cuma.Takut-takut lama simpan sakit, gunung
berapi bakal meletus di Malaysia walau negara kita luar Lingkaran Api Pasifik.
Tak kira anda lelaki atau perempuan, cari dan luahkan kepada mereka yang kita
percayai, diri kita sebenarnya memerlukan pendengar masalah yang setia.

Ini lebih relaks bagaimana cara nak handle rasa masa tengah down; jeng-jeng

"..ajak makan bersama kawan-kawan rapat, pasti akan ada gelak yang terburai.tak sikit mesti ada yang buat lawak antarabangsa versi hantu kak limah ke apa.Enak lagi kalau kawan pulak yang belanja makan.Oh, bahagia rasa, masalah dapat dilupa seketika.Lepas makan-makan bolehlah share masalah dan sama-sama dengar atau tolong bagi semangat antar satu sama lain.Sebenarnya diri kita perlukan motivational support..itu sahaja!"

"..maen games.pikir strategi tanam pokok nak lawan zombies..zombies vs plants.Ni saya punya cara la kan..tak sesuai untuk bukan yang macam saya.Apapun, carilah sesuatu yang kita suka dan ralit bila buat.tak kesah lah nak tanam bunga keliling rumah, nak masak hingga dapur pecah tapi ingat jangan sampai melampaui batas..Allah tak suka.."

Akhir sekali, cara nak handle down ialah kembali kepada fitrah asal seorang hamba.
Baca Al-Quran sambil tengok terjemahannya.Betapa banyak ayat-ayat motivasi dan 
pujukan ALLAH kepada hamba-hambaNYA yang sedar dan mahu berfikir.
Selak satu-satu.Ayat motivasi dari ALLAH beb!Memang kena terus kepada diri.
Dan banyakkan zikrullah.Kerana dengan mengingati ALLAH, hati jadi tenang. :)



Lagi, bukak buku sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat.Ahh,sedikit sangat
nak kira ujian kita sekarang berbanding mereka di masa zaman Islam baru nak
bertapak di Mekah dan Madinan namun mereka yakin dengan janji-janji ALLAH.
Tengok bagaimana cara Rasulullah dan para sahabat bina semangat dan motivasi
masa nak sebar luaskan Islam.Saling kuat-menguatkan.Saling ingat-mengingatkan.
Rasa dah perit berjuang, ingatlah kita adalah antara mata-mata rantai perjuangan.
Bukan pemula dan bukan juga pengakhir tapi adalah penyambung bukan pemutus.



Hasbunallahuwanikmalwakil~

2 pengomen sporting!:

fahmi said...

cari je ais krim...

sisIzzati said...

betol2,bole jgk..sejukkan badan =)

 

Blog Template by BloggerCandy.com