scene dalam Deathnote.Makan coklat bila sedang selesai kes |
"coklat,apa kaitan dengan muka aku pulak ni?"
"makes you feel better.Kau ni harap je budak Bio.Aku kos Engin pun tau pasal
coklat dan stress ni.Dalam chocs ni ada something yang dapat reduce stress"
"alaa, kau engineering biotech sure lah tahu kan,ada bio jugak kat belakang tu"
"yelaa..kau tak jawab soalan aku tadi bro.Apa hal muka macam duk
pikir masalah negara ni.ada cita-cita nak ganti Pak Najib eh?Aku support je.
Tapi jangan la sampai berkerut 14 macam tu,hodoh aku tengok"
Sempat lagi si Naqiu menyakat sahabat karibnya.
"kasar tu bro.Aku tengah stress laa..duk fikir exam ni.tension beb" Adan
garu kepala sampai kusut rambut.Tension sangat nampaknya.
"makan coklat sambil baca ta'awuz,confem setan lari.Nanti kau tenang
la sikit.Aku bagi coklat tu suruh makan,bukan aci main pegang je Adan weh,
bila la nak reduce,usaha nak hilangkan stress pun kau tak buat"
Final exam tamat.Tapi bila difikirkan apa yang dibuat masa tengah jawab,
kepala dah jadi berat.Harapan ibu bapa. impian diri sendiri, mimpi bersama
sahabat-sahabat datang melambai-lambai dalam kotak hati dan fikiran.
Menjadi harapan keluarga adalah satu kelebihan besar dan ada kalanya terasa
beban.Beban yang penuh dengan kasih sayang.Kerana mereka tahu potensi
dan mereka juga mempercayai kita, lalu kepada anak mereka bergantung harap.
Biarlah nanti bila sudah dewasa[sekarang masih remaja] yang dahulu dijaga oleh
mereka dapat menjaga mereka pula kelak.Yang dahulu segala harapan anak yang
nak makan itu-ini,nak beli sana-sini dipenuhi, nanti tua,anak itulah dapat
bergantung harap,bila kudrat kian tak kuat, bila tubuh tua dan penat.
Maka setelah segala usaha diterjemah melalui salah satu cara untuk menggapai
harapan itu iaitu exam,lalu bulatkan lah tekad, sempurnakan dengan tawakkal
kepadaNYA,pasang keyakinan kuat bahawa kita telah buat yang terhebat.
Belajar sudah,usaha sudah,exam sudah.Lalu ini masa untuk bermimpi
sambil menengadah langit lalu berdoa moga ALLAH permudah.
Dia Maha Mendengar dan Maha Tahu apa yang terbaik.
Keep faith in HIM.He knows best.May ALLAH bless.
~Road to Uia Kuantan bersama teman-teman seperjuangan,sama-sama doakan =) ~ Tweet
3 pengomen sporting!:
Coklat~ post yang menarik, kerana kaitannya dilebarkan pada yang jarang dibicarakan manusia :)
Tahniah!
UIA kuantan? Oh, tahniah dan semoga sentiasa berjaya :)
ambik inspirasi dari buku hlovate
rooftop rant~
syukran bro iqbal,doakn sy & sahabat2 yang laen.
Salam...singgah pertama kali. Moga sukses!
Post a Comment