Followers

Tuesday, November 9, 2010

Tarbiyyah itu..


10 Muwasafat Tarbiyyah
"Cuba beri maksud tarbiyyah dalam satu ayat"


Permintaan salah seorang  sahabat dengan teka-teki ilmiah secara mendadak
itu buat kami sesak nafas.


Apa ya?Dalam fikiran cuba mencari gali definisi bagi sisi diri sendiri.


Definisi mereka:


"didikan ke arah pembaikan"


"pengorbanan ke arah kebaikan"


"paksi x ukhuwah,paksi y itu ibadah,manakala paksi z itulah tarbiyyah"


"ayam daging"


Jawapan mudah peneka:


"improvement"


Lain orang lain definisi yang disemat dalam diri.Bagus.Kita ada prinsip 
tarbiyyah yang insyaAllah memberi satu booster untuk terus mengorak 
langkah di kehidupan ini.


Tarbiyyah itu suatu peraturan terbaik yang mampu bertindak balas bersama 
fitrah insan,dikemukakan secara perkataan dan tidak langsung bertujuan
mengubah manusia ke arah yang lebih baik, melalui dan menepati sistem dan 
wasilah-wasilah tertentu


Ini maksud secara skemanya.


Tarbiyyah itu hidup.Hidup ini adalah tarbiyyah.

Dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar urusan.

Ini maksud secara mudah namun mendalam.


Jika sakit itu membawa kita kepada sabar,itu tarbiyyah.
Jika sibuk mengajar kita berdisiplin dan lebih menghargai masa,itu tarbiyyah.
Jika kesenangan itu membawa kepada syukur, itu jua didikan tarbiyyah.


Jika segalanya membawa kita kepada yang lebih baik dan semakin mendekat 
dengan Sang Pencipta peraturan langit dan bumi itulah tarbiyyah yang sebenar.


Tarbiyyah itu hidup.Hidup ini adalah tarbiyyah.

Dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar urusan.

Segala-galanya adalah yang membawa kita sedar kita ini hanya hamba.Lalu 
manifestasi sebagai hambaNYA ialah memberi dan berubah ke arah kebaikan.

Mengikut skema yang ditetapkan oleh Ilahi.Yang minta dibuat,maka lakukan-
kanlah.Yang ditegah,maka menjauhlah.

Walau ia berlawan dengan kehendak nafsu.

Tarbiyyah adalah didikan dari ALLAH  secara langsung mahupun tidak langsung.


"apakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman"
sedangkan mereka tidak duji?"
[al-'Ankabut:2]

Sabar itu indah,susah itu tarbiyyah :)
Sama-sama koreksi diri.

2 pengomen sporting!:

Azhar Al-Banna said...

hurmm...mcm kenal je citer kt atas ni...

paksi x - ukhuwwah
paksi y - ibadah
paksi z - dakwah tarbiyyah

(Z)^2 = (X)^2 + (Y)^2

Izzati Nur said...

hurmm berkongsi ap yg
menarik shj.suka dgr pndpt
mreka2 ini.mantap n pelik2

terlepas point dakwah la ni ye.
ok2,syukran al-banna

 

Blog Template by BloggerCandy.com