Followers

Sunday, November 7, 2010

Jom Berpagi-pagi

indah langit di awal pagi


Suatu ketika,tidak lama dahulu,


"tak baik anak dara tidur banyak,rezeki susah"
"bangun,bangun,Semua dah bangun awal lagi ni"
"dah-dahlah tidur, nasik sejuk dah tu"


Tersenyum  saya mengingati balik dialog-dialog teguran dari umi, abah malah adik
lelaki saya suatu ketika itu.Bukan ingin membuka pekung di dada, namun ingin 
mengajak diri dan orang lain sedar dari tabiat buruk saya itu.Moga Allah redha.


Di chatbox facebook, ditegur rakan lama sekolah.Mungkin perasan saya sering
online seawal pukul 7 pagi.Saya akuinya.Saya akan membaca akhbar online,blog 
pilihan dan sebagainya.Bagi saya, ini adalah salah satu cara supaya mata ini tidak 
tertarik kepada katil empuk yang bagai punya kuasa magnet itu.Sungguh kuat 
godaannya buat diri yang lemah ini.Namun tekad dan azam makin harus ditebalkan 
hari demi hari.Perubahan kepada yang lebih baik harus segera berlaku!


Pepatah Melayu:


Tak baik tidur lepas subuh,rezeki mahal.


Terus menafsir jadi mahal kerana tidak pergi kerja awal pagi.Itu dulu.


Sekarang sedar, di subuh hari itulah mulanya kehidupan baru sekali lagi.Masih
diberi nikmat umur di samping nikmat terbesar yakni Iman dan Islam.Masih
banyak urusan ummah belum dibereskan.Masih menimbun tanggungjawab pelajar
menanti di bucu meja minta ditengokkan.Terngiang-ngiang kata abah tika
mengeluarkan belanja pelajaran yang banyak buat kami adek-beradek.


"Takpe,abah tak kesah, nanti dah besar dapat kerja itulah bayarannya"


Hati anak ini tersentuh.Tinggi impian mereka kepada kita anaknya.


Apa kata,kita mulakan hari yang diberi Allah dengan bacaan Al-Quran dan tadabbur maksudnya.Selalu, sedang ralit merenungi bait-bait maksud firman Allah itu, bagai
terkena pada batang hidung!Sangat jauh daripada segala ciri-ciri Muslim dan
Mukmin dan Muttaqin seperti yang dinyatakan olehNYA.


Lalu, teruslah meminta rezeki diperluaskan dengan mendirikan solat Dhuha yang 
besar fadhilatnya.Tidak lama,sekejap  sahaja namun impaknya amat besar bagi 
mereka yang benar-benar percaya dan istiqamah akan kuasa solat Dhuha itu :)


klik untuk zoom


"Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati 
umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 
'اللهم بارك لأمتي في بكورها'

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). 
[Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud]

Apa lagi, sedangkan Rasulullah SAW telah mendoakan kita umatnya yang berpagi-pagi,
kita harus memberi jawapan balik dengan menyahut ajakan Baginda SAW.


Bukalah jendela, jenguklah dunia ketika matahari naik,sangat segar dan damai.


Slow-slow dakpe, moga kamu dan saya diberi keringanan untuk bangun:)
Saya juga masih dan sedang berlawan dan mencuba!

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com