Followers

Friday, July 16, 2010

hanya YANG memahami sahaja mampu memahami


salam Jumaat,penghulu sgala hari dan hari untuk umat ISLAM.semoga kita sentiasa dirahmati dengan rahmat ALLAH lil alamin.selawat dan salam penuh penghormatan dgn ucapan Assalamualaika Ayyuhan Nabi.mohon syafaatkan kami umatmu Ya Rasulullah SAW.

Apabila semua serba tak kena, dan anda berada dalam keadaan tidak menentu, ingatlah... anda masih boleh berpaling dan bersandar pada DIA YANG SATU.

* Apabila h i d u p di selubungi kegelapan semuanya silap, carilah sinar itu, dari DIA YANG MEMBERI CAHAYA.

* Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA YANG MAHA PENGASIH.

* Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, janganlah berputus asa kerana DIA MAHA MELIHAT SEGALA-GALANYA.

* Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi carilah kekuatan dari DIA YANG MAHA PERKASA.

* Apabila h i d u p ini dirasakan seperti beban, segalanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah IRADATNYA.

* Apabila jalan di depan di gelapi mendung sedangkan tiada sesiapa yang sudi meneranginya, carilah jalan yang lurus dari DIA PEMBERI CAHAYA.

* Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan mu jangan kecewa, kerana DIA MAHA PENDENGAR.

* Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan ingatlah kepada DIA YANG MAHA KAYA.

* Apabila dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada DIA YANG MAHA ESA.

* Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada DIA.... satu-satunya tempat yang boleh di gantungkan harapan.

* Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kembali, ingatlah bahawa DIA SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG SABAR.

1 pengomen sporting!:

ajacx said...

hye
nice blog u have here...
troskan usaha....

 

Blog Template by BloggerCandy.com