Followers

Tuesday, August 10, 2010

directly proportional

malam ini ana menulis dengan linangan air mata.terasa diri amat lemah dengan keadaan ini.terasa ingin menangis di dalam hujan,agar orang tak tahu isi hati tapi hakikat perlu dihadapi jua.inilah dinamakan kehidupan.tadi, berbual panjang, menangis kuat dengan kakakku di hendet  nun di uia Gombak meluahkan apa yang terbuku di hati.terima kasih k.ina sudi mendengar buruk tangisku.

‘ety sendiri camne?’ dia menyoal pantas
‘ety xpe blaka,tp berat dengan apa yg ety buat skrg la klu nak kira.’
‘kalu gitu kena kuat sket la usaha,k.ina faham mestila berat kan,da hampir nak habes’
‘hurm,tp nasihat umi ngn abah gane?’
‘so,ety kna buktikan,bincang bbaik ngn abah.gtaw abah give me a chance’
‘hurm,ginilah ety..’
‘abah bukan apa,risau takut2 ety xleh proceed.wat istikharahlah,mtop doa bia dapat petunjuk’
‘insyaALLAH..xtaw la ety ni gane,xpe blako sebenarnya’
‘aduh,susahla plak k.ina nk bg pndapat klu xpe blaka,mai teman k.ina cnilah,senang.hu3’
‘pulok doh k.ina,ahh,blurr2’
‘kena kuat la,jgn mudah nanges.jaga diri molekla’
‘k.ina doakn jgk ety ni deh’

Terngiang-ngiang dialog tadi.ana jadi dalam dua.antara cita impian sendiri dan kerisauan mereka denganku.Sungguh,ana bukan anak pintar seperti kakakku yg sering tersenarai dalam dean’s list setiap kali exam.Jauh sekali utk ana mendapatnya, tp jauh di sudut hati,ana juga punya doa dan impian yg sama.Cemerlang seperti k.ina dan umi abah bangga dengan anak perempuan bongsu mereka ini.tapi ana tak pernah berkedapatan berbuat begitu lagi sejak masuk sini.sekolah menengah dulu pernah mungkin.
Namun ana redha kerana ana tahu kadar usaha ana.tapi cukupkah sekadar itu,redha dan tiada anjakan paradigma ke arah yg lebih baik??termenung ana berfikir,sedar sebenarnya semua adalah kesilapan sendiri.ALLAH  member sesuai dengan kadar usaha kita.

Di sini ana menulis agar yg membaca tidak jadi seperti ana.biarlah ana seorang cukuplah seperti  ini.
Ilmu yang kita belajar adalah setitik dr lautan ilmu ALLAH yg Maha Bijaksana.Apa yang berlaku insyaALLAH ada hikmahnya bila segalanya dipandang sebagai tarbiyah ALLAH utk kita.ALLAH sedang mengajar ana supaya seimbang segalanya.hebat di sini juga di sana insyaALLAH.kata 
orang, kegagalan adalah sebahagian dr jalan menuju kejayaan.Namun bagi orang Muslim, jangan biarkan kegagalan terus menerus menyinggah dalam diari kehidupan sebab Muslim yang berjaya adalah yang tidak mengulang kesilapan sama berulang kali.ciptakan perubahan diri kerana Dia 
tahu kita ada berusaha berubah.Moga usaha itu sebagai wadah untuk ALLAH berikan 
kejayaan  nanti,insyaALLAH.yakinlah segalanya milik ALLAH.mintalah kepadaNYA tp 
terlebih dahulu tunjukkan kita benar2 mahu dengan usaha keras!

Teringat pesan seorang akak:

“kalau dahulu,zaman Nabi orang arab suka akan syair2 dan bahasa indah,ALLAH turunkan Al-Quran yang tiada bandingan dr segi struktur,bahasa dalam ayat2 Al-Quran utk meluaskan Islam masa itu.sekarang, orang pentingkan akademik dan memandang hebat orang yang berjaya,so kita kna wt 
yg terbaek dalam akademik demi melancarkan kelangsungan dakwah dgn waqi’(keadaan) sekarang.
jangan biarkan akademik sebagai fitnah dalam berdakwah” lebih kurang begitulah ayat akak itu.

Moga ana dan kita termasuk dalam orang yang seperti itu yakni seorang yang cemerlang akademik dan aktif dalam medan dakwah,insyaALLAH.

.p/s:doakan ana mudah juga menangis semasa berdialog dengan ALLAH,keras betul hati ini!
Ya Allah,Ya Rahman,kurniakan kepada kami hati yang lunak dan basah mengingatiMU.kurniakan kami kejayaan di dunia lebih2 lagi di akhirat sana.Allahumma amen.

~Success is directly proportional with the rate of struggle,the more struggle,the better the path of to success with the will of ALLAH,iALLAH~

~ahlan wasahlan ya RAMADHAN,sesungguhnya kami merinduimu,ingin merebut keberkatan di dalammu

Yezza,tak sabar nak terawih,iftar dan sahur.rindu makan dengan 1 keluarga..~

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com