Followers

Showing posts with label Tinta Hati. Show all posts
Showing posts with label Tinta Hati. Show all posts
Sunday, February 3, 2013

Semester 4, May Allah Ease.



Subhanallah, Alhamdulillah.Ulang dan ulang sampai puas.
Terbawa-bawa acapella yang dibuat UNIC sebenarnya ni.
Seriusly suara mereka anugerah! Ini link,kut-kut teruja nak dengar kan?

UNICtv. Acapella Maha Suci Allah

Dan esok, 3 Feb 2013. Stesen Bas KB --> Terminal Makmur, 10 pm.
Kembali menjajah taman ilmu Kuantan bersama rakan seperjuangan.
Sekejap je 3 minggu,pejam celik cuti semester 3 dah habis.
result exam dah tengok, cuma buku sirah tinggal 1/4 belum habis -.-"

Hari ini, tengok dari FB, pak sepupu Azizi Mejan dah kawen dengan K.Hafiza.
Seminggu sebelum, adiknya Azri Mejan dengan K.Hidayah.Sekali gus, jimat :D


Atas: Azizi+ Hafiza & bawah: Azri+Hidayah
Cepat masa berlalu, dulu aci maen jugak la kut dengan depa, sekarang
dah berkahwen riang.Bila la abang dan kakakku mahu ikut jejak ni? adik 
dia pun nak merasa meriah ada orang kahwen dalam family. Best kut!

Bulan 3, kawan sebatch sorang lagi kawen. Lepas tu sapa plak? Haa.

Ustaz Azhar ada kata, petanda jodoh baik,bila kita lihat dia hati rasa lapang.
Ni kira qaul UIA ye, bukan saya. Wahh, dah besar semua orang.Saya baru 20++.

 For New semester, come with new hopes and dream for a better semester.
Ya Allah ya Bari', ya Alim, ya Hakim.Engkaulah yang Maha Mengatur, maka aturkanlah agenda kami seiring dengan agendaMU.Jadikan segala ilmu yang kami belajar nanti mendekatkan kami kepadaMU, membuka mata kami kepada kebesaranMU. Sibukkan kami dengan perkara yang bermanfaat dan baik,dengan usaha dakwah dan tarbiah.Jangan Kau lalaikan kami ya Rabb dengan perkara sia-sia dan membuat kami jauh.Faqihkan kami denganilmu-ilmuMu dalam usaha mengapai redha dan cintaMu.Moga kami cemerlang dunia dan akhirat dan terimalah segala usaha kami sebagai ibadah di sisiMu ya Allah. Allahumma ameen.
[source]
Semester 4, semoga terisi dengan perkara baik dan bermanfaat.
Perkara yang bisa buat kita tersenyum dan ibu ayah gembira.
Perkara yang kalau tak banyak, sedikit jadilah menyumbang untuk agama.
Masa belajar sila fokus, waktu maen-maen jangan tak maen ^_^

Clinical Biochemistry, Medical Microbiology, Quality Assurance, Philosophy
of Science and Parenting Class, let's be my bestfriend and please be nice :)

May Allah ease.Dream high and do pray a lots.

Friday, May 11, 2012

Pinjam Kekuatan dari Jawapan Burung


Di hujung doa, memohon si hamba pada Pemilik segala hati,

Biarlah segala yang dilakukan baik untuk agama dan menambah saham negeri akhirat.

Ya Allah, pilihlah aku untuk ikhlas dan istiqamah..!

Di saat aku mula melemah,bangunkan aku agar tidak terus rebah
Di saat aku mula bosan,  ingatkan aku kembali pada janji-janji pasti Tuhan
Di saat aku aktif bergerak, jauhkan aku dari rasa syok sendiri dan riak
Di saat aku pening membuat pertimbangan, berikanku hidayah, tunjukkan jalan
Di saat aku rasa susah, senangkan aku dengan kekuatan untuk bertahan
Di saat aku dianugerah senang, bimbing aku biar tak hilang pedoman.
Di saat aku rasa letih, mohon diberi kesabaran pengubat letih.
Di saat rasa sakit, pujuklah hati bahawa perjuangan Rasulullah lagi perit..!

Tahu, jika dihitung sumbangan yang diberi untuk Islam tak lebih ibarat sebutir paku yang
menyokong pembinaan sebuah rumah.Namun sirah Nabi Ibrahim tentang usaha seekor
burung yang berulang alik menyiram air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim
sehingga menimbulkan kehairan kepada makhluk Allah yang lain dengan jawapan yang
sangat menggetarkan jiwa.
“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Jawapan yang cukup untuk menguatkan diri untuk terus menyumbang semampunya
untuk agama Islam tercinta.Untuk menjadi seorang penyokong dan pendokong perjuangan
dalam membina dan mengembalikan daulah Islamiyah.Kerana ada nilai untuk tiap usaha.

"Ya Allah, jika engkau mentakdirkan aku mati,matikan aku sebagai para syuhada' dalam
perjuangan agamaMu, dan sebagai hawariyyun setia dalam menegakkan kalimahMu.ameen"


Sunday, October 16, 2011

Turn To HIM


Sebaris kata dari Ibn Taimiyah.Dalam maksudnya.

Buat kita sedar bahawa hanya ALLAH tempat bergantung dan memohon.
Meletakkkan tawakkal pada tahap paling tinggi.

Di saat semua manusia meninggalkan kita,ALLAH selalu ada.

Manusia tidak kekal, akan mati bila tiba masanya.
Bebayang akan hilang, bila cahaya makin tiada.
Walau siang hari ia setia jadi pengikut, bila malam ia mula undur.


Saat kita harapkan manusia bantu kita cari solusi masalah,
kadang insan itu pun samar mencari penyelesaian..
Dia juga manusia punya masalah untuk diselesaikan
bukan tak ingin membantu tapi dia juga buntu..


Tapi ALLAH SWT,
DIA sesuai dengan sangkaan hambaNYA,
kita kita ingat DIA, DIA balas balik ingatan itu,

bila kita mendekat sejengkal, sehasta sebagai balasan,
bila kita sehasta mencari, sedepa DIA mendekati,
bila hamba berjalan mendekati, DIA datang dengan berlari.

Subhanallah, rahmatMU meliputi sekalian alam.

Rahmannya diriMu ya Allah, Rahimnya diriMu ya Rabb.
Tak pernah langsung tinggalkan kita.Walau sedetik cuma.
Setia sebagai penjaga, walau gelap atau terang.

Tapi itulah manusia, sering lupa pada DIA..

Indeed, to ALLAH ONLY, we should return
Friday, August 26, 2011

Opps, Ingatlah Orang Tersayang

Bismillah wa alhamdulillah :)


26 Ramadhan 1432, Jumaat terakhir untuk Ramadhan tahun ini, sayu bila 'dia' semakin terasa akan pergi tinggalkan kita dengan kemeriahan lagu raya, shopping raya, biskut raya, perabot raya dan jalan raya yang semakin kaya dengan kereta tanpa ada roti,oh jalan jemmed..!

Semalam mendapat khabar dari adik, kawan sekolah lamanya meninggal ketika balik
dari sekolah, meninggal di tempat kejadian akibat rempuhan kuat.Baru tingkatan 4,
anak sulung pulak tu.Sedih dan sayu, kalau adik atau sahabat sendiri tak tahu bagaimana perasaan.Tengok berita dalam paper wajahnya ada iras adik,makin sayu T_T Takziah untuk kelurga adik Zulfadli,moga ditempatkan bersama orang soleh, al-Fatihah~


Seminggu dua itulah berita yang bagai wajib ada dalam akhbar, KEMATIAN. Yang kebanyakan sebab kemalangan, kebakaran dan tak kurang dibunuh kejam. Menjelang mood balik kampung menjadi-jadi pula.Takut bila tengok tajuk-tajuk berita yang bagai dah boleh hafal sebab musabab kematian.Cuma tak tahu bila giliran dan sebab mati kita.
Malam ini pasti jalan berganda jemmed sebab geng perantauan mula jejak daerah kelahiran masing-masing sebab dah masuk hujung minggu.Yang keje balik kampung, yang kahwin balik jenguk ibu bapa atau mentua dan yang belajar tinggalkan buku sekejap walau ada test lepas raya.
Dan di KELANTAN pastinya banyak kereta bernombor plat ber W** dan negeri2 laen memenuhi jalan bandar dan kampung,tak tipu,sila datang beraya di Kelantan.! Suka tengok sebab maknanya ramai yang berjaya sana-sini tapi masih ingat kampung tanah tumpah darah tapi menguji bila jemmed tahap giga jalan..! Maaf semangat kenegerian melanda bila dekat raya :)


Tips Keselamatan Balik Raya:


i)Pastikan kereta diservis sebelum mulakan perjalanan, cek tayar,enjin, brek dll
ii)bila letih bawak kereta singgah RnR rehat kejap, jangan singgah makan pulak.
iii)Pasang radio untuk hilangkan bosan dan geram bila jalan jemmed, bukak Al-Quran bila kereta dah memang gerak tahap siput.Zikir dan selawat banyak,pahala free dapat
iv)Ingatlah orang tersayang, bawak kereta hati-hati supaya selamat sampai insyaAllah
v)dan jangan lupa baca doa naik kenderaan dan doa musafir, doa orang bermusafir insyaAllah makbul :)


ps:abang, kakak dan adik lelaki saya gerak balik Kelantan damai malam ni,moga2 mereka selamat sampai,ameen.
pss:Mati itu pasti, cukuplah mati sebagai peringatan dan moga dimatikan dengan husnul khatimah,pengakhiran yang baik.
psss:Moga Ramadhan menjadi turning point untuk berubah walau sedikit cuma.
Thursday, August 18, 2011

Santai - Road To Taman Ilmu dan Budi


Bismillah wa alhamdulillah,Ramadhan Kareem :)
 

Pagi ini,kerana efek minum kopi semalam, nak lelap pun mata tak nak tutup walau semalam tido 3 pagi -+. Maka, kerja sekarang ialah membilang hari bakal tinggalkan daerah damaiku ini setelah 3 bulan lebih bercuti riang [ kalau keje, mau dapat cecah ribu tapi tinggal kalau jela kan ]. 

Road to Taman ilmu dan Budi @ UIAM Kuantan 18 days left.Huk2,tak lama dah kut.
Sedih nak tinggal keluarga, kucing2, rumah dan negeri sendiri sebab dah terlalu
lama diberi cuti oleh kerajaan ini walau Kuantan masih dalam Pantai Timur.


Inilah cabaran, takkan nak lepak kat rumah sampai tua, berat nanang.Buat perabes beras pun ada.Perjuangan di Bumi Kuantan menanti, walau banyak cerita kata itu dan ini tentang kampus nan satu ini.Ada yang best didengar, ada yang buat diri 'seram' sebab katanya major students adalah 'hantu buku'.Tapi tulah,belajar itu tanggungjawab, belajar kerana ALLAH dapat pahala, orang yang menuntut ilmu dimudahkan jalan menuju syurga..tak nak ke? [pujuk diri sendiri ]


Ni antara komen/FB status sahabat2 yang sedang demam ke arah menjadi new intake students session 2011/2012.Check it out!

nasihat senior ini membantu ;)

so true.ada kami kesah kata orang..?

Dan, sebagai tanda semangat nak belajar, academic calendar pun selitkan juga.
Sesiapa yang baca ni student uiam, bleh la tatap baek2 ye :)




Sekian, berita pagi.Maaf, entri ini tidak serius ya :)


ps: membilang hari Ramadhan nak berlalu lagi penting dan memberi makna
pss: moga terpilih bertemu Lailatuqadar, allahumma ameen..

Thursday, August 4, 2011

Andai Ini Ramadhan Terakhir



Mendongak langit, mencantum bintang-bintang
lukisan buruj kelihatan, entah apa namanya
langit cerah ditemani bintang terang

tenang sungguh udara malam-malam Ramadhan 
dalam-dalam kuhirup, mengambil segar dari berkatnya
ramadhan bulan kesabaran,
bulan Al-Quran, bulan penuh berkah.

Bermenung, bagaimana tahun ini?
kualitinya, adakah masih seumpama yang lalu atau berbuah baik
pengisian, penghayatan, berlalunya hari demi hari
kesannya moga membekas pada jiwa dan diri

bercita mahu berpesta ibadah
tapi kadang tewas jua pada juadah
penuh payah berlelah tak cukup nafas,
bila mana bertadarus al-Quran
tersengguk bila imam terawih baca sedikit panjang,
sesudahnya,gaduh-gaduh mengejar moreh terhidang,
Allah, lemah sangat muhajadahnya..!

Berteleku, dosa menggunung tinggi,
dek mazmumah menang dengan mahmudah

wahai diri, kapan mahu total berhijrah
mahu tunggu dari barat mentari menyua?
ahh, mana bisa..!

benar, diakui iman itu ada turun dan naiknya
maka semampunya letaklah di depan 
ladangnya akhirat,
pasti nanti tiada gelap
bak langit malam bersulam bintang
terang, menerangi alam raya

Andai ini Ramadhan terakhir,
sudilah kiranya Allah memandang hamba kerdil ini,
moga TAQWA itu sudi diberi,
harapnya tidak rugi lagi untuk kesekian kali....


-Izzati Nur, Taman Seri Tapang,
1233am,4 Ramadhan 1432H-

Ramadhan Kareem, Allahu akram untuk semua
pesan Ramadhan:
4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi
Saturday, July 2, 2011

kerasnya hati

Tepuk dada, keras seolah tiada berperasaan


Kenapa rasa sebegini? sungguh jauh rasanya diri dengan Tuhan.
Cuba untuk menangis, tapi air mata degil tak nak keluar.


Baca Al-Quran sekadar baca tapi tak ambil pengajaran dan peringatan.


Duduk berteleku di sejadah, muhasabah diri.


Jika rasa dah jadi baik, memang lambat lagi nak jadi baik ikut skema Allah
dan Rasul.Banyak lagi silibus agama yang tak ikut sepenuhnya walau mungkin
pada basicnya dah ikut.


+SOLAT JAGA
+HIDUP IKUT SYARIAT
+AURAT JAGA
+JAGA IKHTILAT


solat dah buat 5 waktu, alhamdulillah tapi haknya pada waktu, masih ada yang
terlajak, utamakan perkara yang tak penting walhal tahu solat tiang agama.


aurat dah tutup,tudung tutup dada ikut apa yang disuruh agama tapi 
yakinkah tak jarang, tak ketat dan tak  menarik perhatian orang.


aurat dah ok, solat tak tinggal, stoking kaki pakai tapi ikhtilat dengan opposite
gender yang bermasalah.Allahu Allah.Tolonglah, diri mahu ikut hidup bersyariat.


Ini tak masuk masalah hati yang ada pulak rasa riak sebab dah buat apa
agama suruh, buat sebab disuruh bukan sebab tangggungjawab dan tuntutan.




Tak mahu jadi Islam hanya pada IC, tapi mahu jadi mukmin di sisi Ilahi.
Saturday, May 14, 2011

Erti Persahabatan Ini

Sedih kan bila orang kita duduk bertahun nak tinggalkan kita
lagi sedih kalau dia adalah yang akan peluk kita masa emosi menguasai jiwa
masa diri tengah rasa macam nak terbang tepi pantai jerit kuat-kuat
dia ada di sisi, bagi kata semangat bahawa jalanan kita masih jauh

kawan ramai tak semua capai definisi seorang sahabat
ramai yang happening tapi yang ada masa saddening boleh kira dengan jari
bukan mahu buat banding beza sebab memang mereka tetap tak sama

: mujahidah pemburu syahid:
yang sanggup bahagi makanan sepolisterin atau sedulang bersama
yang minum dari gelas sama yang ada masa itu hanya satu sahaja
yang gerak bangun subuh kalau masih telentang atas tilam selesa
yang ajak solat jemaah bersama bila waktu solat tiba
yang bagi panadol bila tiba tang sakit kepala.
yang ingatkan suruh studi bila mata tak lepas novel segala
yang kongsi sebantal tidur bila ada lawatan diraja bilik penuh tak kira masa
yang sanggup sejuk dilantai bila katil dah semua ditempah untuk lena
yang duduk berqasidah bila tiba malam Isnin atau Khamis di surau level tiga
yang makan maggi semangkuk bila biasiswa dah tinggal baki bersisa
yang tak kesah duit dipinjam tapi masa nak bayar ambil masa berkurun lama
yang bagi idea luar alam bila kepala tengah buntu nak buat kerja
yang akan back up di belakang bila ada yang tembak depan atas muka 

pendeknya, terima kita seadanya..!

"..kalau dulu surau itu luas untuk tampung bilangan kita yang ramai
tapi sekarang sempit tapi tetap rasa lemas tak cukup nafas
lemas dengan persoalan di mana mereka yang lain yang dulu duduk bersama??
sakitkah mereka? sibuk sangatkah mereka ? atau ada musyakkah 
sampai tak sempat nak luang masa tunjuk muka bertanya khabar sesama.."

sedih namun bisik dalam hati mereka akan terus thabat bersama sampai hujung sana

bunyi retorik tapi saya percaya dengan kuasa DOA dan tanggungjawab
dalam bersahabat untuk ikat hati-hati ini dengan rabhitah Tuhan yang jaga

Sesungguhnya nak jadi teman yang dapat cop SIRIM SAHABAT payah punya.
tapi saya bertuah ada kalian di samping saya tak kira masa mana =)

Indeed, You’ve known
That these hearts have bonded
Forgather under Your love’s shelter
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
      Berhimpun dalam naungan cinta-Mu
 
Gathering in obedience
Allied in struggling
Uphold Your order in this life
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Strengthen his bonds
Everlast his loves
Show his ways
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Enlighten with Your light
Which never inextinguible
O Lord… guide us
Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Broaden our hearts
With grant of belief
Also the beauty in trusting to You
Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal pada-Mu
Revive us by knowing You
Give us death as the martyr in Your way
You’re the Protector and Defender
Hidupkan dengan ma’rifat-Mu
Matikan dalam syahid di jalan- Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Allahuma ameen ya Rahman, pemegang segala hati..

: ibarat bangunan yang kukuh:
Terima kasih kepada mereka, sahabat-sahabat akhirat dan dunia.
Monday, March 21, 2011

Mimpi Yang Indah


Alhamdulillah!

Mahu berteriak pada satu dunia"'TERIMA KASIH YA ALLAH"



Perjalanan selama 2 tahun di Pusat Asasi UIA yang amat banyak ceritanya
tamat secara rasmi pada semalam selepas melawan trafik portal dengan refresh
berkali-kali yang menambah debar di hati ditemani adik2 di sisi.

Terpempan bila melihat result.Minta adik tolong tengokkan balik
betulkah apa yang mata ini lihat.Adik mengulang seperti apa yang saya lihat.
Lalu tanpa perlu diminta,tebing mata terus pecah.Ya ALLAH,alhamdulillah.
Saya bukan dapat dean's list,jauh sekali tapi ia amat bermakna buat diri ini.

Cerita semalam

Menjejak UIA 2 tahun dahulu,saya ditawarkan kos Kejuruteraan dan Komputer Sains,pilihan kedua dalam 8 pilihan.Hati riang menerima bukan sebab kos tapi 
UIA itu.

Abah dan umi tersenyum tumpang gembira.1 minggu Taaruf Week ditempuh.

Tekad di hati ingin terus tukar kos ke Bio-Sains sebab tahu ini bukan sesuai dengan
engineering yang pasti mencabar dengan maths dan fiziknya.Saya anti dengan nombor!

Alhamdulillah,Allah sangat baik,izinkan dan saya dapat tukar ke Bio-Sains.
Mulanya hanya 1 tahun setengah tapi disebabkan Math saya perlu extend 2 tahun.
Perit bukan? Tapi banyak saya belajar dalam tempuh itu.


Belajar untuk mengatakan syukur sebab Allah telah bagi kos yang kamu mahu.
Belajar bahawa jangan mudah putus asa sebab pertolongan ALLAH selalu ada.
Belajar bahawa gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya cuma dilambatkan
kecemerlangan supaya sedar kejayaan datang sering dengan usaha.
Belajar dengan manusia2 sekeliling bahawa rasa perit kamu sekarang jauh lebih
baik dengan apa yang mereka rasa maka la tahzan wahai diri.
Belajar untuk saling memberi semangat kepada sahabat-sahabat sebab manusia
perlu pada motivasi untuk terus maju memburu impaian.
Belajar untuk terus memasang impian dan mimpi dalam setiap detikan hati,kata,
monolog dan doa bahawa suatu hari kamu boleh mencapainya kerana setiap itu
adalah doa yang pasti akan didengari oleh Maha Mendengar.

Dan,saya belajar dan bertambah yakin bahawa 
“Wahai orang2 yg beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” surah Muhammad,7.
Itulah janji ALLAHdan ketahuilah ALLAH itu tak pernah memungkiri janji.

Itulah tarbiyah dan cara ALLAH mendidik insan bergelar pelajar.

Maka, saya katakan inilah mimpi yang indah buat saya.Satu episod indah yang
ALLAH berikan kepada saya setelah beberapa bab sebelumnya penuh bercampur rasa.Lalu,sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana Dia Maha Tahu apa yang
terbaik untuk setiap hambaNYA.

Telah ku lalui jalan berduri 

Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang 
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar 
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan 
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

[Mimpi yang Indah by Mestica]

Kepada yang belum mencapai misi,teruskan langkah sehingga mencipta  langkah kukuhmenuju kejayaan.Kepada yang sudah berjaya, marilah kita kembalikan segalanya pada ALLAH.

notakaki:bakal bercuti selama 6 bulan bermula sekarang.Moga dapat diisi dengan perkara bermanfaat dan dapat menambah nilai pada diri dan Islam.
Friday, December 3, 2010

Nota Hati



Biarlah air mata  itu mengalir agar hilang sedikit sakit di dada.
Aku bukan sekuat luaran yang kalian lihat kerana aku juga manusia,
Aku perempuan yang sangat lemah secara fitrahnya.

Sahabat, jika kau lihat mendung di wajahku, peganglah tanganku.
Agar semangatmu yang masih membara dapat menghangatkan aku.

Aku akan cuba tersenyum agar segalanya tidak merisaukan.
Aku akan cuba terus ceria, kerna aku suka kalian ceria bersamaku.
Aku akan cuba bertahan dengan doa agar Allah memperbesarkan iman.
Aku akan cuba bertenang kerana agar segalanya kembali tenang.

Sudikah kiranya kalian turut membawa aku dalam larian itu,
agar aku yang sedang bertatih bisa juga rasa berlari,
walau mungkin larianku bukan sepantas kalian,ku ingin merasa.

Jika kau masih melihat air mataku mengalir deras, fahamilah
aku sekadar ingin merembeskan segala asid2 tekanan,
agar ia tidak terus merebak dalam diri, di saat genting ini.

Betapa aku bertuah punya kalian tika aku susah mahupun senang.
Terima kasih Tuhan atas ukhuwah yang sukar diertikan.

Aku rindu sahabat2 di taman tarbiyyah itu,bawalah aku ke sana :(

 

Blog Template by BloggerCandy.com