Followers

Showing posts with label IIUM Kuantan. Show all posts
Showing posts with label IIUM Kuantan. Show all posts
Sunday, February 3, 2013

Semester 4, May Allah Ease.



Subhanallah, Alhamdulillah.Ulang dan ulang sampai puas.
Terbawa-bawa acapella yang dibuat UNIC sebenarnya ni.
Seriusly suara mereka anugerah! Ini link,kut-kut teruja nak dengar kan?

UNICtv. Acapella Maha Suci Allah

Dan esok, 3 Feb 2013. Stesen Bas KB --> Terminal Makmur, 10 pm.
Kembali menjajah taman ilmu Kuantan bersama rakan seperjuangan.
Sekejap je 3 minggu,pejam celik cuti semester 3 dah habis.
result exam dah tengok, cuma buku sirah tinggal 1/4 belum habis -.-"

Hari ini, tengok dari FB, pak sepupu Azizi Mejan dah kawen dengan K.Hafiza.
Seminggu sebelum, adiknya Azri Mejan dengan K.Hidayah.Sekali gus, jimat :D


Atas: Azizi+ Hafiza & bawah: Azri+Hidayah
Cepat masa berlalu, dulu aci maen jugak la kut dengan depa, sekarang
dah berkahwen riang.Bila la abang dan kakakku mahu ikut jejak ni? adik 
dia pun nak merasa meriah ada orang kahwen dalam family. Best kut!

Bulan 3, kawan sebatch sorang lagi kawen. Lepas tu sapa plak? Haa.

Ustaz Azhar ada kata, petanda jodoh baik,bila kita lihat dia hati rasa lapang.
Ni kira qaul UIA ye, bukan saya. Wahh, dah besar semua orang.Saya baru 20++.

 For New semester, come with new hopes and dream for a better semester.
Ya Allah ya Bari', ya Alim, ya Hakim.Engkaulah yang Maha Mengatur, maka aturkanlah agenda kami seiring dengan agendaMU.Jadikan segala ilmu yang kami belajar nanti mendekatkan kami kepadaMU, membuka mata kami kepada kebesaranMU. Sibukkan kami dengan perkara yang bermanfaat dan baik,dengan usaha dakwah dan tarbiah.Jangan Kau lalaikan kami ya Rabb dengan perkara sia-sia dan membuat kami jauh.Faqihkan kami denganilmu-ilmuMu dalam usaha mengapai redha dan cintaMu.Moga kami cemerlang dunia dan akhirat dan terimalah segala usaha kami sebagai ibadah di sisiMu ya Allah. Allahumma ameen.
[source]
Semester 4, semoga terisi dengan perkara baik dan bermanfaat.
Perkara yang bisa buat kita tersenyum dan ibu ayah gembira.
Perkara yang kalau tak banyak, sedikit jadilah menyumbang untuk agama.
Masa belajar sila fokus, waktu maen-maen jangan tak maen ^_^

Clinical Biochemistry, Medical Microbiology, Quality Assurance, Philosophy
of Science and Parenting Class, let's be my bestfriend and please be nice :)

May Allah ease.Dream high and do pray a lots.

Wednesday, December 5, 2012

Opening Ceremony IKOD 12, Mat Luthfi Beb!

Salam semua!

Meh nak habaq, IKOD ini sebenarnya stand for IIUM Kuantan Open Day 2012.
Tiada kaitan dengan ikan kod atau apa saja yang takde kaitan okeh.
So kalau dah OPEN DAY, sah-sah terbuka untuk semua,so dijemput menjejak kaki ke sini ye.

Kat bawah ini saya tepek beberapa poster sebagai promo. Ada blog so boleh promo sendiri :D








Saya terlibat sebagai salah seorang komiti opening ceremony IKOD ini amat berbesar hati dengan
tangan terbuka, menjemput semua yang berada sekitar Kuantan juga yang jauh untuk menceriakan
event IKOD kami dari 6-9 Disember 2012.

Part yang osem, sebab matluthfi90 nak datang jugak as special guest.wohaa :D


But still, our priority is the FORUM which is to spread the dakwah insyaAllah.
Panelis pun hebat insyaAllah, Ustaz Azariza diganding dengan Ukhti Yatt Hamzah
dengan tajuk berkisar Hiburan, Ikhtilat, Keluarga (HIK) 'U-Turn Jalan Lurus'.

Banyak lagi kalau nak habaq satu-satu, yang pasti semua ada ke'best'aan memasing.
Ada PC Fair, Chocolate Fair, I-Baz, phew penat seh nak taip semua.

For more info, take a look to our video promo of IKOD '12


Jom, gua ikut enti ke IKOD 12 ,jommmmm ^___^

p/s:counting days to final exam for sem1,Rabbi yassir, mohon doakan saya semua,jzzk.

Saturday, September 22, 2012

We Choose to VOTE!

Salam alaik :)

Pheww (sambil mengelap peluh perempuan), hangat oh hangat. Bahang Pilihanraya 
Kampus (PRK) kian terasa. Poster calon-calon dari semua kuliah bertebaran di sini sana.

Senyum sampai telinga ^____^, sebab ;

Dapat mengundi untuk pertama kalinya, memilih calon-calon untuk next tenure 
SRC( Students Representetive Council) atau bahasa laen MPP Kampus :)

Memandangkan umur dah cukup untuk turun mengundi maka rasa eksaited tu lebih sedikit..walau ini baru pilihan raya kampus je pun kata orang tak payah nak pompang 
sangat lah tapi saya PILIH UNTUK MENGUNDI ok, aiwah !


sebab; mereka yang bakal dipilih bakal membawa suara mahasiswa/wi.

Umpamanya nak sampaikan hajat di hati berkenaan pada seseorang kan.untuk mereka
yang tahu adab dan akhlak, dia salurkan pada orang tengah untuk sampaikan pesan.
Lebih menjaga dan tertib dan saluran pun betul.,tak terus terjah sampaikan rasa,
bimbang juga tidak kena pada cara dan gayanya, diri sendiri yang naya.

So SRC yang bakal dipilih umpama ORANG TENGAH itulah, penting kot!

Dan calon dari kuliah hamba,Kuliyyah of Allied Health Sciences  ada 3 muka,iaitu;

Kakak yang berkaliber, Sis Aida Noorsyuhada Zuraidi, Dietetic, 3rd Year.
Bro yang ada politik wajah Bro Muhd Razani Azmi, Dietetic, 2nd Year.
Bro sorang lagi yang  bersahaja, Bro Farhan b. Amran, Optometry, 2nd Year.

dan diumumkan dengan bangga saya sudah ada calon feveret ^_^V

Jom pakat turun mengundi calon kuliah masing2 pada 25/9/2012, Selasa ini dah taw.
Set reminder, buat alarm di handset, letak dalam planner masing-masing.

Pesanan penaja, 

pilihlah calon yang dapat berkhidmat untuk ummat.Kerana amanah itu berat.

Bukan sekadar terpukau dengan manifesto yang wow ,pergh, daebak dan hebat, 
namun harus diambil kira yang calon itu yang Al-Qawiyy (berkemahiran memimpin)
dan al-Amin ( amanah) seperti yang tercatat kemas dalam Al-Quran.


“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau upah untuk bekerja ialah orang yang Qawi (berkompetensi) dan Amin (bertintegriti)” [al-Qasas 28: 26]


Maha baik dan tahunya Allah SWT, DIA dah guide awal-awal macam mana nak pilih pemimpin.So, cast our vote to the candidates yang kita rasa mampu dan ada 2 ciri ini ye,insyaAllah :) 

And to all candidates of SRC IIUM generally and IIUM Kuantan specifically, 
seeru 'ala barakatillah for the election, may Allah assist and guide all of you,ameen.

 

Blog Template by BloggerCandy.com