Followers

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Friday, August 26, 2011

Opps, Ingatlah Orang Tersayang

Bismillah wa alhamdulillah :)


26 Ramadhan 1432, Jumaat terakhir untuk Ramadhan tahun ini, sayu bila 'dia' semakin terasa akan pergi tinggalkan kita dengan kemeriahan lagu raya, shopping raya, biskut raya, perabot raya dan jalan raya yang semakin kaya dengan kereta tanpa ada roti,oh jalan jemmed..!

Semalam mendapat khabar dari adik, kawan sekolah lamanya meninggal ketika balik
dari sekolah, meninggal di tempat kejadian akibat rempuhan kuat.Baru tingkatan 4,
anak sulung pulak tu.Sedih dan sayu, kalau adik atau sahabat sendiri tak tahu bagaimana perasaan.Tengok berita dalam paper wajahnya ada iras adik,makin sayu T_T Takziah untuk kelurga adik Zulfadli,moga ditempatkan bersama orang soleh, al-Fatihah~


Seminggu dua itulah berita yang bagai wajib ada dalam akhbar, KEMATIAN. Yang kebanyakan sebab kemalangan, kebakaran dan tak kurang dibunuh kejam. Menjelang mood balik kampung menjadi-jadi pula.Takut bila tengok tajuk-tajuk berita yang bagai dah boleh hafal sebab musabab kematian.Cuma tak tahu bila giliran dan sebab mati kita.
Malam ini pasti jalan berganda jemmed sebab geng perantauan mula jejak daerah kelahiran masing-masing sebab dah masuk hujung minggu.Yang keje balik kampung, yang kahwin balik jenguk ibu bapa atau mentua dan yang belajar tinggalkan buku sekejap walau ada test lepas raya.
Dan di KELANTAN pastinya banyak kereta bernombor plat ber W** dan negeri2 laen memenuhi jalan bandar dan kampung,tak tipu,sila datang beraya di Kelantan.! Suka tengok sebab maknanya ramai yang berjaya sana-sini tapi masih ingat kampung tanah tumpah darah tapi menguji bila jemmed tahap giga jalan..! Maaf semangat kenegerian melanda bila dekat raya :)


Tips Keselamatan Balik Raya:


i)Pastikan kereta diservis sebelum mulakan perjalanan, cek tayar,enjin, brek dll
ii)bila letih bawak kereta singgah RnR rehat kejap, jangan singgah makan pulak.
iii)Pasang radio untuk hilangkan bosan dan geram bila jalan jemmed, bukak Al-Quran bila kereta dah memang gerak tahap siput.Zikir dan selawat banyak,pahala free dapat
iv)Ingatlah orang tersayang, bawak kereta hati-hati supaya selamat sampai insyaAllah
v)dan jangan lupa baca doa naik kenderaan dan doa musafir, doa orang bermusafir insyaAllah makbul :)


ps:abang, kakak dan adik lelaki saya gerak balik Kelantan damai malam ni,moga2 mereka selamat sampai,ameen.
pss:Mati itu pasti, cukuplah mati sebagai peringatan dan moga dimatikan dengan husnul khatimah,pengakhiran yang baik.
psss:Moga Ramadhan menjadi turning point untuk berubah walau sedikit cuma.
Sunday, June 19, 2011

Hadiah Untuk Abah

Bismillah wa alhamdulillah :)

saya tak pandai bermadah, bukanlah seorang jiwa ada taman

"abah, tolong topup bleh? sini topup dah habis"
balas abah " ok, nati sekejap" sekejap kemudian masuk easyreload rm10.

"abah, duit nak habis..
balas abah " nanti esok abah bank-in kan"

"abah, esok ety exam, tolong doakan ety deh"
balas abah "abah dan umi sentiasa doakan ety, all the best"

"abah, ety tak leh jawab sangat exam tadi, ada juga yang tembak ja"
balas abah " takpe, ada chance lagi, esok buat molek"

"duk tengah buat apa?? revisionlah untuk exam.."
balas saya " baru nak start study sekejap lagi, tengah online"
walhal then jatuh lena depan buku, hanya sempat lihat beberapa terms.

"cukuplah kejayaan hadiah untuk abah dan umi."kata itu buat air mata mahu dan memang jatuh.

**********************************************************************

Selamat Hari Abah, you are my HERO..! bermillion trilion terima kasih untuk segala kasih 
sayang,sokongan, understanding, dan doa-doa untuk kami adik-beradik.

maaf, ety bukanlah anak yang terbaik tapi cuba lakukan yang terbaik.Insyaallah

garang abah sebab tak nak kami menyesal kemudian hari, itulah seni mendidik seorang ayah:)
Maka, sayangi dan hargailah insan yang kental itu, seorang ayah,papa, baba, abah, walid..

Jagalah nama yang sentiasa dibawa di belakang nama kita yakni nama seorang ayah.
 

Blog Template by BloggerCandy.com