Followers

Showing posts with label Eid Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Eid Mubarak. Show all posts
Tuesday, August 30, 2011

Perutusan Raya Aidilfitri 1432


Allahuakbar,allahuakbar, allahuakbar..
Ramadhan dah pergi, im already miss it..!

Sebab rasa tak dapat buat yang terbaek sepanjang Ramadhan,dengan sekatan amal dan nafsu yang telah meraja 11 bulan mengatasi pendidikan nafsu Ramadhan ini/
my first doodle, tak cantik langsung kut :
Aidilfitri= kembali kepada fitrah, dan fitrah kita sebenarnya cenderung kepada kebaikan berbanding nak buat maksiat dan jahat.Maka dengan kedatangan hari kebesaran di Syawal ini kita benar-benar kembali kepada fitrah,insyaALLAH.

Dan semoganya juga kita terpilih dapat masuk syurga Ar-Rayyan yang disediakan khas untuk mereka yang berpuasa dan madrasah Ramadhan dapat jadi satu turning point untuk perubahan lebih baik walau sedikit cuma.At least, dapatlah menumpang sedikit hikmah Ramadhan kan.

Mohon maaf segala khilaf kepada semua yang sudi blogwalking singgah ke sini dan semua yang mengenali diri dari sekolah rendah(SK Islah),SMKA Naim Lilbanat,CFS IIUM, semua guru dan lecturers UIA, friends di FB, geng sekepala aEiou,sahabat/biah UIA dan sahabat2 dunia dan akhirat sekolah cinta saya.Saya sayangkan kalian kerana ALLAH <

Happy Eid Mubarak, taqabballuhu minna waminkum soolihal a'maal :)
  
Selamat bergraduasi dari madrasah Ramadhan,moga kita benar2 dapat pakai jubah TAQWA dan ISTIQAMAH sementara berjumpa Ramadhan seterusnya.

ps";selamat hari Merdeka, merdekakan diri dari jadi hamba nafsu
pss"; meriah sekampung dengan mercun,aduih nilah kut pakej raya merdeka.
psss"; moga ALLAH terima segala amalan kita.ameen.. 

Friday, August 26, 2011

Opps, Ingatlah Orang Tersayang

Bismillah wa alhamdulillah :)


26 Ramadhan 1432, Jumaat terakhir untuk Ramadhan tahun ini, sayu bila 'dia' semakin terasa akan pergi tinggalkan kita dengan kemeriahan lagu raya, shopping raya, biskut raya, perabot raya dan jalan raya yang semakin kaya dengan kereta tanpa ada roti,oh jalan jemmed..!

Semalam mendapat khabar dari adik, kawan sekolah lamanya meninggal ketika balik
dari sekolah, meninggal di tempat kejadian akibat rempuhan kuat.Baru tingkatan 4,
anak sulung pulak tu.Sedih dan sayu, kalau adik atau sahabat sendiri tak tahu bagaimana perasaan.Tengok berita dalam paper wajahnya ada iras adik,makin sayu T_T Takziah untuk kelurga adik Zulfadli,moga ditempatkan bersama orang soleh, al-Fatihah~


Seminggu dua itulah berita yang bagai wajib ada dalam akhbar, KEMATIAN. Yang kebanyakan sebab kemalangan, kebakaran dan tak kurang dibunuh kejam. Menjelang mood balik kampung menjadi-jadi pula.Takut bila tengok tajuk-tajuk berita yang bagai dah boleh hafal sebab musabab kematian.Cuma tak tahu bila giliran dan sebab mati kita.
Malam ini pasti jalan berganda jemmed sebab geng perantauan mula jejak daerah kelahiran masing-masing sebab dah masuk hujung minggu.Yang keje balik kampung, yang kahwin balik jenguk ibu bapa atau mentua dan yang belajar tinggalkan buku sekejap walau ada test lepas raya.
Dan di KELANTAN pastinya banyak kereta bernombor plat ber W** dan negeri2 laen memenuhi jalan bandar dan kampung,tak tipu,sila datang beraya di Kelantan.! Suka tengok sebab maknanya ramai yang berjaya sana-sini tapi masih ingat kampung tanah tumpah darah tapi menguji bila jemmed tahap giga jalan..! Maaf semangat kenegerian melanda bila dekat raya :)


Tips Keselamatan Balik Raya:


i)Pastikan kereta diservis sebelum mulakan perjalanan, cek tayar,enjin, brek dll
ii)bila letih bawak kereta singgah RnR rehat kejap, jangan singgah makan pulak.
iii)Pasang radio untuk hilangkan bosan dan geram bila jalan jemmed, bukak Al-Quran bila kereta dah memang gerak tahap siput.Zikir dan selawat banyak,pahala free dapat
iv)Ingatlah orang tersayang, bawak kereta hati-hati supaya selamat sampai insyaAllah
v)dan jangan lupa baca doa naik kenderaan dan doa musafir, doa orang bermusafir insyaAllah makbul :)


ps:abang, kakak dan adik lelaki saya gerak balik Kelantan damai malam ni,moga2 mereka selamat sampai,ameen.
pss:Mati itu pasti, cukuplah mati sebagai peringatan dan moga dimatikan dengan husnul khatimah,pengakhiran yang baik.
psss:Moga Ramadhan menjadi turning point untuk berubah walau sedikit cuma.
 

Blog Template by BloggerCandy.com