Followers

Showing posts with label Warna Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Warna Kehidupan. Show all posts
Friday, March 23, 2012

Tangki Redha Biar Penuh



Malam keputusan spm dua hari lepas diumumkan, saya mula men'forward' mesej kepada adik bulatan gembira supaya dahulukan dengan alhamdulillah walau apa 
pun keputusannya dan tunggu mesej kakak untuk bertanya good news esok:)


habis paper anatomy(yang memang pergh gorengan jawapannya), saya buat perkara yang dijanjikan.Menagih good news dari mereka si adek-adek yang 
banyak menceriakan hari-hari di sekolah.


Banyak respon,ada pendek ada yang panjang,ada yang seperti cuba berlagak
kuat.Mendapat  tak seperti yang diharap mungkin walau pada mulanya kesyukuran mendahului di mulut,alhamdulillah :) 


"kakak,saya tak dapat 11a pun,dapat dapat  _A je,xpe, tak kesah, redha je"


"alhamdulillah ala kulli hal dik, ok sangat dah tu :) congrats"


Itu dialog awal antara saya dan adik,ingat terhenti setakat itu.Tapi tak.Tak lama selepas itu adik menghantar mesej yang membuatkan saya terfikir dan teringat balik situasi yang berlaku pada saya ketika menerima keputusan spm 2008.


                                    ********************
"kak,kenapa rasa sakit sangat?rasa berbeku di dada..ni maksudnya saya tak redha ke?saya tak nak jadi hamba yang tak bersyukur,tak nak jadi hamba yang dibenci Tuhan,,tapi..tak boleh nak hilang rasa sakit ini.walau kalau ikut selalu dah macam ini,tak dapat apa yang dihajati,.


Allahu Allah,aku pulak yang terkedu nak jawab apa.ok coolio wahai cik kakak..
Ya Allah, bagi ilham untuk membangunkan jiwa yang sedang sedih ini.


"sebab adik belum benar-benar redha dengan keputusan yang dapat,


dulu kak pun aim hi-target, yelaah study tahap gaban harus nak lebih tapi tak boleh yang macam kak targetkan..ambik masa duduk muhasabah..


...layak ke Allah nak bagi strek A dengan usaha aku selama ini?(seriusly)


...dengan tahap tawakal aku setelah usaha?ke sekadar menyebut di mulut?


...takpe dik, rasa membeku tu biasa sebab kita manusia, yang memang ada perasaan tu bila tak dapat sesuatu yang kita impikan tapi bisikkkan pada diri Allah Maha Adil, memberi sesuatu yang terbaek untuk kita..


...mana tahu,, kalau kita dapat tinggi, kita makin lupa diri,rasa akulah hebat.
Lalu Allah jaga kita dengan bagi keputusan sekarang sebab tak nak kita jauh dari Dia,.


...dan kakak bahagia tengok adik sedayanya  redha dan cari kekuatan dalam menerima, tak ramai mampu membuatnya.


...dan ingatlah dik, SPM ini ibarat tapisan pertama dalam mengharungi ujian-ujian akademik di depan hari, perjalanan masih jauh.Banyak lagi lepas ini.


...dan seriusly(banyak plak dan) AKADEMIK ADALAH SALAH SATU CARA ALLAH SWT NAK UJI TAHAP PERGANTUNGAN KITA padaNYA.


...banyak benda untuk kita syukuri dari berduka sedikit dengan SPM,ye tak?


...MANIFESTASIKAN  SYUKUR dengan FULLY REDHA dik :)


                                     *****************
Done ! sesi memujuk jiwa yang sedih selesai.Walau takut sebenarnya diri diuji dengan perkataan yang dikatakan.


Tak salah bersedih tapi kena cepat lap air mata,pujuk hati setiap aturan ALLAH tak kesah menyenangkan atau membekukan hati pasti ada hikmahnya.


Bukan cakap sekadar sedap di mulut, sebab diri sendiri pun mengalami situasi 
dan rasa yang sama bila berdepan dengan akademik.Kalau boleh bilang jumlah ayaq mata, mungkin dah dekat 1 liter of tears menangis sebab akademik:)


Tapi itulah, jangan berhenti berusaha, ini baru permulaan sebab aturan ALLAH banyak ajaib dan warna-warninya supaya graf hidup takdelah kusam.mendatar memanjang.Ada masa jatuh, ada naek, ada yang sampai treshold.


Sabar, Syukur dan Redha=SSR sebaik-baik pemujuk hati insyaALLAH


Berdoalah moga kita dibesarkan jiwa dalam menghadapi episod ujian hidup
kerana pintu langit sentiasa terbuka dan pastinya ALLAH MAHA MENDENGAR ~


Sollu alaNabiy~peace yoo!


p.s:akhirnya dapat update setelah mengadap 4paper berturut.otw daerah damai.

Sunday, February 12, 2012

Travelog #1- Kanak-Kanak Yang Baik Hati


   Bermusafir itu banyak sungguh mengajar, yang mana silibus mengajar itu datang melalui sisi pandang yang berbeza.Proses P&P dari manusia dan alam.

   
  Musafir biasa,ramai memilih bawa bagpacker besar gedabak tapi perempuan itu hanya bawa plastik ‘gelenya’ dan beg silang kelabunya gaya shopping bersahaja walhal mahu bermusafir jauh.Cukup sepasang baju Muslimah,jubah,kot labuh dan aksesori pelengkap sebagai bekalan.
  
  Perempuan itu cuba letak setinggi tawakal padaNYA, sampai sahabat yang menghantar ke terminal risau dan banyak tanya.Tak sempat malam itu untuk meraikan hari lahir sahabat lebih lama, hanya mampu hulur coklat dan doa sebab tiket masih entah ke mana.[adeh, tiba2 rasa ada gaya buat pantun sebab banyak rima sama hujung ayat :P ]

   Cuma perempuan itu rasa sangat disayangi kerana ada 2 pihak berebut-rebut mahu menghantar dia ke terminal walau ia adalah miscomm yang tak dirancangkan.Senyum lebar bahagia.Terpacak menunggu 'kereta panjang' sebagai lone ranger, menunggu dengan si dia teman setia senyap ---pemuda Islam yang dijanjikan.

   Turun dari kereta panjang, ada manusia baik menghulurkan kuih,pandai baca si muka tengah kebuluran.Tak sempat nak ucap terima kasih,mereka sudah berlalu,aduh.Niat singgah di masjid tak jadi kerana sudah tutup maka bertapalah di tepi jalan,sedih tapi rasa ala2 indee.Haha.Pesanan penaja, kepada pihak mana2 masjid yang terbaca tulisan ini(ada ke?) silalah jangan tutup masjid, insyaALLAH kita raikan musafir seperti ini menumpang.


   Setelah memerah otak(xdela sangat,sebab otak kurang basah untuk diperah),berpencak, bersilat, membuka jurus2 tae kwan do,karate,kungfu ala bruce lee jackie chan,patah-mematah,potong-memotong, misi musafir selesai di daerah itu.Moga ada nilai untuk setiap masa dan idea yang sama2 diberikan mereka yang idealistik menjadi realistik biiznillah :)


  Menunggu kereta panjang sekali lagi, memandangkan masih tiada 'driver' tetap.Huhu.
Perempuan itu melihat 1 peristiwa yang sangat mengharukan.Bagi dialah.Usai jamak, duduk membaca 'ayat2 cinta' tapi terhenti dek ralit melihat sekumpulan kanak2 lincah.


  Mereka 4 orang berebut-rebut melipat sejadah, telekung+kaen semayang sebelah muslimat yang disepahkan mungkin si pengguna sebelumnya terkejar-kejar dengan urusan kerja sampai hanya mampu tahu guna sahaja.Ada yang lipat sejadah, ada yang susunkan di rak,ada yang kutip2 sejadah yang ditinggalkan.Dengan tekun sekali mereka, seriusly tanpa dipaksa oleh sesiapa.Hinggakan ada makcik2 yang singgah solat berkali-kali memuji mereka rajin sungguh melipat itu dan ini dengan sukarela :)


   Kagum dengan tarbiah informal mereka.Seingat perempuan itu,tak pernah pun buat perkara sama dulu ketika seusia mereka.Cuma yang agak melucukan, sempat lagi mereka menaruh compact powder Miami usai solat isyak.Aduyai generasi Y zaman sekarang, baru darjah 3(sempat i/view) dah pandai taruh 'cat' di muka (=.=)


input untuk musafir:


>dibolehkan solat jamak dan qasar bila jarak destinasi lebih 2marhalah@90km
>doa orang bermusafir insyaALLAH makbul selagi mana niat dan tujuan musafir itu tidak kepada kejahatan,tidak melakukan perkara yang dilarang ALLAH dan menjaga makan minum,so banyakkan2 doa,doa,doa ye :)


Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: ” Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, dan doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir” (Riwayat Ahmad,Bukhari,Abu Daud &Tirmidzi)

p.s:tulisan ini lebih kepada travelog pengalaman, tiada input,harap maklum :)
   

Sunday, November 13, 2011

Jejak Cita



Selamat menabahkan diri buat diri dan sahabat-sahabat di luar sana dalam mengejar cita-cita. Teruskan melangkah dan berlari walau jatuh di pertengahan jalan kerana apa yang penting yakinlah bahawa ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang sabar.Sabar dalam bersabar.

Sungguh antara kesungguhan dan kejayaan itu ada jarak, ia tidak bersebelahan.

Sabarlah yang mengisi jarak itu dalam menggapai cita-cita.Teruskan melangkah walau kadang rasa lelah dan payah..sebab manusia yang cemerlang sentiasa mencari jalan bukan memberi alasan(quoted from najahamdan)


Ingat, ALLAH MAHA MENDENGAR dan MAHA PENGABUL DOA hamba2NYA.
Sabarlah dalam menunggu keputusan lambat atau cepat doa itu dikabulkan

''..man shabara zhafira.."  

siapa yang bersabar, dialah beruntung sebab ALLAH telah berjanji banyak kali dalam Al-Quran Dia bersama mereka yang sabar..


p/s:off to Kuantan 4 next half semester 1,moga ALLAH berkati perjalanan menuntut ilmu ini,allahuma ameen..doakan saya jadi baik.

Friday, November 4, 2011

Terima Kasih Usrah =)


Kadang-kadang bulatan itu besar.
Kadang-kadang bulatan itu kecil.


Hanya kuantiti kehadiran yang terjejas, tidak pada kualiti isinya :)


Saya mula mengenali bulatan itu bermula Tingkatan 3, diangkat menjadi penolong naqibah atau co-naqibah buat saya rasa direndahkan sebab memang tak tahu apa-apa.Datang usrah dengan tiada rasa pada jiwa.Dahlah setiap orang wajib beli buku silibus yang mahal itu.Sebab dahulu saya antara geng yang tak suka duduk dalam bulatan yang diibaratkan bulatan skema itu.Itu dahulu.


Usrah,benarlah tak kenal ia maka tak cinta~




Kenapa dinamakan usrah?


Sebab bulatan itu sangat punya ruh keluarga,walau bukan diukur dengan inheritance atau biological siblings tapi rasa adik-beradik itu kadang lebih terasa dari adik beradik sebenar.Sampai ada nama panggilan dari Along kepada Usu mengikut aturan tarikh lahir ahli usrah.Tak tipu saya terasa kekeluargaan itu.


Sebab ikatan itu berdasarkan ikatan Aqidah Islamiyyah.
Ikatan yang kukuh, tidak putus sebab disandarkan pada ALLAH swt.


Diikat dengan Rukun Usrah dari Taaruf kepada Tafahhum kepada Takaful
yang digariskan oleh Assyahid Imam Hasan Al-Banna.


Dari berkenalan-kenalan(taaruf) dari situlah timbullah perasaan saling memahami antara satu sama laen(tafahhum) seterusnya understanding each others inilah yang bawa kepada tolong menolong antara satu sama laen(takaful) tidak kira masa aman atau darurat masa lapang atau sempit.Masa suka atau duka.


Beliau berpesan kepada golongan yang meyakini fikrah ini dengan pesanan:


"Jagalah rukun-rukun ini.Cubalah sedaya upaya merealisasikan supaya hubungan ini wujud bukan sekadar kerana satu arahan,sebaliknya ada ruh di sebalik pelaksanaanya"


Dari usrah jualah fikiran saya lebih cakna pada isu semasa, general knowledge dan ilmu yang membina fikrah Islami, diri juga sudah diprogramkan bukan hanya milik kelurga tapi juga masyarakat.


Dari usrahlah hobi membaca itu semakin boleh diterima oleh diri ini.Kalau tidak saya tidak akan kenal deretan penulis dan buku-buku seperti Apa Ertinya Saya Menganut Islam(antara buku pertama berjaya dihabiskan), menelusuri sirah2 yang buat diri ini semakin kuat kerana yakin bahawa kita adalah antara mata-mata rantai perjuangan walau banyak ujian hidup dihadapi sepanjang jalan panjang ini.


Pernah juga saya dimarahi/ditegur oleh senior bila kata hobi membaca tapi satu nama penulis pun tak tahu dan buku pun dahulu lebih bergenre jiwang karat.Bila diri nak kuat kalau layan jiwang je kan :)


Kerana usrah jugalah saya kenal erti Ukhuwah Islamiyah.Saya dapat berjumpa sahabat-sahabat yang hebat dan saling menghebatkan.Yang semuanya punya cinta dan cita yang sama untuk lihat Islam diletakkan pada tempat tertinggi.


Sahabat yang walau nampak gila-gila tapi ilmu penuh didada tapi tidak pernah meninggi diri.Sahabat yang sanggup dari jauh datang untuk tolong.Sahabat yang akan tegur bila kita nampak lagho dengan bahasa yang sesuai dengan jiwa,penuh hikmah walau dalam senda-gurau.Sahabat di waktu susah juga saya jumpa dari usrah.Dan saya berjumpa dengan mereka yang gila berusrah bilamana dia yang mengutarakan bila next usrah nak buat.Wow..!



Rasulullah saw pernah bersabda:


'seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain' [HR Bukhari]


Sesungguhnya,usrah itu nizhom (sistem) bukan sekadar halaqah bulat kerana halaqah itu salah satu dari pengisian dari sistem Usrah.Dari usrah, terbitlah pelbagai program tarbiah yang mampu mendidik dan membentuk rijal-rijal dakwah.


Terima kasih Allah kerana gerakkan hatiku untuk duduk mengenali erti sebenar usrah.Yang bermula dengan satu bulatan,sekarang saya dah punya banyak bulatan usrah dan telah tersebar ke serata negeri :) 


Terima kasih usrah kerana mentarbiah saya,buat saya jatuh cinta pada amal Islami walau saya dapat memberi sedikit cuma.Tapi pesan naqib/ah memberilah selagi mampu, bukan dilihat dari kuantiti tapi nilai itu ada pada memberi tanpa syarat dan seusahanya istiqamah pada jalan ini.


Ikhlaskan segalanya kepada ALLAH.


Saya telah jatuh cinta pada usrah setelah mengenalinya.Anda sudah..?


p/s:malam ini pulang beraya dan bertemu my biological sibling,usrati jannati~

Sunday, October 9, 2011

Mencari Titik Stabil



Bismillah wa alhamdulillah :)

Post pertama dari bumi Kuantan (macam duduk oversea la plak).Sangat rindu dan gatal tangan nak update blog setelah hampir sebulan duduk di sini tercapai akhirnya.Alhamdulillah.

1)Mencari titik stabil.

Term yang mungkin sesuai bila mana diri sedang adapt dengan suasana sekarang.Masih berta'aruf dengan kos Biomedic(BMed) untuk terus kenal dan mula semai cinta pada si BMed.Dan untuk pengetahuan, semester ini kami agak relaks dan steady sebab tak ambik banyak core subjek.Ya, hanya empat,sila jeles :)

Pesanan dari seniors yang baik hati, nak dapat pointer tinggi setiap sem paling penting buat pre n post reading dan fokus dalam kelas.Lebih2 lagi bila dapat lecturer foreigner lagi2 lah kena prepare sebab english slang laen susah sket nak grab apa dia cakap.Tak tipu, duduk plak baris belakang dalam lec hall, memang ternganga nak paham.Grrr.

Juga paling penting masih mencari titik stabil antara akademik dan amal Islami yang tiada menjadi nombor 2, sama2 perlu diselia sama rata.
Juga stabil antara rasional dan emosi , biasala perempuan emosi kadang mendahului rasional dapat berfikir dan buat keputusan.

2)Masa tak tunggu dan ia laju.

Maka gunakanlah ia sebaeknya.Ingat lagi status fb k.husna beberapa hari lepas tentang kenapa ALLAH bersumpah dengan masa dalam surah-Asr..

"Jangan mencuri masa saya dengan tidak menepati janji. Kini, baru benar-benar mengerti kenapa ALLAH bersumpah dengan MASA: "DEMI MASA".Lantas, memang benar terlalu ramai yang kerugiannya kerananya.Maaf,kalau saya juga selalu mencuri masa anda. Halalkan masa yang tercuri itu, dan memang saya tak mampu mengembalikannya. Sebab itu, MASA sangat berharga. Mari jadi MAHASISWA BERDISIPLIN.

Dan ya, masa adik-beradik kembar dengan disiplin dan anak-beranak dengan hidup.Mudah kata masa adalah hidup dan hidup adalah masa.Tiada hidup tiada istilah masa rasanya.

Dan kalau dah namanya masa dan disiplin tu kembar semestinya tak leh jauh, kena rapat dan kamcing.Masa yang ada kena usaha biar berlalu dengan baik.Sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah dan korbankan kalau boleh untuk perkara kurang penting.Manage our time well,itu kuncinya.


Dan ada 1 statement yang saya suka iaitu,

"..hanya orang yang sibuk tahu menggunakan masa sebaiknya.."

tak caya, sila dan cuba jadi sibuk,masa anda akan jadi sangat berharga..! 24 bagai satu pusingan yang cepat.Tengok2 tarikh dah bertukar.Sangat cepat.

Ada 1 pesanan penaja:plan perjalanan sebab banyak benda kena kejar.
Balas saya: baeklah, sebab betul, duduk sini bukan keje nak kejar bas je :P

3)Stay positive in doing and mind


Tak perlu cerita panjang, positif inilah yang memotivasikan kita.Buat kita berfikir setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Buat kita sedar bahawa kita merancang, ALLAH  juga merancang dan perancangan ALLAH adalah yang terbaek.Subhanallah.Banyak sudah bukti-bukti berlaku depan mata :)

Biarlah setiap hayunan langkah dikaitkan dengan tarbiyah, secara langsung atau tidak,berwasilahkan pelbagai cara didikan. Moga insan yang pernah mendapat tarbiah lebih kuat dan seterusnya dapat kuatkan orang sekeliling, tak banyak sedikit pun jadilah.

Itu sahaja,rasa dah terlebih panjang, dah lepas gian nak update blog.Walau ayat dah caca marba akibat lama tak bermadah pujangga.

Terus doakan saya kuat sebab saya memang tak kuat~

ps:terima kasih cik athirah athirahsebab setia di sisi saya selalu.
Tuesday, August 30, 2011

Perutusan Raya Aidilfitri 1432


Allahuakbar,allahuakbar, allahuakbar..
Ramadhan dah pergi, im already miss it..!

Sebab rasa tak dapat buat yang terbaek sepanjang Ramadhan,dengan sekatan amal dan nafsu yang telah meraja 11 bulan mengatasi pendidikan nafsu Ramadhan ini/
my first doodle, tak cantik langsung kut :
Aidilfitri= kembali kepada fitrah, dan fitrah kita sebenarnya cenderung kepada kebaikan berbanding nak buat maksiat dan jahat.Maka dengan kedatangan hari kebesaran di Syawal ini kita benar-benar kembali kepada fitrah,insyaALLAH.

Dan semoganya juga kita terpilih dapat masuk syurga Ar-Rayyan yang disediakan khas untuk mereka yang berpuasa dan madrasah Ramadhan dapat jadi satu turning point untuk perubahan lebih baik walau sedikit cuma.At least, dapatlah menumpang sedikit hikmah Ramadhan kan.

Mohon maaf segala khilaf kepada semua yang sudi blogwalking singgah ke sini dan semua yang mengenali diri dari sekolah rendah(SK Islah),SMKA Naim Lilbanat,CFS IIUM, semua guru dan lecturers UIA, friends di FB, geng sekepala aEiou,sahabat/biah UIA dan sahabat2 dunia dan akhirat sekolah cinta saya.Saya sayangkan kalian kerana ALLAH <

Happy Eid Mubarak, taqabballuhu minna waminkum soolihal a'maal :)
  
Selamat bergraduasi dari madrasah Ramadhan,moga kita benar2 dapat pakai jubah TAQWA dan ISTIQAMAH sementara berjumpa Ramadhan seterusnya.

ps";selamat hari Merdeka, merdekakan diri dari jadi hamba nafsu
pss"; meriah sekampung dengan mercun,aduih nilah kut pakej raya merdeka.
psss"; moga ALLAH terima segala amalan kita.ameen.. 

 

Blog Template by BloggerCandy.com