Followers

Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Friday, March 23, 2012

Tangki Redha Biar Penuh



Malam keputusan spm dua hari lepas diumumkan, saya mula men'forward' mesej kepada adik bulatan gembira supaya dahulukan dengan alhamdulillah walau apa 
pun keputusannya dan tunggu mesej kakak untuk bertanya good news esok:)


habis paper anatomy(yang memang pergh gorengan jawapannya), saya buat perkara yang dijanjikan.Menagih good news dari mereka si adek-adek yang 
banyak menceriakan hari-hari di sekolah.


Banyak respon,ada pendek ada yang panjang,ada yang seperti cuba berlagak
kuat.Mendapat  tak seperti yang diharap mungkin walau pada mulanya kesyukuran mendahului di mulut,alhamdulillah :) 


"kakak,saya tak dapat 11a pun,dapat dapat  _A je,xpe, tak kesah, redha je"


"alhamdulillah ala kulli hal dik, ok sangat dah tu :) congrats"


Itu dialog awal antara saya dan adik,ingat terhenti setakat itu.Tapi tak.Tak lama selepas itu adik menghantar mesej yang membuatkan saya terfikir dan teringat balik situasi yang berlaku pada saya ketika menerima keputusan spm 2008.


                                    ********************
"kak,kenapa rasa sakit sangat?rasa berbeku di dada..ni maksudnya saya tak redha ke?saya tak nak jadi hamba yang tak bersyukur,tak nak jadi hamba yang dibenci Tuhan,,tapi..tak boleh nak hilang rasa sakit ini.walau kalau ikut selalu dah macam ini,tak dapat apa yang dihajati,.


Allahu Allah,aku pulak yang terkedu nak jawab apa.ok coolio wahai cik kakak..
Ya Allah, bagi ilham untuk membangunkan jiwa yang sedang sedih ini.


"sebab adik belum benar-benar redha dengan keputusan yang dapat,


dulu kak pun aim hi-target, yelaah study tahap gaban harus nak lebih tapi tak boleh yang macam kak targetkan..ambik masa duduk muhasabah..


...layak ke Allah nak bagi strek A dengan usaha aku selama ini?(seriusly)


...dengan tahap tawakal aku setelah usaha?ke sekadar menyebut di mulut?


...takpe dik, rasa membeku tu biasa sebab kita manusia, yang memang ada perasaan tu bila tak dapat sesuatu yang kita impikan tapi bisikkkan pada diri Allah Maha Adil, memberi sesuatu yang terbaek untuk kita..


...mana tahu,, kalau kita dapat tinggi, kita makin lupa diri,rasa akulah hebat.
Lalu Allah jaga kita dengan bagi keputusan sekarang sebab tak nak kita jauh dari Dia,.


...dan kakak bahagia tengok adik sedayanya  redha dan cari kekuatan dalam menerima, tak ramai mampu membuatnya.


...dan ingatlah dik, SPM ini ibarat tapisan pertama dalam mengharungi ujian-ujian akademik di depan hari, perjalanan masih jauh.Banyak lagi lepas ini.


...dan seriusly(banyak plak dan) AKADEMIK ADALAH SALAH SATU CARA ALLAH SWT NAK UJI TAHAP PERGANTUNGAN KITA padaNYA.


...banyak benda untuk kita syukuri dari berduka sedikit dengan SPM,ye tak?


...MANIFESTASIKAN  SYUKUR dengan FULLY REDHA dik :)


                                     *****************
Done ! sesi memujuk jiwa yang sedih selesai.Walau takut sebenarnya diri diuji dengan perkataan yang dikatakan.


Tak salah bersedih tapi kena cepat lap air mata,pujuk hati setiap aturan ALLAH tak kesah menyenangkan atau membekukan hati pasti ada hikmahnya.


Bukan cakap sekadar sedap di mulut, sebab diri sendiri pun mengalami situasi 
dan rasa yang sama bila berdepan dengan akademik.Kalau boleh bilang jumlah ayaq mata, mungkin dah dekat 1 liter of tears menangis sebab akademik:)


Tapi itulah, jangan berhenti berusaha, ini baru permulaan sebab aturan ALLAH banyak ajaib dan warna-warninya supaya graf hidup takdelah kusam.mendatar memanjang.Ada masa jatuh, ada naek, ada yang sampai treshold.


Sabar, Syukur dan Redha=SSR sebaik-baik pemujuk hati insyaALLAH


Berdoalah moga kita dibesarkan jiwa dalam menghadapi episod ujian hidup
kerana pintu langit sentiasa terbuka dan pastinya ALLAH MAHA MENDENGAR ~


Sollu alaNabiy~peace yoo!


p.s:akhirnya dapat update setelah mengadap 4paper berturut.otw daerah damai.

Friday, December 23, 2011

A Painful Story


Jumaat yang tenang setelah beberapa hujan tanpa henti di bumi Kuantan.

Semalam,kelas terakhir Biochem untuk semester ini,ditutup dengan practical lab exam dan satu kisah yang sangat memberi kesan buat diri juga classmates.

Perkongsian dari Prof kami,harapan beliau pada kami bakal2 saintis Islam.
Diceritakan dalam English, lalu saya terjemah semampu boleh~

Ini kisah benar,moga dapat menjadi ingatan bersama...

A Painful Story.

..Beberapa hari yang lepas, saya telah berikan markah kepada pelajar2 untuk subjek yang saya ajar(tak disebut subjek apa). Secara sengaja, saya telah tinggikan markah beberapa students.Answer sheet diedar.

Saya pampangkan markah semua student mengikut kad matrik satu-satu.Lalu saya tanyakan ada siapa yang ada pembetulan markah, rendah atau tinggi berbeza dengan markah yang di hapadan, boleh bagitahu.

Beberapa kali ditanya, tiada yang mengaku, padahal saya tahu ada tapi tidak mahu mengaku, selesa dengan markah yang terpampang dan sebagainya..

Ulasan Prof setelah bercerita;

Its a painful story.I'm here not to teach you just to become a scientist only, but to teach to become a good Muslim scientist. If with this small thing because of exam/quiz marks you become dishonest, how will u deal in the future when you become a scientist.Im not only took lecturer as my only career or my job.

 -TAMAT-


A painful story.Luahan hati seorang lecturer yang hampir sedekad mengajar tentang sikap pelajarnya, iaitu kami.Saya hanya mampu menganguk melihat wajah Prof yang nampak terang terkilan.Serius, berulang kali beliau menyebut a painfull story, tanda beliau sangat kecewa.

Senang cakap misi beliau untuk mendidik pelajar2nya menjadi seorang yang jujur dan amanah masih tak menjadi.Failed dek kerana sikap pelajar.SEDIH :(

Tapi syukurlah bukan dari batch kami.Dan didoakan bukan selamanya kami.

Satu sahaja harapan saya,moga sesiapa sahaja yang terbaca cerita ini tergerak hati supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.


Berkat ilmu itu ada pada guru yang mengajar.Jagalah adab dan sikap dalam menuntut ilmu sebab takut2 terhijab.Mungkin ALLAH tak tunjuk masa sekarang, di'delay' kan dahulu.Senang sekarang tak menjamin bahagia di hapadan jika cara mendapatkannya adalah tak cantik.

Moga diri saya dan kalian terus ALLAH hiaskan dengan akhlak mahmudah dan berasa cukup dengan apa yang dapat.Rasa tak puas hati tak dapat markah tinggi,caranya hanya satu,

USAHA LEBIH LAGI,BERDOA DENGAN LEBIH KHUSYUK!

p.s:mohon maaf dan doa untuk kami yang bakal final exam bermula minggu hadapan,semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan exam :)

Thursday, December 8, 2011

EXAM @ ILMU..?



Lama tak menulis, ada rasa rindu untuk mencoret.Maka kali ini saya berkongsi sahaja pengalaman bersila dalam satu kuliah yang tak dapat dalam kuliah akademik.

Memandangkan bakal datang fatrah study dan exam week,suka saya menulis tentang itu, buat ingatan lebih kepada diri, juga sebagai muhasabah bersama bimbang diri lalai dan leka.

Belajar untuk ILMU @ EXAM?



Acap kali diri tertipu, cakap dan rasa tak serupa bikin.Pulun habis-habisan, mata tak kesah jadi beruang koala sebab membakar pelita di tengah malam(baca: burn the midnight oil) semata-mata untuk quiz/tutor/mini test/exam dan sewaktu dengannya.

Tapi tak lama apa yang kita pulun, hilang selepas itu, dalam masa 24 jam paling cepat., takleh recall balik apa yang telah belajar.betul tak? MUNGKIN dari awal sudah silap niat, niat belajar untuk exam maka selepas exam, ilmu pun dah merajuk tak nak datang,sebab exam sudah habis ;( Ilmu itu hidup dalam diri mereka yang mahukan ia sahaja.

Masih ingatkah kita apa yang telah belajar sejak di bangku sekolah dulu? Ah, ambik yang lebih dekat apa yang belajar waktu di matrikulasi,pusat asasi sebelum jejak degree? Mungkin ada golongan recessive yang masih ingat tapi tak sampai 10% yang betul-betul boleh di-recall balik.Sungguh sedih bila ingat masa 5-7 tahun menuntut ilmu itu bagai tak memberi apa-apa pada diri.Muhasabah.

Maksudnya tak perlu belajar bersungguh-sungguh?



Eh, bukan itu maksud saya.Pelajar Muslim wajib bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan, tak kira menuntut ilmu, bekerja, berorganisasi dll.Apa yang konflik sekarang adalah masalah niat belajar itu.Betulkan niat di awal, BELAJAR KERANA ALLAH,UNTUK ISLAM.Memanipulasikan akademik untuk mencapai impian kita,menjadi pakar dalam bidang yang diceburi, mengembalikan suasana Islam yang sangat gemilang dalam bidang keilmuan,RnD,inovasi dll.

Tidak juga menjadikan kegagalan kita dalam akademik sebagai satu fitnah untuk Islam.Bukan nanti kita dipandang golongan yang malas dan bermasalah.


Belajar itu sendiri adalah ibadah.Ilmu itu buahnya ialah HIDAYAH dan satu tanda orang itu mendapat hidayah ialah dia segera melakukan ketaatan.

Sama-sama check diri,adakah buah ilmu itu ada pada diri kita..?

Moga nanti kita bukan sahaja cemerlang di sini, juga gred A++ di sana.


p/s:nak dekat dengan exam, haruslah kena dekat lagi dengan ALLAH..

Tuesday, August 23, 2011

Segan


Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,
dari membuka kitab Allah, dan dari study.
Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.
Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,
dari melangkah ke masjid.
Segan bila mulut asyik bercerita, 
dari berzikir mengingati Allah.
Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,
yang menyeronokkan jiwa,
berbanding mendengar ayat-ayat Allah

Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu,
bukannya DIA.
Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut,
bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.
Bila dititipkan harapan,
Lebih mengikut kata hati,
Lebih menyebelahi kata nafsu,
Hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA,
Malunya bila rasa dah belakangkan DIA.
 
Oh, terasa segan.
Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia 
Dari mencari Ilahi,
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.
Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
Segan dengan Dia yang Maha Memahami.
Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!
Segan dengan dosa yang dilakukan,
Terasa bersalah dengan Dia.
Sedangkan diri tahu, Dia sentiasa ada.
Diri tahu Dia tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau sesaat.
Tapi kenapa diri masih tegar melakukan kesalahan?
 
Oh, sebab diri ditaraf hamba,
Hamba yang sering leka dengan dunia,
Memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan.
Tapi bukankah sifat Mukmin, mereka takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?
Terasa bagaikan ada batu yang menghempap kepala. Sakit.
Ish, dah tahu rupanya begitu.
Tapi kenapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?
Dan terasa segan.
Benar, diri bukanlah Maksum bagaikan baginda Rasulullah.
Diri adalah hamba, ditaraf hamba.
Yang di bawah dan yang terhina.
Tapi, kalau diri mengakui beriman
sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.
Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri.
Sudah tentu diri akan selalu muhasabah diri.

Jadi,
Kalau terasa segan, bersyukurlah.
Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.
Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.
Allah sebenarnya tengah bagi peluang
Untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.
Gunakan kesempatan yang ada,
Kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?

kopi & pasta dari sini>>penulis adalah senior saya masa skolah dulu :)
Wednesday, July 27, 2011

Kempen Derma Darah: You Share and We Care

Bismillah wa alhamdulillah :)

Kali ini saya nak berkempen tentang menderma darah.Lalu ia tiada kaitan dengan
menjadi drakula yang hisap darah ataupun keluang man yang memang takde kena
mengena dengan darah :P

Ramai ke yang takut menderma darah ni..? Jangan takut, tak sakit pun cuma
mungkin ia jadi gerun sebab ada jarum.Ia ibarat kita 'bermaen kasar' dengan semut
api je rasa dan kadang sakit kena semut lagi dari sakit kena jarum.

Pengalaman Saya

Mesti ada yang berpengalaman derma darah kan? Bercakap berdasarkan pengalaman,
kali pertama terpilih adalah ketika memakai title wirawati negara di PLKN.Teruja 
sebab terpilih dalam ramai-ramai makasangatlah gembiranya :)

Sesampai di HUSM, tiba-tiba rasa nak patah balik.Beratur panjang untuk
test jenis darah yang mana cik misi akan guna alat semacam pin.Tapi
saya undur belakang, beratur balik bila sampai turn saya sebab saya
anti dengan darah.Tapi, nak tak nak saya kena test juga dan dipujuk 
rakan2, buat-buat cool berbual supaya tak tengok darah sendiri.
Alhamdulillah berjaya setelah beberapa titis ayaq mata jatuh
dan saya adalah dari golongan darah O( universal donor, yeay! )
-memory of blood donation campaign-
Itulah part yang agak mencabar, laen-laen dah ok je,takde pape nak ditakutkan
pun.InsyaALLAH misi-misi pun layan kita dengan baik untuk hilangkan takut.
Ajak berbual, tanya khabar bla3. Siap bagi makanan lagi untuk pulih tenaga.

Kenapa Menderma?

Sebab Unit Tranfusi Darah seluruh negara masih dan sangat butuhkan darah
mereka yang dikurniakan nikmat sihat untuk menampung kekurangan beg darah
di Bank Darah.Ramai insan yang memerlukan darah kita tahu.

Nak menderma selagak si kaya yang dermawan kita tak punya harta yang banyak.
Oleh itu, derma darah juga adalah sedekah yang sangat besar ganjarannya
kerana kita seolah memberi nafas kepada mereka yang kehilangan banyak darah
dalam kemalangan,yang ada penyakit darah seperti talesemia,anaemia dan lain-lain

Bayangkan, dengan darah yang kita berikan mereka dapat teruskan hidup,
dapat kekuatan untuk terus beribadah dan bekerja mencari nafkah untuk
keluarga mereka.Mereka dapat mengukir senyum kembali.Oh, indah dunia :)

Mitos Menderma Darah

Nanti saya akan gemuk, letih yang berpanjangan, sakit ketika menderma adalah
antara mitos yang menyelubungi dan ini meyekat niat seseorang dari menderma.
Istilah itu sebenarnya tak berlaku, jangan risau :) Semalam, saya berpeluang
menjadi urusetia kempen menderma darah, maka saya berani jamin setelah
10 minit saya menderma darah, saya dapat bergerak kembali sambung kerja,
melayan adik-adik yang sudi menderma dan kembali bergelak ketawa.

Lalu, tiada alasan lagi dan cukuplah memberi alasan.Semakin anda banyak
memberi alasan,semakin lama mereka menunggu di hospital sebab tiada
siapa yang sudi menderma darah.Berhenti memberi alasan, tapi mulakan
memberi dan menyambung hidup mereka dengan darah kita.

Pahala berganda-ganda taw.Kejayaan menderma bermula dari langkah
pertama kita untuk rasa bertanggungjawab untuk memberi sesama insan.


YOU SHARE AND WE CARE>> DONATE YOUR BLOOD,AND MAKE A DIFFERENCE :)

Wednesday, June 8, 2011

Bukan Sekadar Berimaginasi

"Kekti, tengok ni, siap dah sarang burung Ayih buat."(lalu tunjuk sangkar burung bangga)
"Wah, lawa jugak Ayih buat, nak letak ayam ke?Bukan ke abah dah buat?"tanyaku sambil
tambahkan dawai kawat untuk kukuhkan bahagian atas sangkar.
"Nak letak burung lah, tapi tak beli lagi, Ayih nak kumpul duit nak beli nanti"
"Erk...(kuat jugak adik aku bermimpi di siang hari)
"kita kena ada imaginasi kekti.."
Ayih dan sangkarnya :)

"imaginasi tu Ayih rasa apa maksudnya??" saya memancing pandangan si adik Darjah 5
"imaginasi  tu macam kita fikir dalam otak," bersemangat dia terangkan.Sampai naik tangan.
"fikir bukan ke memang dalam otak kan Ayih?Akim pulak rasa imaginasi tu apa?"
saya ketawa menyakat,dan terus menebak adik Tingkatan 3 pula.
"imaginasi tu macam bayangan.." pendek sambil sengih.Sibuk melayan buku dekorasi
rumah kegemarannya,tak lepas-lepas dari tadi.

"ok laa.lebih kurang jawapan Ayih ngan Akim, betul lah tuh.."sengih mereka bila saya
terima skema jawapan dengan mentaliti gaya fikir budak seusia mereka.

*************************************************

Rutin cuti sekolah melayan kerenah adik-adik yang semuanya lelaki buat saya kadang seperti
mereka.Dengan cuti panjang hingga bulan 9, banyak yang boleh saya imaginasikan.
Itulah manusia, kalau diminta buat wishlist, target capaian pasti berjela-jela.Tapi itulah,seperti
kata adik, sekadar bayangan dan berfikir dalam otak sahaja.Ighfirli ya Allah.

Mahu khatam Quran sebelum Ramadhan dengan tafsirnya(seruan cik athirah dan najah)
mahu improve kualiti itu dan ini, mahu habiskan paling tidak 1 minggu sebuah buku, mahu
dapat lesen kereta, mahu belajar memasak bla3x..Tapi imaginasi seakan hidup segan mati tak
mahu jadi realiti dengan keadaan diri yang sangat lemah mujahadahnya.Benar,saya butuhkan
sahabat di sekeliling.Bukan kata bila ada sahabat sahaja diri boleh istiqamah buat itu dan ini,
belakang tak buat apa namun bahasa paling sesuai sahabat sebagai external force buat diri.

Teringat nasihat Kak Tah, seorang yang saya kagumi, kata beliau "we have to set a target,
Allah dah aturkan perjalanan hidup kita, oleh itu kita perlu ada target dan usaha untuk
realisasikannya".Terngiang-ngiang bicara nuslimat hebat itu.

Kirim salam jela kalau duk berangan mat jenin sampai jatuh pokok kalau usaha sepatah
haram pun takde kan.Berdegar-degar dulu pesan kat adik-adik jaga ibadat,jaga akhlak, kita
adalah pemimpin, paling kurang pada diri sendiri.Allah tak tengok berapa banyak kita buat tapi
tengok amalan mana yang kita istiqamah buat.Wahai diri, amalan mana yang kamu istiqamah?

Bangunlah, cukuplah berimaginasi mahu ada kawan keliling sampai bulan 9,sahabat sebagai
sumber motivasi,sekarang UIA bagi cuti, maka gunakanlah masa tanpa kawan untuk latih
jadi betul-betul diri sendiri.Cari identiti sebenar dalam percutian 3 bulan/100 hari yang berbaki.
Adakah rajin sekadar di depan kawan,sebab segan dengan mereka bukan malu dengan ALLAH?

Come on lah. Tak ke mana kalau itulah yang dibuat selama ini.Allah,Allah,Allah.

muhasabah diri by digitalmukmin
Lemah sungguh diri ini.Saya tak nak duduk berimaginasi begini sampai bulan 9.Terlalu banyak
taklifat bakal mendatang.Mana lagi mahu diri nanti mintak disandarkan kalau bukan pada Allah,
sumber kekuatan.Ikat hubungan dengan ALLAH kuat-kuat,Dialah Maha Kuat lagi menguatkan.

Muslim dahulu kuat sebab akrabnya hubungan mereka dengan Allah swt.

p/s:syukran kak naqibah sebab hantar mesej ingatkan taklifat,sungguh diri ini banyak lalai..T_T
Tuesday, May 17, 2011

Cepat-cepat Keluar 'Lunch Break'

"Ti, pukul berapa dah sekarang?" classmate,King di sebelah dah tak senang duduk.

"sikit lagi King, pukul 12.40pm suda, 20 minit lagi," saya buat-buat cool walau mata dah
memang dah sepet macam orang Jepun.

"aku tak tahan dah nih, mengantuk tahap gaban dah"

"aku ni, lagi lah tahap kritikal,sabar beb" 

"anyone has question, comment or contribution? If not we break here and meet at 2 o'clock,
you may have your solah, makan-makan.." ayat power Dr.Suleiman dah memang
saya hafal dari awal semester buat kata-kata semangat.

"NO..!" serentak, seia dan sekata sekelas menjawab dan saya dah mula nak angkat kaki.
Alhamdulillah wehdatul fikr dicapai setiap hari bila tiba lunch break.Wohaa.

Kaki dah terlebih laju gaya pakai roller blade menghala ke Mahallah Khadijah.
Dalam otak, dari tadi nampak katil empuk, selimut sejuk, bantal busuk.

"Laju sokmo eti gak.." Zie tahu hala saya itu dah tak pikir lain.

"kejar sunnah Nabi saw beb, Qailulah" muka buat kerang busuk tak laku.

*************************************************

 Qailulah : satu Sunnah Rasulullah SAW

Dari Ibnu Umar, beliau berkata,

"Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah Saw. suka tidur di masjid, kami tidur 
qailulah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda." 
(Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, hal. 252)


i)Day Napping dalam bahasa Inggerisnya ialah tidur atau baring-baring sekejap pada
waktu tengah hari sebelum atau selepas waktu Zohor.

ii)Jangka masa: sekejap sahaja, jangan lebih dari 30 minit kalau boleh, kalau tak masuk
zon tidur lena dan terjadilah kes TERponteng kelas atau kerja dan terlewat solat Zohor.

iii) Kenapa qailulah :

a)Mudahkan bangun malam pada pagi esoknya ( bangun malam untuk tahajjud)
b)Relakskan badan dan minda untuk teruskan pelajaran sebelah petang( terbukti.!)
c)Ikut kajian,ia amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan
akhirnya produktiviti pekerja-pekerja ( Bos, sila bagi saya qailullah sekejap)
d)Penawar untuk mereka yang ada insomnia,yang kurang tidur malam (ohh, patutlah)
e)Mengurangkan risiko sakit jantung  jika diamalkan secara teratur 30 minit.
(sayangi jantung anda,sakit jantung antara penyakit yang bawa kematian tinggi )

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri
dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan
tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan
mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan
produktiviti.”

(Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,
from eFuse)

Sesungguhnya, sunnah Nabi SAW untuk tidur tengahari ada bukti yang sangat saintifik
dan sangat bagus untuk diamalkan untuk setiap peringkat umur dan profesion kerja.

Tapi ingat, sebelum tidur, sila setkan alarm jam masing- masing untuk bangun balik ;)

JOM QAILULAH..!

sumber: [sini] [sini] [sini]
Wednesday, April 27, 2011

1 Jam Sehari, JOM!

Matlamat Al-Fateh adalah mahu menakluk Konstantinople suatu masa dahulu.
Dan ia menjadi realiti dengan persiapan yang memang superb!

Akademik diumpamakan sebagai mukjizat.Lebih-lebih lagi kita dipandang bilamana
kelihatan sibuk dengan kerja dakwah di samping tugas sebagai pelajar, amanah dari ibu bapa.



Sering akademik no 1, dakwah bukan no. 2 diperkatakan.Perlu tawazun keduanya!


Maka 'konstantinople' untuk diri sebagai pelajar buat masa sekarang ialah akademik
mesti terbaik.Bukan kerana untuk kepuasan diri semata tapi kebaikan ummat Islam
pada masa hadapan.Kitakan pemimpin masa depan ;)

Kerana kitalah,bakal...

seorang jurutera yang bila mana ingin membina, tempat solat yang jadi idea utama
seorang doktor yang mulut tidak berhenti membaca doa syifa bilamana merawat pesakit
seorang saintis yang mengaitkan setiap penemuan sains dan Al-Quran
seorang kauselor/psikologi yang memberi nasihat lalu dikaitan keperluan hidup bertuhan
seorang jururawat yang bekerja dengan manis senyuman ketika memberi rawatan susulan
seorang dietetik yang memastikan halal haram bila memberi nasihat pemakanan seimbang
seorang arkitek yang pasti menyelitkan seni bina Islam dalam setiap lakaran bangunan.

Kerana kitalah bakal seorang profesional yang berfikrah jelas untuk Islam.
Bakal TAZPRO=ustaz/ah profesional..insyaALLAH.

Lalu usahakan diri kita dalam sehari pastikan hak pada akademik itu ada untuk
1 jam yang penuh fokus tanpa gangguan..!

Binalah tembok setebal kota Konstantinople bila minda dan diri mula bersedia memasuki
zon 1 jam yang penuh kualiti, zero ganguan dan anasir yang bisa robohkan kubu kebal.

Namun tidak saya katakan sekadar 1 jam sehari untuk belajar, jika lebih dari itu, ia
sangat menguntungkan tapi pastikan kualitinya.Saya juga pelajar dan saya tahu saya
tak mampu untuk 3 jam direct fokus kerana minda hanya dapat fokus pada sejam
terawal.Lalu saya menyahut seruan 1 jam sehari yang ada nilai kualiti.

Tapi kena ingat, mahu dapat lebih, kena berkorban lebih.Itu sunnatullah.

Akhir sekali jangan dilupa untuk mohon keberkatan masa, niatkan kepadaNYA.
Sama-sama kita mujahadah untuk ilmu =)


                                                                                                _istiyshad copyright_
Monday, April 18, 2011

Perkongsian: Berdoa BiarHolistik


Minggu lepas,alhamdulilah disempatkan Allah untuk menjejak tanah Pondok Bustanul Ariffin,
Banting.Teruja sebab pertama kali jejak tempat bernama PONDOK secara rasmi [bajet 
macam  nak rasmi pondok gaya nampaknya] walau di wilayah tanah tumpah darah banyak 
pondok tarbiyyah yang ada.

Liqa’ yang membekas di faculty of mind adalah bila mana kami kena bagitahu apa doa
favourite, best of da best doa dan apa sebab suka doa tersebut.Erk, bab yang sebab ini
haru juga nak fikir.Aduhai Bonda Khai, soalan uji minda kamu memang  tak terduga.



“Kalau Hajar,suka doa ‘Rabbi Yassir wala tuassir’ sebab meaningfull dengan ya ALLAH 
permudahkan,jangan susahkan especially time exam.Yelah, bila exam adalah gerombolan 
setan nak bisik tukar jawapan.Remember, first answer is the best..”bakal cikgu TESL 
memulakan bicara.

“Kalau Nor,suka baca surah Al-Insyirah sebab maybe tengah banyak masalah” oh,adik aku 
seorang ini ada masalah rupanya.

“kalu Irah,baca doa dalam bahasa Melayu je, tak pandai bahasa Arab ini, tapi yang penting lebih terkesan.Allah faham semua bahasa.Irah akan baca doa minta ampun untuk sabahat2,keluarga..

“Kalau kak suka baca doa akhir dalam Al-Mathurat, Allahumma inni nas’alu lisaanan ratiban 
bizikrik..sampai akhir sebab doa ini holistic..lisan, keyakinan, hati..dan doa kebaikan dunia 
akhirat dan dijauhkan dari api neraka..ni pun holistik”wah, terbaik lah naqibah aku ini.

“kalau ety suka doa yang yang minta berikan pengahkiran yang baik tu..sebab kita bukan nak 
mati je dalam keadaan baik,.hope all things we do is in right way lead to kematian yang baik..
so segalalah biar baik-baik sahaja..” giliran saya pula kongsi apa yang patut.

Itulah doa.Doa senjata mukmin.

Mintalah dalam bahasa apa sekalipun, sebab ALLAH lah yang cipta nama-nama segala 
benda atas muka bumi ini.Mintalah untuk orang sekeliling,bukan untuk diri sendiri sahaja 
kerana kita bukan hidup seorang diri atas dunia.Mintalah untuk mendapat dua kebaikan, 
yakni kebaikan di dunia dan di akhirat[Khairan Hasanah]

“dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama benda semuanya kemudian Dia memperlihatkan kepada malaikat-malaikat,seraya berfirman ‘sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini jika kamu yang benar”[Al-Baqarah:31]

Mintalah,kerana ALLAH suka hambaNYA yang meminta dan Dia akan memakbulkan permintaan.
Ya, akan memakbulkan kalau bukan di sini, nanti di dunia abadi.Lambat atau cepat.

Kalau kita dalam keadaan tergesa-gesa sekalipun, terkejar mahu ke kelas atau sambung kerja,
Doalah dengan doa yang paling mudah tapi paling sangat bermakna..at least!


Tapi,janganlah pula minta doa  ‘ya ALLAH, doaku macam biasa,amin..”.Doa ada adab-adabnya.

Sesungguhnya ALLAH itu sangat dekat dengan hambaNYA dan suka kepada hambaNYA
yang meminta =)

p/s: Doa minta dapat jodoh baik yang holistik macam mana??
                                                                                                              _istisyhad copyright_


Monday, March 14, 2011

heal and you will be healed

It's so hard to explain
What I'm feeling
But I guess it's ok
Cause I'll keep believing
 
There's something deep inside
Something that's calling
It's calling you and I
It's taking us up high to

CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing

Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It's Nature's order

There is a hidden force
Pulling us closer

It's pulling you and I
It's pulling us up high
 
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all heart
An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
Seek only to give and you'll receive
So, heal and you will be healed
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة

Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi
Mixed and Mastered at Andante Studios

Sangat mendalam maksud di sebalik lagu Sami Yusuf ini.Mengesan di hati.

"..Healing, a simple act of kindness brings such meaning.."

Healing= menyembuh, merawat atau bagi saya membuat/memberi pertolongan atas sesuatu
yang diperlukan orang lain disaat dia kesusahan atau sewaktu dengannya.

Contoh mudah:
Adik dalam musim cuti sekolah ini banyak homework, minta diajari apa yang beliau
tak faham.Baiklah saya ajarkan walau masa tengah beri tunjuk ajar, berguni-guni
juga bebelan kenapa tak faham itu dan ini.Tapi bila si adik dah nampak rentak dan
mula faham apa nak buat, dalam hati terdetik satu rasa puas.Ajaran itu bermakna.

Itu baru satu contoh yang sesuai di musim cuti sekolah.Banyak lagi sebenarnya.

Tolong mak kemas rumah/masak: Puas hati bila tengok adik2 makan dengan lahapnya
Jadi urusetia program: Walau penat sedikit, puas hati bila lihat peserta balik dengan
bekalan semangat dan sesuatu yang berguna untuk dikongsi di sekolah mereka.
Tolong itu dan ini walau kecil atau besar pertolongan yang diberi: ada perasaan membunga
bila melihat hasil dan dihargai oleh mereka( walau sebenarnya tak harap dihargai)

Itulah 'brings such meaning' bagi saya.

"..Give and you will receive.It's Nature's order.There is a hidden force.Pulling us closer.."

Benar.Itulah hukum alam.What you give,you get back.
Kadang kita beri sedikit sahaja,ada rezeki lebih orang kata.Tak lama balasan itu terus dapat.

Berilah senyuman, agar senyuman itu berjangkit dan tersebar.
Kamu senyum padaku, aku kembali senyum.Orang melihat turut tersenyum.



Allah Maha Pemurah dan rezekinya sangat luas.Subhanallah.
Maka fastabiqul khairat...Jom berlumba-lumba buat kebaikan.Tak rugi malah untung!

^Erti hidup pada memberi ^
Monday, March 7, 2011

bila tengah stress, nak buat macam mana ?


Saat jatuh, akademik tak stabil, kerja melambun minta disiapkan, rasa nak 
duduk dalam bilik, pasang earphone di telinga dengar lagu nasyid yang membina,
matikan handset, duduk atas katil sambil tutup mata, mahu lupakan segala masalah.

Kita hanya manusia biasa, bukan robot yang boleh buat kerja 24 jam,7 minggu.
Sedangkan robot atau segala benda teknologi tinggi ada masa rehat untuk
recharge bateri, kumpul tenaga baru.Inikan pula insan bergelar manusia.

"kalau kak tengoh down,akak buat macam mana eh?"

"oh soalan kamu tak sesuai ditanya pada akak, akak ni tak pandai urus stress"

"cerita jela, tadi saya tanya jugak akak-akak lain, ada jugak jawapan mereka,
sekarang giliran akak,tak boleh nak larikan diri, kena jawab jugak"

"amboi tengah buat research ke ni dik?? ok, kalau akak senang je, jangan
buat muka stress depan orang, buat riuh sikit dengan kawan-kawan untuk
releasekan stress tapi masih dalam terkawal la.Makan apa yang kita suka,
luahkan pada kawan terdekat yang penting ingat Allah takkan bebankan
melebihi kudrat kemampuan kita.."

Sakit memang sakit tapi jangan jangkitkan atau sebarkan rasa sakit dalam diri
kepada orang lain.Nanti tak pasal-pasal  mood ribut kencang merebak satu
kampung.Cubalah bertahan dengan tunjukkan muka yang ceria dan tenang.
Agar nanti orang yang melihat kita yang pasti punya masalah juga tertenang juga.



Jika tak tahan, carilah sahabat yang dah tahu sikap dan perangai kita yang lemah ini.
Aci stress nak nangis, aci mood tak elok, air hujan di mata turun dengan lebat.
Aci akademik jatuh, rasa nak lari hujung dunia.Luahkan padanya biar rasa sesak
di dada dapat diredakan, walau sedikit cuma.Takut-takut lama simpan sakit, gunung
berapi bakal meletus di Malaysia walau negara kita luar Lingkaran Api Pasifik.
Tak kira anda lelaki atau perempuan, cari dan luahkan kepada mereka yang kita
percayai, diri kita sebenarnya memerlukan pendengar masalah yang setia.

Ini lebih relaks bagaimana cara nak handle rasa masa tengah down; jeng-jeng

"..ajak makan bersama kawan-kawan rapat, pasti akan ada gelak yang terburai.tak sikit mesti ada yang buat lawak antarabangsa versi hantu kak limah ke apa.Enak lagi kalau kawan pulak yang belanja makan.Oh, bahagia rasa, masalah dapat dilupa seketika.Lepas makan-makan bolehlah share masalah dan sama-sama dengar atau tolong bagi semangat antar satu sama lain.Sebenarnya diri kita perlukan motivational support..itu sahaja!"

"..maen games.pikir strategi tanam pokok nak lawan zombies..zombies vs plants.Ni saya punya cara la kan..tak sesuai untuk bukan yang macam saya.Apapun, carilah sesuatu yang kita suka dan ralit bila buat.tak kesah lah nak tanam bunga keliling rumah, nak masak hingga dapur pecah tapi ingat jangan sampai melampaui batas..Allah tak suka.."

Akhir sekali, cara nak handle down ialah kembali kepada fitrah asal seorang hamba.
Baca Al-Quran sambil tengok terjemahannya.Betapa banyak ayat-ayat motivasi dan 
pujukan ALLAH kepada hamba-hambaNYA yang sedar dan mahu berfikir.
Selak satu-satu.Ayat motivasi dari ALLAH beb!Memang kena terus kepada diri.
Dan banyakkan zikrullah.Kerana dengan mengingati ALLAH, hati jadi tenang. :)



Lagi, bukak buku sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat.Ahh,sedikit sangat
nak kira ujian kita sekarang berbanding mereka di masa zaman Islam baru nak
bertapak di Mekah dan Madinan namun mereka yakin dengan janji-janji ALLAH.
Tengok bagaimana cara Rasulullah dan para sahabat bina semangat dan motivasi
masa nak sebar luaskan Islam.Saling kuat-menguatkan.Saling ingat-mengingatkan.
Rasa dah perit berjuang, ingatlah kita adalah antara mata-mata rantai perjuangan.
Bukan pemula dan bukan juga pengakhir tapi adalah penyambung bukan pemutus.



Hasbunallahuwanikmalwakil~

Wednesday, February 23, 2011

Beban Yang Penuh Kasih Sayang

scene dalam Deathnote.Makan coklat bila sedang selesai kes
"nah coklat..muka sememeh je aku tengok.Kau apa hal ni??"


"coklat,apa kaitan dengan muka aku pulak ni?"


"makes you feel better.Kau ni harap je budak Bio.Aku kos Engin pun tau pasal 
coklat dan stress ni.Dalam chocs ni ada something yang dapat reduce stress"


"alaa, kau engineering biotech sure lah tahu kan,ada bio jugak kat belakang tu"


"yelaa..kau tak jawab soalan aku tadi bro.Apa hal muka macam duk
pikir masalah negara ni.ada cita-cita nak ganti Pak Najib eh?Aku support je.
Tapi jangan la sampai berkerut 14 macam tu,hodoh aku tengok"
Sempat lagi si Naqiu menyakat sahabat karibnya.


"kasar tu bro.Aku tengah stress laa..duk fikir exam ni.tension beb" Adan
garu kepala sampai kusut rambut.Tension sangat nampaknya.


"makan coklat sambil baca ta'awuz,confem setan lari.Nanti kau tenang 
la sikit.Aku bagi coklat tu suruh makan,bukan aci main pegang je Adan weh,
bila la nak reduce,usaha nak hilangkan stress pun kau  tak buat"


Final exam tamat.Tapi bila difikirkan apa yang dibuat masa tengah jawab,
kepala dah jadi berat.Harapan ibu bapa. impian diri sendiri, mimpi bersama 
sahabat-sahabat datang melambai-lambai dalam kotak hati dan fikiran.



Menjadi harapan keluarga adalah satu kelebihan besar dan ada kalanya terasa 
beban.Beban yang penuh dengan kasih sayang.Kerana mereka tahu potensi
dan mereka juga mempercayai kita, lalu kepada anak mereka bergantung harap.


Biarlah nanti bila sudah dewasa[sekarang  masih remaja] yang dahulu dijaga oleh 
mereka dapat menjaga mereka pula kelak.Yang dahulu segala harapan anak yang 
nak makan itu-ini,nak beli sana-sini dipenuhi, nanti tua,anak itulah dapat 
bergantung harap,bila kudrat kian tak kuat, bila tubuh tua dan penat.

Maka setelah segala usaha diterjemah melalui salah satu cara untuk menggapai
harapan itu iaitu exam,lalu bulatkan lah tekad, sempurnakan dengan tawakkal
kepadaNYA,pasang keyakinan kuat bahawa kita telah buat yang terhebat.


Belajar sudah,usaha sudah,exam sudah.Lalu ini masa untuk bermimpi
sambil menengadah langit lalu berdoa moga ALLAH permudah.
Dia Maha Mendengar dan Maha Tahu apa yang terbaik.


Keep faith in HIM.He knows best.May ALLAH bless.


~Road to Uia Kuantan bersama teman-teman seperjuangan,sama-sama doakan =) ~
Tuesday, January 25, 2011

Perkongsian: Bagaimana nak bermuamalat?

Alhamdulillah 3x.Saya diberi masa dan ruang untuk sama-sama duduk dalam 
dewan AMF.Yang pasti,dewan penuh dengan brothers dan sisters.Sampai 
belakang dan kerusi penuh.Tahniah komiti PRESSS untuk kejayaan ini dan 
kalian telah memilih tajuk talk yang mampu menarik ramai untuk duduk 
sampai ke kata-kata akhir panelis pada malam ini.

Tajuk adalah: Dari Mata Turun Ke Hati.Memang kuat magnet cinta tarikan
untuk menarik audition untuk datang.Bab cinta sape tak suka kan? :).
Dan saya pun direzekikan duduk dekat kerusi untuk FSCC walhal bukan pun. 

Monday, January 17, 2011

Karya: Berperang,mahu?



"jom berperang bersamaku.Mahu?" ajak Khairani

"berperang? bagaimanakah? aku hanya insan lemah,tiada senjata"
tolakan dari Izzati dalam beralasan kerana luar dari mampu dia.

"kita kan ada doa,doakan senjata mukmin.Kita ada Allah,Maha Kuasa dan
Maha Besar,kamu masih belum yakin?" Khairani terus memberi himmah.

"boleh kamu tambahkan lagi keyakinanku sahabat?"pinta dia,perlahan.

"dalam surah An-Nisa' ayat 95-96,Allah SWT berfirman yang bermaksud, 
tidaklah sama orang yang beriman yang duduk(yang tidak berperang) 
tanpa uzur dengan yang berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwanya.
Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan yang duduk
(yang tidak berperang tanpa halangan).Kepada masing-masing,ALLAH 
janjikan (pahala) yang baik(syurga) dan ALLAH melebihkan orang yang 
berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.Iaitu beberapa
darjat dariNYA,serta ampunan dan rahmat.Kamu nak jadi yang biasa
atau yang dilebihkan ALLAH??"soalan cepumas dari Khairani buat
Izzati terkedu seketika.

"pastinya yang luar biasa,sape nak jadi yang biasa-biasa.Semua
orang berebut nak kot"Izzati tersengih kerang busuk.

"lalu,kamu mahu tak berperang dengan saya ni?"tanyaan Khairani
dengan semangat berkobar-kobar bila lihat sahabatnya makin
bersemangat.

"em,tapi kalau saya hold dulu bleh?tunggu biar saya rasa kuat dulu,
tunggu cukup ilmu dahulu.Boleh kan?"

"kamu yakin kah nyawamu masih ada hari esok sahabat?"Khairani masih
tak putus asa.Cuba lagi menaruh diesel dalam semangat Izzati.

"tak jugak.Mati tu rahsia ALLAH kan.Tapi..."rasa berat itu terus menikam.

"Maka ayuh, tiket perjuangan telah dihulur oleh Dia sebenarnya,bukan
aku,bukan dari sesiapa.Tapi DIA, yang Maha Kuasa!!Jika awak rasa
masih lemah,tak cukup ilmu, lihat mereka-mereka yang hebat
memperjuangkan agama masih menuntut ilmu walau janggut sudah
putih,walau kaki melangkah letih,walau banyak susah dan jerih"
Khairani masih tak putus memberi respon bernas.

"sahabat,nanti kita berperang,kau lindung aku,aku lindung kau eh?
jangan tinggal aku sorang-sorang tau.Kalau aku jatuh,cepat-cepat
suruh aku bangun,jangan biar aku duduk tengok luka sahaja ye"

Khairani tersenyum sambil menganguk.Alhamdulillah.

"Dan ALLAH lebih mengetahui musuh-musuhmu.Cukuplah ALLAH menjadi
pelindung dan cukuplah ALLAH menjadi penolong(bagimu),An-Nisa:45"

"jom,tak sabar nih.Mana alat perang??

"doa sabahat.doa.Doa moga kita diteguhkan iman dan dithabatkan dalam
perjuangan ini.Itu senjata kita.Kita kena banyakkan doa taw.Ingat,Detikan itu 
doa,impian itu doa,ingat itu doa,kata-kata itu doa,fikir itu doa.

Kita kena yakin sahabat!!"

Khairani menyambut huluran tangan Izzati lalu menuju ke destinasi yang
mereka sendiri tak pasti bilakah sinar itu kembali gemilang.

Namun, i'tiqad di hati mereka yakin,Islam pasti kan bangun semula..
Suatu hari nanti.

Friday, January 7, 2011

Jangan Remehkan Perkara Yang Nampak Remeh

Salam saiyidul ayyam,yaumul Jumaat~


"Ustaz, kenapa ustaz sapu sampah ini?ustaz tetamu kami,duduklah
biar kami sahaja yang lakukan,"


Teguran seorang urusetia program bila melihat penceramah hebat sedang 
menunduk turut menyapu dalam masa menunggu peserta memenuhi ruang.


"sebab mana kita tahu, dengan sapu sampah ini,Allah terima sebagai
amal kebaikan berbanding ceramah ustaz yang berdegar-degar tapi
belum tentu diterimaNYA."




SubhanaALLAH, tak pernah terpikir sampai begitu namun kata-kata itu 
terkesan di hati.Benar,kita tak tahu mana amal kita yang diterima ALLAH.


Ini belum dikira lagi bila sedang buat sesuatu kerja datang rasa riak dan
sebagainya yang sering menunjah di hati setiap orang.Hati yang sering 
lalai ditambah bisikan syaitan yang mula berbisik naka.Ahh,lemahnya
iman.


Buat sebab nak suruh orang tengok.
Buat sebab nak dapat pujian manusia.
Buat sebab itu dan ini.


Buat sebab ada sebab yang selainNYa di sebaliknya.


Maka,jangan remehkan perkara yang nampak seakan remeh.Mungkin 
kecil pada pandangan manusia namun bernilai di sisi ALLAH SWT.
Jika amal itu disulami taqwa,iman dan ikhlas beramal.


Oleh itu,kepada yang suka menulis,hah apa lagi, kongsilah segala ilmu yang
antum ada kepada semua.Mana tahu dari tulisan dan kata-kata kamu
timbul satu kesedaran kepada pembaca sebagai wasilah hidayah dariNYA.


Sukar, memang sukar namun ia tak mustahil kan:)Kamu boleh,insyaALLAH.


Nilaian Allah itu yang bukan besar atau kecilnya amal.Bukan kepada 
cantiknya susun atur ayat( tapi penting juga untuk fahamkan pembaca :]).
Bukan juga pada panjang pendeknya tulisan.


Tapi yang dinilai oleh ALLAH itu hati.Hati yang IKHLAS dan mengharap 

redhaNYA.Mardhatillah semata-mata.

Jangan remehkan juga walau dengan memberi senyuman dan bermuka
manis dengan sahabat yang ditemui.


Dan jangan remehkan dosa-dosa kecil,sebab dari kecil itu ia akan jadi besar!

Lalu,amalkan hadith Rasulullah SAW:"sampaikan dariku walau sepotong ayat".

Saturday, January 1, 2011

Umur Baru,Tekad Baru 1111



Alhamdulillah masih di
rezekikan menjejak tahun 2011.

Kalau yang dulu masih ada belasan tahun umurnya,sekarang masuk puluhan
tahun.Ahh, cepat sungguh masa berlalu.Berlalu tanpa ada gantinya.

Umur baru.20 tahun.Menuju kedewasaan mungkin.Namun sifat keanak-
anakan tidak boleh tinggal juga supaya muka maintain awet muda =)

Menoleh 19tahun kebelakang, sungguh banyak nikmat ALLAH yang
diberikan.Percuma.Free of Charge.Oksigen,akal,air(walau kena
bayar bil), darah yang mengalir dalam badan,telapak kaki,mata,telinga
tangan dan macam-macam lagi.Tak terhitung.

Lalu apakah yang bisa kita lakukan sebagai balasan walau memang
pasti segala nikmat ALLAH tak terbalas.Indebted.

Mimpi saya ada yang masih sama cuma ada tambahan sedikit.
Tak salah bermimpi.Namun harus disempurnakan dengan ikhtiar,
usaha,doa lalu tawakkal sepenuhnya.Pastikan seminit yang datang
lebih baik dari seminit yang lalu.

Lalu dalam memburu impian dan mimpi,jangan lupa koreksi dari.

Tekad saya mahu mengigih dengan lebih kuat dalam apa jua,akademik
dan sebagainya dan mahu semakin ligat melibatkan diri dengan gerak
kerja Islam.Bisakah begitu??Maka sama-sama kita doakan.

Apa azam tahun baru anda?

p/s:sedih,terlupa letak h/p.so segala mesej x dapat dibaca,uhuk2.
 

Blog Template by BloggerCandy.com