Followers

Showing posts with label ~minda mentafsir... Show all posts
Showing posts with label ~minda mentafsir... Show all posts
Friday, December 23, 2011

A Painful Story


Jumaat yang tenang setelah beberapa hujan tanpa henti di bumi Kuantan.

Semalam,kelas terakhir Biochem untuk semester ini,ditutup dengan practical lab exam dan satu kisah yang sangat memberi kesan buat diri juga classmates.

Perkongsian dari Prof kami,harapan beliau pada kami bakal2 saintis Islam.
Diceritakan dalam English, lalu saya terjemah semampu boleh~

Ini kisah benar,moga dapat menjadi ingatan bersama...

A Painful Story.

..Beberapa hari yang lepas, saya telah berikan markah kepada pelajar2 untuk subjek yang saya ajar(tak disebut subjek apa). Secara sengaja, saya telah tinggikan markah beberapa students.Answer sheet diedar.

Saya pampangkan markah semua student mengikut kad matrik satu-satu.Lalu saya tanyakan ada siapa yang ada pembetulan markah, rendah atau tinggi berbeza dengan markah yang di hapadan, boleh bagitahu.

Beberapa kali ditanya, tiada yang mengaku, padahal saya tahu ada tapi tidak mahu mengaku, selesa dengan markah yang terpampang dan sebagainya..

Ulasan Prof setelah bercerita;

Its a painful story.I'm here not to teach you just to become a scientist only, but to teach to become a good Muslim scientist. If with this small thing because of exam/quiz marks you become dishonest, how will u deal in the future when you become a scientist.Im not only took lecturer as my only career or my job.

 -TAMAT-


A painful story.Luahan hati seorang lecturer yang hampir sedekad mengajar tentang sikap pelajarnya, iaitu kami.Saya hanya mampu menganguk melihat wajah Prof yang nampak terang terkilan.Serius, berulang kali beliau menyebut a painfull story, tanda beliau sangat kecewa.

Senang cakap misi beliau untuk mendidik pelajar2nya menjadi seorang yang jujur dan amanah masih tak menjadi.Failed dek kerana sikap pelajar.SEDIH :(

Tapi syukurlah bukan dari batch kami.Dan didoakan bukan selamanya kami.

Satu sahaja harapan saya,moga sesiapa sahaja yang terbaca cerita ini tergerak hati supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.


Berkat ilmu itu ada pada guru yang mengajar.Jagalah adab dan sikap dalam menuntut ilmu sebab takut2 terhijab.Mungkin ALLAH tak tunjuk masa sekarang, di'delay' kan dahulu.Senang sekarang tak menjamin bahagia di hapadan jika cara mendapatkannya adalah tak cantik.

Moga diri saya dan kalian terus ALLAH hiaskan dengan akhlak mahmudah dan berasa cukup dengan apa yang dapat.Rasa tak puas hati tak dapat markah tinggi,caranya hanya satu,

USAHA LEBIH LAGI,BERDOA DENGAN LEBIH KHUSYUK!

p.s:mohon maaf dan doa untuk kami yang bakal final exam bermula minggu hadapan,semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan exam :)

Monday, August 15, 2011

Alamak, Separuh Masa !!

Bismillah wa alhamdulillah :)

Pejam celik, celik pejam balik, malam ini dah masuk 15 Ramadhan, separuh masa
telah pergi meninggalkan kita, hanya tinggal separuh masa sahaja lagi.

Bagaimana yang telah berlalu 15 hari? Jika dipenuhi dengani ibadah,alhamdulillah atau hanya terisi dengan juadah atau shopping sakan tak sudah-sudah.Tepuk dada tanya iman.Sekadar mengingatkan diri sendiri yang banyak lalai.
Terasa Ramadhan ini berlalu terlalu cepat, atau kita yang sangat lambat bergerak
merebut-rebut keberkatan dan ganjaran istimewa saban tahun yang ditawarkan?
Tawaran bagai durian runtuh ini lebih hebat dari megasale raya tapi itulah, tertewas
dengan nafsu yang sudah sebati bermaharajalela selama 11 bulan.

Ighfirlana Ya Ghaffur.

Sebagai peminat pemain bola sepak TRW, saya perhatikan bilamana masuk
separuh masa kedua, corak permainan sudah semakin kemas dan lebih taktikal jika para pemain sedar di separuh masa pertama mereka tidak bermain dengan baik.

Bahagian defender lebih defensif,menahan kubu pertahanan dari diserang pihak lawan.Bahagian midfield dan striker terus ofensif dan mengasak mahu mencari gol
Tak mahu kalau boleh melakukan kesilapan yang sama.

Maka elok sangat kita praktikkan skill permainan bola untuk madrasah Ramadhan
yang masih berbaki 15 hari jika dipanjangkan umur hingga akhir.InsyaAllah
dan percayalah masih ada masa dan peluang untuk kita jadi pemenang.

Tingkatkan momentum di separuh masa yang ada untuk beramal dengan lebih hebat.
Defensif bila berdepan dengan konflik nafsu, ofensif menyerang dan berebut tawaran
sunat menjadi wajib, wajib diganda-ganda, lailatuqadar, sedekah dan banyak lagi.

Jangan tunggu sampai takbir raya dilaungkan sebagai wisel Ramadhan telah
berakhir.Betapa sedih dan syahdu terasa sebab tidak memanfaatkan sebaiknya
Ramadhan.Layakkah kita berhari raya..?

Ingat, gol Ramadhan ialah untuk mendapat ijazah TAQWA setelah 30 hari
menjadi ahli setia madrasah Ramadhan.Moga kita semua termasuk dalam
golongan muttaqin,allahumma ameen, biiznillah :) 

Jom! Sama2 kita audit diri..~ [via Hamba Ilahi.] 

" masa bersama Al-Quran - masa bersama fb 
online di alam maya - online bersama Ilahi
mana lebih banyak masa digunakan di bulan yang mulia ini?
muhasabah diri kembali
tingkatkan kawalan terhadap nafsu diri
tingkatkan amalan kepada Ilahi "
 
"Allahuma zuqna Lailatulqadar fi hazihi sanah wa kulli sanah,ameen.."
Wednesday, June 8, 2011

Bukan Sekadar Berimaginasi

"Kekti, tengok ni, siap dah sarang burung Ayih buat."(lalu tunjuk sangkar burung bangga)
"Wah, lawa jugak Ayih buat, nak letak ayam ke?Bukan ke abah dah buat?"tanyaku sambil
tambahkan dawai kawat untuk kukuhkan bahagian atas sangkar.
"Nak letak burung lah, tapi tak beli lagi, Ayih nak kumpul duit nak beli nanti"
"Erk...(kuat jugak adik aku bermimpi di siang hari)
"kita kena ada imaginasi kekti.."
Ayih dan sangkarnya :)

"imaginasi tu Ayih rasa apa maksudnya??" saya memancing pandangan si adik Darjah 5
"imaginasi  tu macam kita fikir dalam otak," bersemangat dia terangkan.Sampai naik tangan.
"fikir bukan ke memang dalam otak kan Ayih?Akim pulak rasa imaginasi tu apa?"
saya ketawa menyakat,dan terus menebak adik Tingkatan 3 pula.
"imaginasi tu macam bayangan.." pendek sambil sengih.Sibuk melayan buku dekorasi
rumah kegemarannya,tak lepas-lepas dari tadi.

"ok laa.lebih kurang jawapan Ayih ngan Akim, betul lah tuh.."sengih mereka bila saya
terima skema jawapan dengan mentaliti gaya fikir budak seusia mereka.

*************************************************

Rutin cuti sekolah melayan kerenah adik-adik yang semuanya lelaki buat saya kadang seperti
mereka.Dengan cuti panjang hingga bulan 9, banyak yang boleh saya imaginasikan.
Itulah manusia, kalau diminta buat wishlist, target capaian pasti berjela-jela.Tapi itulah,seperti
kata adik, sekadar bayangan dan berfikir dalam otak sahaja.Ighfirli ya Allah.

Mahu khatam Quran sebelum Ramadhan dengan tafsirnya(seruan cik athirah dan najah)
mahu improve kualiti itu dan ini, mahu habiskan paling tidak 1 minggu sebuah buku, mahu
dapat lesen kereta, mahu belajar memasak bla3x..Tapi imaginasi seakan hidup segan mati tak
mahu jadi realiti dengan keadaan diri yang sangat lemah mujahadahnya.Benar,saya butuhkan
sahabat di sekeliling.Bukan kata bila ada sahabat sahaja diri boleh istiqamah buat itu dan ini,
belakang tak buat apa namun bahasa paling sesuai sahabat sebagai external force buat diri.

Teringat nasihat Kak Tah, seorang yang saya kagumi, kata beliau "we have to set a target,
Allah dah aturkan perjalanan hidup kita, oleh itu kita perlu ada target dan usaha untuk
realisasikannya".Terngiang-ngiang bicara nuslimat hebat itu.

Kirim salam jela kalau duk berangan mat jenin sampai jatuh pokok kalau usaha sepatah
haram pun takde kan.Berdegar-degar dulu pesan kat adik-adik jaga ibadat,jaga akhlak, kita
adalah pemimpin, paling kurang pada diri sendiri.Allah tak tengok berapa banyak kita buat tapi
tengok amalan mana yang kita istiqamah buat.Wahai diri, amalan mana yang kamu istiqamah?

Bangunlah, cukuplah berimaginasi mahu ada kawan keliling sampai bulan 9,sahabat sebagai
sumber motivasi,sekarang UIA bagi cuti, maka gunakanlah masa tanpa kawan untuk latih
jadi betul-betul diri sendiri.Cari identiti sebenar dalam percutian 3 bulan/100 hari yang berbaki.
Adakah rajin sekadar di depan kawan,sebab segan dengan mereka bukan malu dengan ALLAH?

Come on lah. Tak ke mana kalau itulah yang dibuat selama ini.Allah,Allah,Allah.

muhasabah diri by digitalmukmin
Lemah sungguh diri ini.Saya tak nak duduk berimaginasi begini sampai bulan 9.Terlalu banyak
taklifat bakal mendatang.Mana lagi mahu diri nanti mintak disandarkan kalau bukan pada Allah,
sumber kekuatan.Ikat hubungan dengan ALLAH kuat-kuat,Dialah Maha Kuat lagi menguatkan.

Muslim dahulu kuat sebab akrabnya hubungan mereka dengan Allah swt.

p/s:syukran kak naqibah sebab hantar mesej ingatkan taklifat,sungguh diri ini banyak lalai..T_T
Wednesday, November 24, 2010

Terjawab dalam Bahasa-Nya

Meminta dikuatkan kaki dalam perjuangan,lalu Allah swt berikan 
taklifan supaya kita sedar kita punya tanggungjawab lalu terus 
teguh membina kuat.

Bila minta diistiqamahkan di sabilNya.lalu kita diberi galasan 
kerja yang membuatkan kita sering ingat apa kerja seterusnya.

Bila minta dipermudahkan, Allah susahkan dulu di mulanya, agar
bila keadaan sama mendatang,kita sudah punya solusi mudah.

Bila minta ditenangkan jiwa, Allah usik sedikit jiwa agar nanti kita
tahu hanya dengan mendekat kepadaNya kita amula dihuni damai.

Bila minta disayangi semua, Allah berikan kita ujian dalam menjalin
ukhuwah,agar kita tahu menghargai bukan sekadar minta dihargai.

Bila diminta ingin menjadi penyabar, dihadap perkara yang tak
disukai, agar kesabaran itu menghidup dalam diri.

Bila minta mahu jadi hamba yang bertaqwa, selalu dihidang
ujian yang tak tertanggung, kerana iman itu bukan sekadar disebut.

Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita kan?hmm

sisIzzati,
1245pm,PJ
Sunday, November 7, 2010

Jom Berpagi-pagi

indah langit di awal pagi


Suatu ketika,tidak lama dahulu,


"tak baik anak dara tidur banyak,rezeki susah"
"bangun,bangun,Semua dah bangun awal lagi ni"
"dah-dahlah tidur, nasik sejuk dah tu"


Tersenyum  saya mengingati balik dialog-dialog teguran dari umi, abah malah adik
lelaki saya suatu ketika itu.Bukan ingin membuka pekung di dada, namun ingin 
mengajak diri dan orang lain sedar dari tabiat buruk saya itu.Moga Allah redha.


Di chatbox facebook, ditegur rakan lama sekolah.Mungkin perasan saya sering
online seawal pukul 7 pagi.Saya akuinya.Saya akan membaca akhbar online,blog 
pilihan dan sebagainya.Bagi saya, ini adalah salah satu cara supaya mata ini tidak 
tertarik kepada katil empuk yang bagai punya kuasa magnet itu.Sungguh kuat 
godaannya buat diri yang lemah ini.Namun tekad dan azam makin harus ditebalkan 
hari demi hari.Perubahan kepada yang lebih baik harus segera berlaku!


Pepatah Melayu:


Tak baik tidur lepas subuh,rezeki mahal.


Terus menafsir jadi mahal kerana tidak pergi kerja awal pagi.Itu dulu.


Sekarang sedar, di subuh hari itulah mulanya kehidupan baru sekali lagi.Masih
diberi nikmat umur di samping nikmat terbesar yakni Iman dan Islam.Masih
banyak urusan ummah belum dibereskan.Masih menimbun tanggungjawab pelajar
menanti di bucu meja minta ditengokkan.Terngiang-ngiang kata abah tika
mengeluarkan belanja pelajaran yang banyak buat kami adek-beradek.


"Takpe,abah tak kesah, nanti dah besar dapat kerja itulah bayarannya"


Hati anak ini tersentuh.Tinggi impian mereka kepada kita anaknya.


Apa kata,kita mulakan hari yang diberi Allah dengan bacaan Al-Quran dan tadabbur maksudnya.Selalu, sedang ralit merenungi bait-bait maksud firman Allah itu, bagai
terkena pada batang hidung!Sangat jauh daripada segala ciri-ciri Muslim dan
Mukmin dan Muttaqin seperti yang dinyatakan olehNYA.


Lalu, teruslah meminta rezeki diperluaskan dengan mendirikan solat Dhuha yang 
besar fadhilatnya.Tidak lama,sekejap  sahaja namun impaknya amat besar bagi 
mereka yang benar-benar percaya dan istiqamah akan kuasa solat Dhuha itu :)


klik untuk zoom


"Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati 
umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 
'اللهم بارك لأمتي في بكورها'

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). 
[Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud]

Apa lagi, sedangkan Rasulullah SAW telah mendoakan kita umatnya yang berpagi-pagi,
kita harus memberi jawapan balik dengan menyahut ajakan Baginda SAW.


Bukalah jendela, jenguklah dunia ketika matahari naik,sangat segar dan damai.


Slow-slow dakpe, moga kamu dan saya diberi keringanan untuk bangun:)
Saya juga masih dan sedang berlawan dan mencuba!
Monday, October 11, 2010

Jagalah Kepercayaan Itu

Sepetang bersama adik-adik usrah memang seronok walau kepala sedikit kacau
penangan kereta dipandu laju oleh adik dalam kesesakan.oh,mabuk sungguh!
Namun keceriaan adik2 yang setia menunggu saya yang lewat sejam sungguh
mengharukan.Sakit beransur hilang.Benarlah,ukhuwah antara pengubat mujarab.


Namun,sebelum sampai ke bumi Naim,ada dialog meminta kebenaran bersama umi 
dan abah yang saya kira agak terkesan kepada saya.


"umi,abah.Ety nak gi sekolah lepas ni,nak wat usrah jap,"permisi diminta,berharap.


"hmm, pukul brapa??"umi hanya bertanya itu,bunga harapan kian mekar.


"pukul 5 pahni"pantas dan yakin sambil tangan memicit sms kpd adik minta diambil.


"ada orang lagi ke nak terima ety kat sekolah tu??lebih-lebih nak gi sekolah??"
wahh,soalan killer dari abah.Aku terpempan namun mindaku ada jawapan.


"ada lagi nak terima ety,janji ngn adik2 kul 5.Maksudnya adik2 terima lagilah ety ni,
lagipun tanggungjawab ety jugak ni,kena wat la,"jawapan yakin walau takut untuk dilontar.Berani kerana benar.huu


"wah,pandai ety bersyarah loni,"abah sinis dalam manis memuji.oh abi.


"ety patut tukar kos agama,baru sesuai,muslimah,"umi menyampuk.


"tak se,ety nak jadi protaz.Wat biotech n pandai jugak bab2 agama ni,"


"muslimah profesional.Telefonlah ko najib(adik) tu" abah menyambung.


Alhamdulilllah,im got permission.Lega.


Jagalah kepercayaan yang diberi oleh ibu bapa kepada kita sehabis baik lebih2 lagi
bagi anak-anak perempuan yang pasti dijaga lebih ketat berbanding anak lelaki.
Saya juga sedaya mungkin tidak mahu merosakkan kepercayaan mereka selama
ini kepada saya walau saya ni agak nakal.Dalam nakal masih ada patuh.Dalam
berkawan masih ada batasan.Dalam bekerja atau keluar rumah,mintalah kebenaran
mereka.Walau sepatah seperti "achik nak keluar jap lagi".


Agar mereka tahu dan kita masih sedar,kita di bawah tanggungjawab dan pemerhatian 
mereka sebelum menjadi milik orang lain.Jika perempuan,sekejap lagi sepenuhnya
dibawah sang suami.Jika lelaki,mereka perlu lebih utamakan ibu bapa tanpa abaikan
hak sang isteri.


Binalah kepercayaan itu agar nanti segalanya berjalan lancar tanpa halangan atau
tidak mendapat permisi.Membina kepercayaan itumungkin mudah namun,
menghancurkankepercayaan lebih mudah dan untuk mengekalkan kepercayaan 
itu yang susah.


Mereka yakni ibu bapa memantau pergerakan kita bukanlah kerana ingin menyibuk.
Tidak sama sekali.Namun ingin menjaga dalam memberi kebebasan terpimpin 
bukan terbabas.Mereka sayang kita sangat-sangat.Dan saya sayang umi dan abah
berganda-ganda.Terima kasih kerana mempercayai anakmu yang nakal ini.


It's a matter of TRUST.Its takes years to build trust and a few second to destroy it.




Segala isi hati ini hanya ALLAH yang Maha Tahu.

Friday, September 3, 2010

move forward

bismillahirrahmanirrahim
salam alayk

Alhamdulillah masih diberi ALLAH kesempatan berada dalam baki akhir ramadhan yang mulia.Syukur juga ana panjatkan kerana berpeluang duduk menkoreksi dan mendapat 
satu kesedaran dalam bulan mulia ini.Kesedaran yang disedarkan oleh sahabat-sahabat seperjuangan agar tidak terus lena.Benar-benar menjentik jauh ke benak hati.Alangkah banyak kesilapan diri yang masih tak sedar atau buat-buat tak sedar.

MUHASABAH DIRI



Banyak tanggungjawab sebagai seorang Islam telah dilalaikan.Rasa seperti sudah buat tapi
sebenarnya tidak atau tidak dilakukan dengan baik.Imej Islam sedikit sebanyak tercalar dengan kesilapan ini.Kerja yang sepatutnya berlangsung lancar tersekat disebabkan langkah yang lambat dan sering tertinggal belakang.Buah fikiran yang ada hanya disenyapkan dalam diri padahal manakan tahu ia ada gunanya.Diri telah melambatkan penegakan syiar Islam,kamu sungguh kedekut untuk memberi untuk Islam!astagfirullah..

Benarkah apa yang ku katakan ini?

Yang sangat menyedihkan, umat Islam sendiri tidak melaksanakan kewajiban sebagai orang muslim sejati. Apa tidaknya, sebab mereka belum faham dengan Islam.
Mungkin ada yang mengatakan, saya sudah mempelajari Islam sedari kecil lagi hingga mempunyai ijazah ijazah di bidang Islam, tapi masih belum cukup melaksanakan setakat solat lima waktu, menjaga aurat dan lain lain lagi. Dimana kah silap nya pendidikan itu?
Mungkin saja anda mempunyai ilmu mengenainya, tapi melaksanakannya tidak ada. Sedang kan, yang dilihat di akhirat ialah perlaksanaannya dengan ikhlas.
Wahai umat Islam yang masih terleka dengan dunia. bangkitlah dari tidur mu, kerana waktu tidak menunggu mu.



luruskan aku jika aku bengkok sahabat!tegurlah kerana ALLAH insyaAllah..
sebelum diri ini tersasar jauh.

dan kepada yang menerima teguran ikhlas dari sahabat, jangan rasa down
terimalah dengan berlapang dada krn kita tidak akan nampak
kesilapan sendiri,kamu bertuah ditegur oleh sahabat anda!

Thursday, August 19, 2010

school of ramadhan

salam alayk
agak lambat ana mencoret utk meraikan bulan yg mulia ini.bukan tak ingin menulis namun 
tiada isi untuk dikongsi.tangan keras.alih2,biarlah merasai dulu baru taw apa yg ingin dikongsi.

alhamdulilllah juga dipilih ALLAH untuk berada lagi dalam ramadhan,sebab apa,sebelum ramadhan 
ramai yg diberitakan mati sebelum datangnya ramadhan,tapi kita masih diberi umur untuk duduk
bermesrataqarub ilaAllah dgn ibadah2 dan amalan2 yg dilipatkan gandakan.
betapa pemurahnya ALLAH.sayang kat kita semua.alhamdulillah
amalan wajib lebih-lebih lagi pahalanya.
amalan sunat pahalanya spt amalan wajib
dan segala bagai lagi ALLAH berikan
ALHAMDULILLAH


Analogi Ramadhan:


"stage ok?PA system done?light n sound clear?catering be prepared!gimik kasi gempak!
line up ,stand up.VVIP dah ready nk masuk ni"
"all is well bos!
"lets do our best,crew!"

hebat sungguh persediaan bila ada agenda tahunan yang memang menjadi tumpuan dan
penantian kita.Segala perkara dititikberatkan dari sekecil-kecil  sehingga sebesar-besar 
perkara (makanan cukup x biasanya,hehe) agar semua  berada at the first place bagi memberi
kepuasan dan impak maksima pada yang hadir. Lebih2 lagi VVIP kan.kasi perfect habis.

Namun,sesempurna begitukah pula kita bersiap-siaga?menyambut agenda tahunan dalam 
kalendar Islam yakni VVIP Ramadhan masuk menyapa kita.VVIP yang mana satu2nya  
bulan yang disebut di dalam buku pemilik alam dibandingkan bulan yang lain.oh,tidak.Ini bukan 
takat VVIP tapi lebih dari itu.Double,triple VVIP.Tapi duhai diri, mana persiapannya menyambutnya?

"iman sehat? latihan puasa before VVIM(very,very important month) datang ada buat?
muzik2 Al-Quran dialunkan?jemaah dah stand up?tahajud bagi hebatkan system ketahanan
jiwa ada jalan?

Ah,ana memang dan amat lemah!

Ramadhan datang sebagai tanda cinta ALLAH untuk kita semua.Oleh itu,alangkah elok untuk 
mendapat sesuatu yang hebat,kita kena korbankan dan berikan sesuatu sebagai tanda pengorbanan.
Allah berikan kita satu bulan yang mana segala amalan dilipatgandakan +++,pahala sunat 
menjadi wajib.adanya malam lailatuqadar,nuzul Al-Quran,pintu syurga terbuka meluas
neraka tertutup rapat,syaitan dan konco2nya dipenjarakan.Apa salahnya kita memberi 
balasan dengan berpusaa sebulan,berterawih,bertadarus,qiamulail,bersedekah sebagai 
tanda terima kasih sebab Allah sediakan bulan yang muliaini.Malahan segala yang dibuat 
dibalas terus oleh ALLAH,ya ALLAH betapa pemurahnya DIA!

namun kebiasaan(tabiat) yang di'train' oleh jeneral2 setan n prebetnya dalam diri selama 11 
bulan masih ada walau setan dibelenggu,nafsu amaarah(jahat) masih ganas utk mencucuk, biar
lagho(lalai).Oh diri, betapa lemahnya iman.masih enak menghabiskan masa dgn tidur yg
panjang, kuat online,bersenda gurau padahal Al-Quran belum dibaca,zikir masih kedekut 
untuk disebut,minda masih dgn hiburan melalaikan.mata liar memandang perkara 
yang tidak elok/movie.Ah,lemahnya iman diri ini,ya ALLAH.Bila nak berubah ni??


Ayuh,Ramadhan ini mungkin ramadhan yang terakhir,siapa tahu?masih sempatkah menemui 
yang seterusnya.Atau sempatkah kita menyambut hari kemenangan umat Islam di pagi Syawal 
yang mulia nanti?ana tidak pasti,kerana  mati adalah rahsia Allah.Namun berharap dipanjangkan 
umur kerana sungguh sedikit amalan yang ingin dibawa bagi berjumpa Dia yang Esa.


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa 
seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, 
mudah-mudahan kamu bertaqwa." 
Al-Baqarah 183


Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada
Madrasah Ramadhan:-


1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya


kita dikategori mana??astagfirullahalzim,ampunkan dan terimalah taubat kami Ya ALLAH.


sama-sama muhasabah,Ramadhan masih berbaki lebih kurang 20 hari.Ingat, tiada istilah
lewat dalam membuat kebaikan dan merebut pahala.Ayuh,jadikan Ramadhan yang disediakan 
Allah ini sebagai sekolah untuk mendidik diri dan jiwa taqarrub ilaAllah,dapat merasai susah- 
payah mereka yang kurang bernasib baik,membina tembok sabar lebih utuh.Juga lidah agar tak
lekang menyebut Dia yang Maha Pemurah dan Penyayang yang sudi benarkan kita berada 
di dalam bulan penuh rahmat dan berkah ini.Alhamdulillah.


~RAMADHAN KAREEM,ALLAHU AKRAM~
maaf atas segala khilaf diri ini
Tuesday, August 10, 2010

directly proportional

malam ini ana menulis dengan linangan air mata.terasa diri amat lemah dengan keadaan ini.terasa ingin menangis di dalam hujan,agar orang tak tahu isi hati tapi hakikat perlu dihadapi jua.inilah dinamakan kehidupan.tadi, berbual panjang, menangis kuat dengan kakakku di hendet  nun di uia Gombak meluahkan apa yang terbuku di hati.terima kasih k.ina sudi mendengar buruk tangisku.

‘ety sendiri camne?’ dia menyoal pantas
‘ety xpe blaka,tp berat dengan apa yg ety buat skrg la klu nak kira.’
‘kalu gitu kena kuat sket la usaha,k.ina faham mestila berat kan,da hampir nak habes’
‘hurm,tp nasihat umi ngn abah gane?’
‘so,ety kna buktikan,bincang bbaik ngn abah.gtaw abah give me a chance’
‘hurm,ginilah ety..’
‘abah bukan apa,risau takut2 ety xleh proceed.wat istikharahlah,mtop doa bia dapat petunjuk’
‘insyaALLAH..xtaw la ety ni gane,xpe blako sebenarnya’
‘aduh,susahla plak k.ina nk bg pndapat klu xpe blaka,mai teman k.ina cnilah,senang.hu3’
‘pulok doh k.ina,ahh,blurr2’
‘kena kuat la,jgn mudah nanges.jaga diri molekla’
‘k.ina doakn jgk ety ni deh’

Terngiang-ngiang dialog tadi.ana jadi dalam dua.antara cita impian sendiri dan kerisauan mereka denganku.Sungguh,ana bukan anak pintar seperti kakakku yg sering tersenarai dalam dean’s list setiap kali exam.Jauh sekali utk ana mendapatnya, tp jauh di sudut hati,ana juga punya doa dan impian yg sama.Cemerlang seperti k.ina dan umi abah bangga dengan anak perempuan bongsu mereka ini.tapi ana tak pernah berkedapatan berbuat begitu lagi sejak masuk sini.sekolah menengah dulu pernah mungkin.
Namun ana redha kerana ana tahu kadar usaha ana.tapi cukupkah sekadar itu,redha dan tiada anjakan paradigma ke arah yg lebih baik??termenung ana berfikir,sedar sebenarnya semua adalah kesilapan sendiri.ALLAH  member sesuai dengan kadar usaha kita.

Di sini ana menulis agar yg membaca tidak jadi seperti ana.biarlah ana seorang cukuplah seperti  ini.
Ilmu yang kita belajar adalah setitik dr lautan ilmu ALLAH yg Maha Bijaksana.Apa yang berlaku insyaALLAH ada hikmahnya bila segalanya dipandang sebagai tarbiyah ALLAH utk kita.ALLAH sedang mengajar ana supaya seimbang segalanya.hebat di sini juga di sana insyaALLAH.kata 
orang, kegagalan adalah sebahagian dr jalan menuju kejayaan.Namun bagi orang Muslim, jangan biarkan kegagalan terus menerus menyinggah dalam diari kehidupan sebab Muslim yang berjaya adalah yang tidak mengulang kesilapan sama berulang kali.ciptakan perubahan diri kerana Dia 
tahu kita ada berusaha berubah.Moga usaha itu sebagai wadah untuk ALLAH berikan 
kejayaan  nanti,insyaALLAH.yakinlah segalanya milik ALLAH.mintalah kepadaNYA tp 
terlebih dahulu tunjukkan kita benar2 mahu dengan usaha keras!

Teringat pesan seorang akak:

“kalau dahulu,zaman Nabi orang arab suka akan syair2 dan bahasa indah,ALLAH turunkan Al-Quran yang tiada bandingan dr segi struktur,bahasa dalam ayat2 Al-Quran utk meluaskan Islam masa itu.sekarang, orang pentingkan akademik dan memandang hebat orang yang berjaya,so kita kna wt 
yg terbaek dalam akademik demi melancarkan kelangsungan dakwah dgn waqi’(keadaan) sekarang.
jangan biarkan akademik sebagai fitnah dalam berdakwah” lebih kurang begitulah ayat akak itu.

Moga ana dan kita termasuk dalam orang yang seperti itu yakni seorang yang cemerlang akademik dan aktif dalam medan dakwah,insyaALLAH.

.p/s:doakan ana mudah juga menangis semasa berdialog dengan ALLAH,keras betul hati ini!
Ya Allah,Ya Rahman,kurniakan kepada kami hati yang lunak dan basah mengingatiMU.kurniakan kami kejayaan di dunia lebih2 lagi di akhirat sana.Allahumma amen.

~Success is directly proportional with the rate of struggle,the more struggle,the better the path of to success with the will of ALLAH,iALLAH~

~ahlan wasahlan ya RAMADHAN,sesungguhnya kami merinduimu,ingin merebut keberkatan di dalammu

Yezza,tak sabar nak terawih,iftar dan sahur.rindu makan dengan 1 keluarga..~
Friday, July 16, 2010

hanya YANG memahami sahaja mampu memahami


salam Jumaat,penghulu sgala hari dan hari untuk umat ISLAM.semoga kita sentiasa dirahmati dengan rahmat ALLAH lil alamin.selawat dan salam penuh penghormatan dgn ucapan Assalamualaika Ayyuhan Nabi.mohon syafaatkan kami umatmu Ya Rasulullah SAW.

Apabila semua serba tak kena, dan anda berada dalam keadaan tidak menentu, ingatlah... anda masih boleh berpaling dan bersandar pada DIA YANG SATU.

* Apabila h i d u p di selubungi kegelapan semuanya silap, carilah sinar itu, dari DIA YANG MEMBERI CAHAYA.

* Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA YANG MAHA PENGASIH.

* Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, janganlah berputus asa kerana DIA MAHA MELIHAT SEGALA-GALANYA.

* Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi carilah kekuatan dari DIA YANG MAHA PERKASA.

* Apabila h i d u p ini dirasakan seperti beban, segalanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah IRADATNYA.

* Apabila jalan di depan di gelapi mendung sedangkan tiada sesiapa yang sudi meneranginya, carilah jalan yang lurus dari DIA PEMBERI CAHAYA.

* Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan mu jangan kecewa, kerana DIA MAHA PENDENGAR.

* Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan ingatlah kepada DIA YANG MAHA KAYA.

* Apabila dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada DIA YANG MAHA ESA.

* Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada DIA.... satu-satunya tempat yang boleh di gantungkan harapan.

* Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kembali, ingatlah bahawa DIA SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG SABAR.

Wednesday, July 14, 2010

kena tambah jam lagi



'mana jam sy, sy lebih yakin confident kalau pakai jam'

kelakar mmg kelakar, tp itulah diri saya,jam di tangan pasti ada, tampil ke hadapan 
itu suku kira.yang penting, keberadaan jam di tangan menambah yakin diri.seolah-
olah jam itulah keyakinan secara mudahnya.setiap orang pasti ada cara tersendiri.
saya yakin dan pasti.

"kenapa tak nak cakap kat depan, tu jam dah ada di tangan,msti dah ada confidentkan"
tanya seseorang kepadaku.tersengih shj yg ku mampu,sebab diri ini masih buntu 
dan tak tahu apa satu.

"seganlah, depa pnya banyak ilmu, ayat fulamak xleh nak lawan,apa lah saya ada,
ish xnak lah"

"sampai bila kalau asyik pikir macam tu.masing2 ada perkara yg disampaikan,
awak bagus dalam aspek tu, bagitahulah,saling share ea,boleh je"

"kalau silap.issh xleh2 segan wa xyakin lah" ku ulang ayat sama.

"xpe kalau salah pun.kalau salah yang taw akan betulkan.Awak xkan taw awak salah 
kalau xpernah buat salah.sebab orang xtaw apa kesalahan tu selagi x cakap kan."


Dia msih tetap cuba dan tak putus asa mengubah mindsetku.

merenung panjang saya.apa tindakan seterusnya??

inilah krisis jiwa yang melanda kita kebanyakannya.termasuk yang menulis yg amat berkrisis

"MAAF, TAK BOLEH.SAYA TAK YAKIN.TAKUTLAH"

dalam kelas,guru mengajar acid-base conjugate,myofibrils,graph bla2x.dalam meeting 
orang minta pendapat, kepala pulak tertunduk ke bawah,,masa orang buka sesi 
soal-jawab,sayalah paling kuat jawab xde soalan.

padahal fahamkah kita?tiada pendapatkah untuk difikir bersama?jelaskah pemahaman yg diberi?

tepuk dada, tanyalah ilmu di dada.

sesungguhnya kekuatan perlu dibina.sama juga dengan keyakinan diri.kerana setiap 
insan dilahirkan dengan potensi masing-masing.ada yang jenis berfikir, justeru
keluarkan pendapat yang difikir.ada yang jenis suka menganalisa, analisalah 
dan kemukakan hasil survey.Jangan kita menjadi seorang pembunuh, yakni 
pembunuh potensi diri.
~jadilah diri sendiri,tak berupaya menjadi
singa jika diri kucing tp contohilah keberanian
dan sisi positifnya~
setiap kita punya potensi dan kelebihan.cari dan galilah ia dalam diri masing2 kerana 
jika tahu keupayaan diri kita yang sebenar,kita akan sedar sebenarnya betapa ALLAH mencipta kita untuk menjadi makhluk terbaik.penuh dgn gilapan potensi ke arah mengislahkan diri dan orang sekeliling.

'sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya'[At-Tin:4]

p/s:yakinkah kita??moga ALLAH pinjamkan keyakinan itu untuk melakukan yang terbaik
dalam kehidupan.Jom,kita tambah jam ye.
Friday, July 2, 2010

mata,akal,nafsu,hati

bismillahirrahmanirrahim.

apa kaitan 4 di atas dgn entry kali ni ye??

sekadar ingin berkongsi apa yg mampu dikongsi dgn ilmu yg amat sedikit cuma.kali ini
berkenaan cara memandang atau lihat.tengok.see.nazaro.dan apa sahaja yg sewaktu dengan pandang.

mesti pernah dengar dialog2 ni:-

"weh, try tengok dgn hati gak eh"
"mu ni guna mato ko kepala lutut??
"sambil2x tengok tuh try pikir guna otak(akal) gak, jgn duk tgk selapis jah"
"demo, x baek tgk gitu.."

yezza,agak pekat loghat kelantan sy, tp iAllah paham kot.
itulah anatara cara kita memamndang dan dinasihatkan ketika memandang sesuatu..

tiap kali memandang, ia terbahagi kepada 4 pandangan yakni memandang dgn mata, akal, nafsu dan hati.mungkin ada yg pandang dgn akal dan mata shj.mata dan nafsu shj.akal dan hati.itu semua berbalik dgn empunya yg memandang.

analoginya begini:

hakim ni student oversea dr M'sia.memang lama ah x balik dek sibuk ngn study kat sana.
pagi petang,siang malam study la keje dia.jeng3x,pd 1 hujung minggu yg aman, hakim
terima 1 bungkusan dr Msia.bukak2 ada tempoyak.

scene hakim tgk dgn pandangan mata:
"tempoyak la, dr Msia"

scene hakim tgk dgn pandangan akal:
"knapa bau tempoyak kuat sgt,adakah acid dah btindak ke atas tempoyak??reactant,product,reversible bla2.." (kes hakim ni plak budak sains)

scene hakim tgk dgn pandangan nafsu:
"wah rezeki! aku tgh lapar ni, tempoyak plak dtg pagi2 ni"
(padahal xtaw sape empunya bungkusan lg)

scene hakim tgk dgn pandangan hati:
"maafkan hakim mak, mesti mak tgh rindukan hakim smpai
susah2 wt tempoyak hantar.hakim bslah sbb da lme x balik"

melihat dgn mata,lihat je apa yg ada di depan mata.that it.tengok dgn akal,keluarlah
formula sgl bagai.lihat dgn nafsu, terus rembat dah sampai tak igt dunia, pandang dgn
mata hati,terkesan kpd jiwa, ada pertimbangan dgn melihat jauh kpd mksud sebenarnya.
sgl sudut dilihat dan dtimbang tara.

sekadar itu sahaja, maaf jika xpaham apa yg ingin dikongsi.xpaham tnya je.

apa yg penting di sini, dalam melakukan ssuatu perkara lihatlah dr pelbagai sudut,
tnyalah diri adakah kita mampu.apakan pro n kontra jika blaku.ada effect x?etc

paling penting, ALLAH redhakah apa yang aku nak buat ni??

~strive for mardhotillah~
Friday, May 14, 2010

the sign of The Day of Judgement

semalam saya jalan2 ke blog ini,
sy baca keratan akhbar yg dipostkan pd april lalu
saya rasa baek utk dikongsi ssama kita
(klik pada gambar utk zoom in)
sama2 kita ambil peringatan
Wednesday, April 14, 2010

kerdil

cuba dengar kicau burung yang merdu, rintik-rintik hujan yang membasahi bumi.betapa damai dan 
tenang mengisi hati yang kosong ini..alhamdulillah kita masih diberi nikmat mendengar.Bayangkan kita naik,kita dapat lihat, cantiknya Malaysia,aman jauh dari garisan lingkaran api.Alhamdulillah.cuba naik lagi, kita dapat lihat Bumi ALLAH, Allahuakbar, bumi beredar di atas paksi begitu taat sekali silih berganti siang dan malam tanpa berhenti.taat sebegitukah kita??naik lagi kita dapat tengok matahari yang amat panas, kakau kena panasnya kita pasti tak dapat menahan,namun panas lagi api neraka,Nauzubillah tapi Allah sayangkan kita, Dia kirimkan matahari memberi sumber tenaga dan cahaya dengan panasnya disesuaikan mengikut apa yang kita mampu tahan.alhamdulillah.Dan bulan setia menghiasi malam hari memberi rehat kepada kita setelah penat bekerja di siangnya,alhamdulillah.Kita naik lagi, kita jumpa galaksi dan bintang2 yang berjuta2 bilangannya, bumi sudah jauh tidak kelihatan, sama juga planet lain-zuhal,musytari,utarid.Sekeliling kita,hanya angkasa raya yang hitam, bersama meteor,asteroid dan lain2.

Di manakah kita??kita amat kecil,kerdil hingga memang dan pasti tidak kelihatan dari atas sana.Namun di mana sahaja kita berada,Allah senantiasa memerhati dan melihat setiap gerak-geri kita malah apa lintasan hati,Allah tahu dan tidak pernah terlepas dari pengetahuanNya.Ingatlah Dia sentiasa ada dengan kita, cuma kita sering kali lupa padaNYA,ampunkan kami ya ALLAH..

TAKBIR,HEBAT BENAR CIPTAAN DAN ATURAN ALLAH SWT!!
ALLAHUAKBAR!!


ya ALLAH, hadirlah rasa rindu dan cinta-Mu pada hati yang kosong ini
tetapkan kami dlm perjuangan ini,aminn.

Thursday, March 4, 2010

berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
 
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
60th - 70th
(65th)
 
chart

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th 

"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
 
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...


Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.


Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "


Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?


Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun


Kesimpulan: 
yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...


Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......


Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

~ampunkan dosa-dosa hambaMu yang hina dan lalai ini ya ALLAH~
 

Blog Template by BloggerCandy.com