Followers

Showing posts with label :jentikan minda:. Show all posts
Showing posts with label :jentikan minda:. Show all posts
Wednesday, May 9, 2012

#11 Wordless Wednesday- Bila Masa Rehat?

[kredit]

Friday, October 28, 2011

Kategori Mana?

Bismillah wa alhamdulillah :)


Kebelakangan ini, update entry di blog lebih banyak menggunakan gambar.Bukan malas,hanya mahu mengamplikasi,


"a picture is worth a thausand words"


Banyak di laman sosial kegilaan sekarang iaitu Facebook,fan pages yang boleh diklik "LIKE" kan untuk dapat updates semasa tentang tazkirah/ motivasi/ teguran secara tak langsung. Bagi yang jenis tak boleh baca 
ayat-ayat yang berjela-jela panjang,(sakit mata sebab tulisan kecil) gambar-gambar berunsur demikian melambak untuk ditatap, ditelan dan jadikan pedoman..dan kebanyakannya sangat comel dan sangat interaktif.


Tinggal sekarang malas klik dan tengok je, semuanya di hujung jari.
Zaman IT katakan.


Nah, sesuai untuk semua yang memang ada FACEBOOK dan facebook adalah buku wajib baca tiap hari, status kalau boleh nak update setiap jam, status pulak yang di" LIKE" memanjang..


Untuk KITA SEMUA..muhasabah bersama


diambil dari page Ustaz Shamsuri Hj.Ahmad
lukisan oleh Rusydee Artz
(klil untuk zoom in)
Facebook pun adalah medan menguji IKHLAS.Sebab merupakan satu cara perhubungan antara manusia dan manusia(habluminannas) dan kena ingat penilainya adalah antara kita dengan ALLAH(habluminaALLAH)


Sebelum melakukan apa-apa,tajdid(perbaharui) niat balik..Moga kita dapat jadi seperti lelaki baju hijau di atas.Kembalikan segala amal walau hanya nak buat perkara yang nampak kecil hanya kepada ALLAH.


Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your destiny.
-Wardina Soffiyah-


ps: sila like page Doodle Dakwah dan Rusydee Artz, mereka sangat kreatif menyampaikan sesuatu dengan gambar,anda takkan rugi malah untung :)


pss: face OUR BOOK --Al-QURAN, before face the FACEBOOK :)
Sunday, October 16, 2011

Turn To HIM


Sebaris kata dari Ibn Taimiyah.Dalam maksudnya.

Buat kita sedar bahawa hanya ALLAH tempat bergantung dan memohon.
Meletakkkan tawakkal pada tahap paling tinggi.

Di saat semua manusia meninggalkan kita,ALLAH selalu ada.

Manusia tidak kekal, akan mati bila tiba masanya.
Bebayang akan hilang, bila cahaya makin tiada.
Walau siang hari ia setia jadi pengikut, bila malam ia mula undur.


Saat kita harapkan manusia bantu kita cari solusi masalah,
kadang insan itu pun samar mencari penyelesaian..
Dia juga manusia punya masalah untuk diselesaikan
bukan tak ingin membantu tapi dia juga buntu..


Tapi ALLAH SWT,
DIA sesuai dengan sangkaan hambaNYA,
kita kita ingat DIA, DIA balas balik ingatan itu,

bila kita mendekat sejengkal, sehasta sebagai balasan,
bila kita sehasta mencari, sedepa DIA mendekati,
bila hamba berjalan mendekati, DIA datang dengan berlari.

Subhanallah, rahmatMU meliputi sekalian alam.

Rahmannya diriMu ya Allah, Rahimnya diriMu ya Rabb.
Tak pernah langsung tinggalkan kita.Walau sedetik cuma.
Setia sebagai penjaga, walau gelap atau terang.

Tapi itulah manusia, sering lupa pada DIA..

Indeed, to ALLAH ONLY, we should return
Saturday, July 2, 2011

kerasnya hati

Tepuk dada, keras seolah tiada berperasaan


Kenapa rasa sebegini? sungguh jauh rasanya diri dengan Tuhan.
Cuba untuk menangis, tapi air mata degil tak nak keluar.


Baca Al-Quran sekadar baca tapi tak ambil pengajaran dan peringatan.


Duduk berteleku di sejadah, muhasabah diri.


Jika rasa dah jadi baik, memang lambat lagi nak jadi baik ikut skema Allah
dan Rasul.Banyak lagi silibus agama yang tak ikut sepenuhnya walau mungkin
pada basicnya dah ikut.


+SOLAT JAGA
+HIDUP IKUT SYARIAT
+AURAT JAGA
+JAGA IKHTILAT


solat dah buat 5 waktu, alhamdulillah tapi haknya pada waktu, masih ada yang
terlajak, utamakan perkara yang tak penting walhal tahu solat tiang agama.


aurat dah tutup,tudung tutup dada ikut apa yang disuruh agama tapi 
yakinkah tak jarang, tak ketat dan tak  menarik perhatian orang.


aurat dah ok, solat tak tinggal, stoking kaki pakai tapi ikhtilat dengan opposite
gender yang bermasalah.Allahu Allah.Tolonglah, diri mahu ikut hidup bersyariat.


Ini tak masuk masalah hati yang ada pulak rasa riak sebab dah buat apa
agama suruh, buat sebab disuruh bukan sebab tangggungjawab dan tuntutan.




Tak mahu jadi Islam hanya pada IC, tapi mahu jadi mukmin di sisi Ilahi.
Monday, April 18, 2011

Perkongsian: Berdoa BiarHolistik


Minggu lepas,alhamdulilah disempatkan Allah untuk menjejak tanah Pondok Bustanul Ariffin,
Banting.Teruja sebab pertama kali jejak tempat bernama PONDOK secara rasmi [bajet 
macam  nak rasmi pondok gaya nampaknya] walau di wilayah tanah tumpah darah banyak 
pondok tarbiyyah yang ada.

Liqa’ yang membekas di faculty of mind adalah bila mana kami kena bagitahu apa doa
favourite, best of da best doa dan apa sebab suka doa tersebut.Erk, bab yang sebab ini
haru juga nak fikir.Aduhai Bonda Khai, soalan uji minda kamu memang  tak terduga.



“Kalau Hajar,suka doa ‘Rabbi Yassir wala tuassir’ sebab meaningfull dengan ya ALLAH 
permudahkan,jangan susahkan especially time exam.Yelah, bila exam adalah gerombolan 
setan nak bisik tukar jawapan.Remember, first answer is the best..”bakal cikgu TESL 
memulakan bicara.

“Kalau Nor,suka baca surah Al-Insyirah sebab maybe tengah banyak masalah” oh,adik aku 
seorang ini ada masalah rupanya.

“kalu Irah,baca doa dalam bahasa Melayu je, tak pandai bahasa Arab ini, tapi yang penting lebih terkesan.Allah faham semua bahasa.Irah akan baca doa minta ampun untuk sabahat2,keluarga..

“Kalau kak suka baca doa akhir dalam Al-Mathurat, Allahumma inni nas’alu lisaanan ratiban 
bizikrik..sampai akhir sebab doa ini holistic..lisan, keyakinan, hati..dan doa kebaikan dunia 
akhirat dan dijauhkan dari api neraka..ni pun holistik”wah, terbaik lah naqibah aku ini.

“kalau ety suka doa yang yang minta berikan pengahkiran yang baik tu..sebab kita bukan nak 
mati je dalam keadaan baik,.hope all things we do is in right way lead to kematian yang baik..
so segalalah biar baik-baik sahaja..” giliran saya pula kongsi apa yang patut.

Itulah doa.Doa senjata mukmin.

Mintalah dalam bahasa apa sekalipun, sebab ALLAH lah yang cipta nama-nama segala 
benda atas muka bumi ini.Mintalah untuk orang sekeliling,bukan untuk diri sendiri sahaja 
kerana kita bukan hidup seorang diri atas dunia.Mintalah untuk mendapat dua kebaikan, 
yakni kebaikan di dunia dan di akhirat[Khairan Hasanah]

“dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama benda semuanya kemudian Dia memperlihatkan kepada malaikat-malaikat,seraya berfirman ‘sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini jika kamu yang benar”[Al-Baqarah:31]

Mintalah,kerana ALLAH suka hambaNYA yang meminta dan Dia akan memakbulkan permintaan.
Ya, akan memakbulkan kalau bukan di sini, nanti di dunia abadi.Lambat atau cepat.

Kalau kita dalam keadaan tergesa-gesa sekalipun, terkejar mahu ke kelas atau sambung kerja,
Doalah dengan doa yang paling mudah tapi paling sangat bermakna..at least!


Tapi,janganlah pula minta doa  ‘ya ALLAH, doaku macam biasa,amin..”.Doa ada adab-adabnya.

Sesungguhnya ALLAH itu sangat dekat dengan hambaNYA dan suka kepada hambaNYA
yang meminta =)

p/s: Doa minta dapat jodoh baik yang holistik macam mana??
                                                                                                              _istisyhad copyright_


Monday, March 14, 2011

heal and you will be healed

It's so hard to explain
What I'm feeling
But I guess it's ok
Cause I'll keep believing
 
There's something deep inside
Something that's calling
It's calling you and I
It's taking us up high to

CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing

Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It's Nature's order

There is a hidden force
Pulling us closer

It's pulling you and I
It's pulling us up high
 
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all heart
An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
Seek only to give and you'll receive
So, heal and you will be healed
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة

Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi
Mixed and Mastered at Andante Studios

Sangat mendalam maksud di sebalik lagu Sami Yusuf ini.Mengesan di hati.

"..Healing, a simple act of kindness brings such meaning.."

Healing= menyembuh, merawat atau bagi saya membuat/memberi pertolongan atas sesuatu
yang diperlukan orang lain disaat dia kesusahan atau sewaktu dengannya.

Contoh mudah:
Adik dalam musim cuti sekolah ini banyak homework, minta diajari apa yang beliau
tak faham.Baiklah saya ajarkan walau masa tengah beri tunjuk ajar, berguni-guni
juga bebelan kenapa tak faham itu dan ini.Tapi bila si adik dah nampak rentak dan
mula faham apa nak buat, dalam hati terdetik satu rasa puas.Ajaran itu bermakna.

Itu baru satu contoh yang sesuai di musim cuti sekolah.Banyak lagi sebenarnya.

Tolong mak kemas rumah/masak: Puas hati bila tengok adik2 makan dengan lahapnya
Jadi urusetia program: Walau penat sedikit, puas hati bila lihat peserta balik dengan
bekalan semangat dan sesuatu yang berguna untuk dikongsi di sekolah mereka.
Tolong itu dan ini walau kecil atau besar pertolongan yang diberi: ada perasaan membunga
bila melihat hasil dan dihargai oleh mereka( walau sebenarnya tak harap dihargai)

Itulah 'brings such meaning' bagi saya.

"..Give and you will receive.It's Nature's order.There is a hidden force.Pulling us closer.."

Benar.Itulah hukum alam.What you give,you get back.
Kadang kita beri sedikit sahaja,ada rezeki lebih orang kata.Tak lama balasan itu terus dapat.

Berilah senyuman, agar senyuman itu berjangkit dan tersebar.
Kamu senyum padaku, aku kembali senyum.Orang melihat turut tersenyum.



Allah Maha Pemurah dan rezekinya sangat luas.Subhanallah.
Maka fastabiqul khairat...Jom berlumba-lumba buat kebaikan.Tak rugi malah untung!

^Erti hidup pada memberi ^
Monday, January 31, 2011

Pendapat:Bumi Sudah Amat Tua


"bakpola uje sokmo loni??[kenapalah hujan selalu sekarang?]

"tula pasal,padahal bukea[bukan] musim huje loni"

"bumi tuo doh ti.."[bumi dah tua]
Monday, November 22, 2010

Minat dan Suka Akan Menyusul

Satu dialog JDrama yang memberi kesan kepada saya:


Takeno:Sensei, is really your job  something you really wanted to do?
Sensei:Nope,my senpai from college asked me to do it with such vigor.
           And I was half in doubt at first.But as I did it, 
           I grew to to like this job.
Takeno:I see(dengan muka masih tak puas hati)
Sensei:I, too, just wanted to paint at first.But people who can do what 
           they love at a job is one in a million.And among those people, 
           the ones who can do what they really want is even less.
           I'm really glad i have this job


Sangat mendalam maksudnya kan?Bejaya membuat saya mengulang scenes
ini beberapa kali.Memutar apa yang dikatakan.Cuba untuk memproses
lalu disimpan dalam celahan file-file minda.Moga tersave dengan lama.


Cuba mengingat kembali cita-cita dahulu yang memang sangat ingin
menjadi seorang pendidik,di kelilingi anak-anak murid.Mengajar 
mereka sains mungkin.Sebab saya suka subjek ini dari dulu.
Sains memang menarik bagi saya.Ia hidup dan berfakta.



Tetapi kini saya sedang di pusat asasi mengambil jurusan Biologi.IAllah.
Juga berkait dengan sains.Saya tidak suka Maths.Penat memujuk diri
agar suka kepada Maths tapi belum bertemu sesuatu yang membuat saya
jadi benar-benar suka tentang ia melainkan nombor dan formula yang
memeningkan kepala.Ahh. Sebab itu dulu semasa dapat kos Engin 
saya lari ke kos sekarang.Hehe.

Betul.Apa yang kita suka tak semestinya kita dapat.Sebab Allah tahu
mungkin apa yang kita nak tak sesuai untuk kita.Manakala yang kita
duk cuba menanam,menuai,membaja sekarang inilah mungkin yang
bakal membuahkan hasil untuk kita nanti.Siapa tahu?Rezeki itu Tuhan 
sudah aturkan sejak azali.Kerja kita ialah yang perlu mengigih kuat 
supaya rezeki itu pun suka untuk datang pada kita pula.


Sama juga dengan keadaan bila diberi jawatan dalam persatuan.
Puas memujuk jangan pilih saya,saya tak pandai itu dan ini,

Saya tak boleh handle keadaan, namun bila diberi jawatan,
cubalah menyahut sebagai tarbiah menjadi lebih baik.Mana tahu,
lain masa ia bakal berguna untuk skill2 semasa menemuduga kerja.




Maka optimislah ,elakkan pesimis!( ingatan buat diri ini)


Yang bulat tak datang bergolek,yang..ahh saya sudah lupa peribahasa ini.
Sila bantu jika tahu ya :)
Thursday, November 4, 2010

Berdialog Dengan Tuhan


Hidup ini sering dibentangkan dengan pelbagai ujian mahupun masalah.Kadang lelah 
dalam menggalas tugas datang menyelit menguji ikhlas itu.Kadang serasa mahu 
melepaskan segala beban di pundak.Diri ini sering berasa lemah namun hati kecil 
membisik sabar.Kamu disayangi Allah swt sebenarnya.

"saya tak kuat, rasa tak layak dengan tugas ini"

"mereka hebat, saya ni jauh panggang dari api"

Keluhan jualah yang sering bermain di bibir.Mengenggam tangan sahabat 
agar aliran semangat mengalir ke dalam diri.Kata-kata motivasi mereka banyak membangkitkan diri yang lemah.Bersyukur punya sahabat seperti mereka.

Antara sabar dan mengeluh.

Semalam, tepukan kasih Allah kepada saya diberi melalui satu halaqah ilmu.Ketika 
sesi 'sharing moment' sementara menunggu azan isyak yang benar-benar menyentak 
jiwa.Lantunan nasihat dari salah seorang jemaah amat memberi kesan kepada 
minda turun ke benak hati.Benarlah majilis ilmu punya 1001 mutiara dan cahaya.

Sering kita menyangka berdoa adalah satu perbuatan usai solat wajib mahupun
sunat,memohon hajat dari pemilik alam.Benar,ia tidak salah.Itulah doa.

Namun doa itu juga adalah segala bentuk monolog dan dialog kita dengan ALLAH.
Bukan sekadar di tikar sejadah.Di mana sahaja, bila-bila masa!

Kehidupan Seorang Pelajar Muslim

Ketika menyarung kasut,pintalah kaki sentiasa ke majlis-majlis memuji Allah.
Di dalam perjalanan ke kelas, mohonlah urusan pembelajaran dimudahkan.
Sedang makan, mintalah supaya rezeki dimurahkan lagi dan dengan makan ini
boleh recharge energi untuk ibadah seterusnya.Ketika bersua dengan sahabat,
mohon ikatan ukhuwah berkekalan di jalanNYA.Ketika bermain, bisikkan
moga badan sihat untuk meneruskan perjuangan dan minda cerdas.Ketika melihat
langit, pujilah Sang Pencipta betapa hebat ciptaanNya.Ketika berehat, zikir tidak 
lekang di bibir.Ketika bertembung dengan bukan mahram,mohon dijauhkan
dari fitnah dunia.Ketika berwudhuk,mohon segala anggota wudhuk bercahaya dan
dapat membuat kebaikan sentiasa.Ketika ingin tidur,mohon dimaafkan segala
dosa sepanjang hari dan minta dipanjangkan umur untuk hari esok.

Sepanjang masa dan ketika dalam kerja buat kita seharian.

Doa adalah telepati antara kita dan DIA.Sentiasa ada talian hayat
antara kita dengan Yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami.

Ketika rasa susah dan lemah, mohonlah diberi rasa sabar dan ketenangan.
Ketika rasa lalai, mohon hati sentiasa ingat hanya pada Dia sahaja.

Disaat kita berdoa bagi orang lain juga, kita akan mendapatkan kekuatan baru 
dan kita bisa melihat kemuliaan Allah dari peristiwa yang terjadi. 


Susah itu tarbiyyah.Sabar itu indah :)'



Kerna Dialah pemilik segala hati lalu kita sebagai hambaNYA wajib bersangka
baiklah dengan Allah swt.


Allah sentiasa dekat dengan kita.Lalu kenapakah kita pula ingin menjauh??

Wednesday, October 27, 2010

Penyumbang Bukan Penempang

Kembali ke kampus dengan satu  tekad baru!


Be more proactive and speak it out.

Semester ini mungkin boleh dikatakan mencabar  bagi saya.Walau tidak ambil banyak
subjek,bukan alasan saya boleh bersenang-lenang.Goyang kaki tanpa kerja.Demi tugas
dan tanggungjawab yang harus digalas,persediaan rapi wajib dibuat.

Pesanan seorang sahabat saya buat renungan bersama:

"..jadilah seperti seorang pedagang atau pengembara yang sentiasa membawa
bekal.Apabila sampai petang,jangan tunggu sampai pagi.Apabila sampai pagi
jangan tunggu sampai petang.Dan ambillah masa sihatmu dari masa sakitmu,
dan ambillah hidupmu dari matimu.."

Benar.Inilah penyakit utama dalam belajar mahupun bergerak-kerja.Suka bertangguh.
Alasan "tunggu kejap lagi nak buat", "due date lambat lagi", "takpe, nanti senang sket"
sering menghiasi bibir mahupun terdetik di hati apabila dihidang tanggujawab sebagai
pelajar dan pekerja amal Islami.Saya juga sering memberi alasan itu dan ini.Walhal
akhirnya, diri sendiri yang terkejar-kejar bila waktu hampir tamat.Lalu datanglah
demam dan sakit akibat tekanan kerja saat akhir.Diri juga yang menanggung akibat
sikap suka bermain dengan waktu ini.


Ingatlah, masih banyak hak diri kita yang belum tertunai!

Dari Padang Bola

Demam Piala Malaysia yang bakal bergegar di Stadium Bukit Jalil kian terasa.Pasukan
merah putih jadi pilihan.Apa yang menarik tentang bola ialah penjaga masa yang
memang menjaga masa perlawanan.Jika 90 minit masa perlawanan,maka bertiuplah
wisel tanda masa sudah tamat.On the dot.

Nah,ini kita boleh ambil dari padang bola itu.

Alangkah gmbiranya hati bila GOL dijaringkan,tak boleh nak bayangkan segembira 
macam mana.Pernah tak kita dapat sesuatu yang sangat diinginkan?Mesti hati 
girang dan gembira yang teramat sangat kan?Bak kata orang kampung,
"serupa kera boleh bunga".Teramat gembira.Kegembiraan lebih terbayang di muka 
Shahrul Idlan,matanya berkaca.Bersungguh-sungguh dan betapa gembira bila dia boleh
memberi gol untuk pasukan KELANTAN.


Kalau kita bermain apa sahaja,perasaaan apabila team kita menang dengan perasaan 
kita sendiri menjaringkan gol itu sangat berbeza! (Ini ulasan seorang sahabat saya)

Moral:

1)Buatlah kerja apa-apa pun kena bersugguh-sngguh.Jangan berhenti selagi tak tercapai
target dan sasaran.Belajar dan bekerja yang punya visi dan misi.

2)Adakah kita yang memberi sumbangan ke arah itu( keberjayaan pasukan) atau hanya sekadar mengikut sahaja apa-apa yang dalam pasukan??

Sedaya yang mampu, selagi boleh, biarlah kita menjadi penyumbang kepada kelancaran.
Bukan hanya menumpang kesenangan.Jika harus buat kerja berkumpulan,biarlah ada 
juga hasil sumbangan dari kita bukan hanya berpeluk tubuh sahaja,komen itu dan ini.

Agar bukan kita yang menjadikan segala kerja tempang disebabkan sikap acuh tak
acuh dan sambil lewa kita.Jom transform!

Kita tidak boleh mengubah keadaan tapi kita boleh ubah dan kawal diri sendiri.

"..penyesalan adalah untuk diubah kepada yang lebih baik,bukan hanya sekadar 
penyesalan yang kosong tanpa perubahan.."[a.amirulhafiz hanif: bakal kaunselor]



Friday, October 15, 2010

Cegah Maksiat, Tambah Ibadat

Bismillahirrahmanirrahim...
Moga hari ini lebih baik dari hari- hari semalam. Hari ini terasa sungguh bahagia setelah
dapat berbual, biarpun sekadar chatting di alam maya dengan sahabat yang amat dirindui jauh di mesir sana, Aisyah Fakriyah. Teringat pula zaman sekolah. Tanpa sedar, masa berlalu dengan pantas sekali tanpa menunggu kita sedikitpun. Benarlah seperti syair ada mengatakan:

Sungguh, waktu itu terus berlalu, terlalu laju,
tanpa menanti kita sedetik pun,
namun, mengapa kita masih tega berdosa,
benar sekali seperti kata Imam Syafi'e:
"Perdaran masa adalah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya"

Balligh 'anni walau aayah. sekadar berkongsi ilmu sewaktu majlis talaqi kitab Bidayatul 
Hidayah yang diadakan pada setiap minggu d uia tentang CARA UNTUK MENJAGA DIRI 
DARI MAKSIAT. Semoga Allah sentiasa merahmati guru kami, Ustaz Muhadir bin Haji Joll yang telah banyak membimbing kami mencari jalan permulaan hidayah.

Menurut Imam Ghazali r.a: 3 perkara untuk menjaga diri dari maksiat iaitu
  1. mujahadatun nafs
  2. sadduz zaroi' (tutup pintu jalan kejahatan)
  3. zikrullah yang berterusan

MUJAHADAH NAFSU
Fitrah manusia itu sering melakukan kesilapan. Namun bagi yang beriman, mereka akan sentiasa mujahadah diri (bersungguh-sungguh) daripada terus melakukan kemungkaran padaNYA. Mereka akan segera kembali bertaubat dan menjadikan setiap detik dan setiap
turun naik nafasnya mempunyai nilai ibadah. Tapi, ini adalah sesuatu yang agak sukar
jika iman kita masih lemah dan ilmu pengetahuan kita masih sedikit, apatah lagi jika 
perbuatan itu sudah terbiasa kita lakukan, sama ada ketika bersendirian mahupun di
tengah orang ramai. Jadi, Islam menganjurkan umatnya untuk menempuh
3 peringkat dalam usaha melawan nafsu ini.

1. Takhalli (Mengosongkan atau membuangkan)
2. Tahalli (Mengisi atau menghiasi)
3. Tajalli (Terasa kebesaran dan kehebatan Allah)
............................

  • TAKHALLI (mengosongkan atau membuang)                                                                                                        
Di peringkat ini, kita mesti melawan dan membuang terus semua kehendak-
kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh daripada diri kita, maka nafsu itu akan sentiasa menguasai diri kita. Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tiada tempatnya, lantas manusia itu akan diperhambakan oleh nafsunya sendiri. Oleh itu usaha melawan hawa 
nafsu janganlah dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar sebagaimana  sabda Rasulullah SAW pada sahabat-sahabatnya ketika pulang dari satu medan peperangan: 
Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih
besar. Sahabat bertanya: Peperangan apakah itu?  Baginda berkata: "Peperangan
melawan hawa nafsu".(Riwayat Al Baihaqi). Kerana apa? Sesungguhnya, nafsu itu ada 
di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita.  
Sifat-sifat ini melekat pada hati sepertilah daki melekat di badan. Kalau kita malas 
menggosok, maka akan bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak dalam hati kita. Sebaliknya jika kita membersihkannya dengan ibadah yang istiqomah, didikan yang berterusan daripada guru yang mursyid, dankemahuan yang bersungguh-
sungguh untuk bertaubat, maka akan bersihlah hati dan sucilah jiwa dari kotoran mazmumah ini. Jadi, ayuh sama-sama kita praktikkan langkah pertama ini dahulu. Jika 
kita suka menonton cerita atau filem yang melemahkan iman, buanglah tabiat buruk ini 
dengan kesedaran bahawa melayani syahwat mata pada yang haram akan 
menghancurkan kemanisan iman. Jika kita suka berdusta dalam berbicara, buanglah 
sifat munafik ini kerana Allah telah berfirman dalam Al-'Imran ayat 61: "Serta kita 
meminta supaya laknat ALLAH ditimpakan pada orang-orang yang berdusta". Dan jika 
kita kita suka mengumpat, kikislah tabiat ini kerana ia seolah-olah memakan daging
saudara kita sendiri.. Dan lagi, jika kita suka berpakaian mendedahkan aurat 
( pakaian nipis, ketat dan tidak menutup aurat), buanglah pakaian tersebut, dan 
gantikanlah dengan pakaian yang lebih sopan dan memenuhi syari'at islam. Ingatlah
bahawa Rasulullah pernah bersabda: "golongan yang termasuk penghuni neraka
ialah kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang (iaitu pakaian nipis, ketat dan 
tidak menutup aurat)."

  • TAHALLI (menghiasi dengan sifat mahmudah)
Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati daripada sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat mahmudah. Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghiasi hati kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah,taubat, bersangka baik, takutkan Allah, pemaaf,pemurah, syukur, zuhud, tolak ansur, redha, sabar,rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, berkasih sayang sesama mukmin, selalu 
ingat mati dan tawakal dalam apa jua tindakan kita. Untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudah, kita perlu sekali mujahadah (yakni bersungguh-sungguh). Man jadda wajada. 
Jika kita mahukan result yang cemerlang dalam exam, kita pasti berusaha sehabis daya 
hingga sanggup tidur pukul 3 pagi semata-mata untuk study. Tapi bagaimana pula agaknya kesungguhan kita dalam bertaubat??  Memang tidak dapat dinafikan peringkat mujahadah 
ini, kita masih terasa berat dan susah untuk istiqomah melakukannya. Tapi insya Allah,
jika kita bersungguh-sungguh dan ikhlas, lama kelamaan ia akan sebati dengan 
hati, dan akan terasalah lazatnya ibadah itu. Contohnya, peringkat takhalli tadi, kita 
telah berjaya mujahadah untuk membenci dan membuang tabiat buruk menonton cerita
yang melalaikan, jadi dalam peringkat ini, mungkin kita boleh mengisi masa kita dengan menonton cerita yang bermanfaat seperti imam muda, KCB special ramadhan, upin ipin, 
dll yg tidak melaghokan (sekadar cadangan..=), ataupun kita boleh melayari blog ilmiah di internet dan juga kita boleh mengisi masa terluang dengan membaca buku/novel yang
 ilmiah.  Selain itu, contoh lainnya ialah jika kita mahu mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita ,terutama barang 
yang kita suka dan sayang untuk diberikan kepada orang lain atau sahabat sekeliling kita..Mulanya tentu terasa berat dan payah, tetapi janganlah menyerah. Kita lawan!!!
Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk mendapat pahala sedekah, ingat bagaimana hebatnya sifat pemurah orang Ansar dahulu pada orang
Muhajirin sewaktu di Madinah. Jadikan sirah nabi dan kisah para sahabat sebagai 
motivasi kita untuk memupuk dan menghiasi sifat mahmudah dalam diri kita ini 
sesuai dengan peringkat tahalli ini

  • TAJALLI (terasa kehebatan dan keagungan Allah)
Hasil daripada mujahadah dalam takhalli dan tahalli tadi, kita akan memperolehi tajalli 
iaitu sejenis perasaan lapang, tenang dan bahagia hasil daripada ibadah yang istiqomah. 
Pada waktu ini, hati seakan- akan celik, hidup dan sentiasa terasa akan kehebatan Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-'Imran ayat 190-191: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda 
kebesaran Allah bagi orang yang berakal iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri,
dudk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit 
dan bumi, sambil berkata: Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini 
sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".. Harapan dan 
pergantungan mereka hanya pada Allah Rabbul Jalil. Apa jua masalah hidup, dihadapi 
dengan tenang dan yakin pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara yang mereka 
alami. Tika ini, mereka akan dapat merasai kemanisan iman sewaktu beribadah.


SADDUZ ZAROI'
Setelah mujahadah nafsu dengan membenci, membuang sifat mazmumah dan menggantikannya dengan sifat mahmudah, kita mestilah menutup segala pintu
jalan kejahatan. Contohnya, jika kita suka melihat perempuan atau lelaki ajnabi,
tunduklah pandangan sewaktu berjalan. Jika kita suka melayari internet yang 
membahayakan iman kita, berhentilah sekejap daripada menggunakan internet. Jika
hati kita sentiasa lalai dengan memikirkan si buah hati tersayang yang belum halal 
statusnya, kurangkan mesej, fb atau contact supaya hati kita terjaga daripada 
mengingati makhluk, sebaliknya isilah hati dengan mengingati KHALIQ. Jika kita ini suka mengumpat dan berdusta, kurangkanlah bercakap. Jauhilah orang yang pasti apabila
 bersama dengannya, kita akan mengumpat.



ZIKRULLAH
Kita juga hendaklah melazimi diri kita dengan zikrullah yang berterusan. Zikir ini terbahagi pada 2 iaitu zikir am dan zikir khasZikir am ini adalah seperti berkata 
dengan perkara baik, berbincang tentang sesuatu yang bermanfaat seperti usrah, saling berpesan dan menasihati ke arah kebaikan. Manakala zikir khusus ini adalah wirid seperti tasbih, tahmid,istighfar, tahlil, selawat, ma'thurat, hizb, dll. Ulama' ada mengatakan 
bahawa makanan rohani yang seimbang ialah tiga iaitu 1)istighfar...2)selawat...3)tahlil (LAILAHAILLALLAH)... 

Ilmu ini saya dapat sewaktu mengikuti majlis pengajian talaqqi dengan Syeikh Fahmi 
Zamzam (guru pada ustaz kami, Ustaz Muhadir) di masjid al-Falah,USJ9. Kata beliau,
zikir ini dapat menguatkan jiwa. Jika solat dan puasa, orang yang berhadas besar 
tidak dapat lakukannya, tapi berbeza dengan zikir. Inilah kehebatan zikir... Biarlah kita 
ada amalan zikir yang dapat kita istiqomah lakukannya setiap hari, walaupun sedikit.
Contohnya, bacalah Ma'thurat tiap hari dan paling kurang 5 m/s al-quran setiap hari
Setiap kali selepas solat fardhu, baca 1 m/s al-quran. Insya Allah, hati kan tenang, jiwa 
kan bahagia, hidup kan dirahmati sentiasa.

....................................................................

Bagi sahabat- sahabat yang sedang bercuti sekarang, manfaatkan cuti ini ini 
dengan syariatNYA. Jangan kita gunakan nikmat yang telah ALLAH pinjamkan ini 
untuk melakukan kemungkaran padaNYA. Pesan buat diri sendiri terutamanya, dan
juga sahabat- sahabat yang dikasihi:

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT,
bagaimana mungkin aku bisa ketawa,
tika dosaku lebih banyak dari pahala,
bagaimana mungkin aku terleka,
pada ajal yang kan tiba bila-bila masa,
pada azab kubur yang sungguh menyeksa,
pada azab yang tersedia di neraka,
pada hari pembalasan yang pasti tiba,
SEDANG DIRI INI BELUM  SEDIA.

segala yang baik daripada ALLAH TA"ALA dan segala kekurangan dan kesilapan dari diri
sendiri. allahummaghfirli......

credit to:najah-solihah a.k.a andak

syukran bagi permisi acik letak dalam blog buruk ni~
teringat dialog kita di stesen itu :)

 

Blog Template by BloggerCandy.com