Followers

Showing posts with label :foto:. Show all posts
Showing posts with label :foto:. Show all posts
Monday, March 12, 2012

Daerah Damai Tanah Serendah Sekebun Bunga


Banyak ditepek di wall dan home Facebook tentang puisi ini
seriusly,indah sungguh puisi khas kepada rakyat kelantan
so kira masa kak Oki sedang memerah otak tu teringat kat ambe jugak ^_^
nahh,, tribute to ANDA the Kelantanese ~~



dah lama tak perah otak untuk berjiwang karat,maka takde apa yang indah keluar untuk dipuisikan~ada rasa tapi tiada jiwa untuk berpuisi sekaran


Saya sangat bersyukur sebab jadi anak kelantan,di bawah kepimpinan ulama'


takkan jumpa suasana 1 bandar penuh dengan laki pakai kaen pelikat walau nak masuk mall besar lepas jumaat kecuali di kelantan,sempoi ja pakcik,orang muda membeli belah tanpa segan sebab malu berkaen pelikat..


takkan jumpa(untuk saya) bandar yang tenang mata memandang sebab mostly lelaki perempuan menutup aurat,walau ada kadang yang tersesat dalam linkungan,dia yang jadi segan sebab ramai yang lihat pelik ^^


susah nak jumpa, pagi jumaat ramai yang berpusu-pusu duduk bersila di bawah khemah,tepi kedai berhamparkan tikar @ akhbar lama semata untuk dengar kuliah jumaat di Medan Ilmu, yang biasanya disampaikan oleh TGNA,.penuh,seriusly!




walau ada orang kondem kata oghe Qlate kuat assobiyah(berpuak-puak) tak boleh nak buat apa sebab ukhuwah kami dirapatkan dengan loghat dan cara hidup.tapi kami mesra dengan semua negeri laen insyaALLAH.


Im proud to be a Kelantanese =)

Wednesday, February 22, 2012

#10 Wordless Wednesday : Begini lebih baik :)



Friday, February 17, 2012

Stay Strong Ya..!


tepek benda alah ni kat dinding
bagi motivasi kat diri tu penting untuk sistem daya tahan badan
hiyaaahh, sekarang kena buka segala jurus2 karate
mendepani hari2 indah mendatang :)



Ya Allah Ya Bari', Yang Maha Mentadbir,
Kau aturkan urusan hidup dengan sebaek2 pentadbiran

stay strong itu wajib ye semua..!

Friday, October 28, 2011

Kategori Mana?

Bismillah wa alhamdulillah :)


Kebelakangan ini, update entry di blog lebih banyak menggunakan gambar.Bukan malas,hanya mahu mengamplikasi,


"a picture is worth a thausand words"


Banyak di laman sosial kegilaan sekarang iaitu Facebook,fan pages yang boleh diklik "LIKE" kan untuk dapat updates semasa tentang tazkirah/ motivasi/ teguran secara tak langsung. Bagi yang jenis tak boleh baca 
ayat-ayat yang berjela-jela panjang,(sakit mata sebab tulisan kecil) gambar-gambar berunsur demikian melambak untuk ditatap, ditelan dan jadikan pedoman..dan kebanyakannya sangat comel dan sangat interaktif.


Tinggal sekarang malas klik dan tengok je, semuanya di hujung jari.
Zaman IT katakan.


Nah, sesuai untuk semua yang memang ada FACEBOOK dan facebook adalah buku wajib baca tiap hari, status kalau boleh nak update setiap jam, status pulak yang di" LIKE" memanjang..


Untuk KITA SEMUA..muhasabah bersama


diambil dari page Ustaz Shamsuri Hj.Ahmad
lukisan oleh Rusydee Artz
(klil untuk zoom in)
Facebook pun adalah medan menguji IKHLAS.Sebab merupakan satu cara perhubungan antara manusia dan manusia(habluminannas) dan kena ingat penilainya adalah antara kita dengan ALLAH(habluminaALLAH)


Sebelum melakukan apa-apa,tajdid(perbaharui) niat balik..Moga kita dapat jadi seperti lelaki baju hijau di atas.Kembalikan segala amal walau hanya nak buat perkara yang nampak kecil hanya kepada ALLAH.


Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your destiny.
-Wardina Soffiyah-


ps: sila like page Doodle Dakwah dan Rusydee Artz, mereka sangat kreatif menyampaikan sesuatu dengan gambar,anda takkan rugi malah untung :)


pss: face OUR BOOK --Al-QURAN, before face the FACEBOOK :)
Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #2 - Tepuk Dada, Tanya Iman


Katakan pada diri sendiri. 
"Aku mahu menambahkan , meningkatkan mutu keimananku , ketaqwaanku, hanya kerana Allah swt..:)"
Thursday, June 16, 2011

Oh Bulan Gerhana

Bismillah wa alhamdulillah :)

Luar rumah masih gelap.Tanah tak nampak lagi warnanya.Matahari masih segan
nak naik.Mungkin efek dari gerhana bulan yang bermula1.25 pagi hingga 7.01 pagi

Tiada lain dapat dikatakan tentang gerhana bulan melainkan keagungan ALLAH yang
ditunjukkan melalui bulan yang akan masuk penumbra bumi dan ketika ini bulan berada
di dalam kawasan bayang penumbra bumi dan mula menyentuh bayang umbra.

Daripada Abi Barkah katanya :
"Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari
 tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya
seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari
tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat
perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada
 padangan“. (HR. Bukhari)

keadaan bulan waktu 1.58am:-


subhanallah, cantik kan :)

Jom hkita buat solat sunat gerhana.Mudah sahaja, tak susah, sekejap sahaja, tak lama.

Kaifiat solat sunat gerhana :

1-Niat ~ Usolli sunnata khusuufil qomar rak'ataini lillaahi ta'aalaa.
2-Al-Fatihah, surah, ruku', I'tidal
3-Letak tangan di perut, Al-Fatihah, surah, ruku', i'tidal
4-Sujud, duduk antara dua sujud.
5-Naik rakaat kedua,buat sepertimana no (2) dan (3).
Lepas salam doa.



Untuk gambar-gambar, klik sini ya :)
Thursday, November 11, 2010

Dari Hati


ya Allah, Kau tahu kami lemah
sungguh kami mohon kepadaMu
datangkan solusi bagi ujian ini
kami tak berdaya tanpa KAMU

tenang,ku seru datanglah
mengisi ruang kosong hati,
dada yang berkecamuk,
minda yang teruk


 

Blog Template by BloggerCandy.com