Luar rumah masih gelap.Tanah tak nampak lagi warnanya.Matahari masih segan
nak naik.Mungkin efek dari gerhana bulan yang bermula1.25 pagi hingga 7.01 pagi
Tiada lain dapat dikatakan tentang gerhana bulan melainkan keagungan ALLAH yang
ditunjukkan melalui bulan yang akan masuk penumbra bumi dan ketika ini bulan berada
di dalam kawasan bayang penumbra bumi dan mula menyentuh bayang umbra.
Daripada Abi Barkah katanya :
"Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari
tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya
seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari
tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat
perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada
padangan“. (HR. Bukhari)
keadaan bulan waktu 1.58am:-
subhanallah, cantik kan :)
Jom hkita buat solat sunat gerhana.Mudah sahaja, tak susah, sekejap sahaja, tak lama.
Kaifiat solat sunat gerhana :
1-Niat ~ Usolli sunnata khusuufil qomar rak'ataini lillaahi ta'aalaa.
2-Al-Fatihah, surah, ruku', I'tidal
3-Letak tangan di perut, Al-Fatihah, surah, ruku', i'tidal
4-Sujud, duduk antara dua sujud.
5-Naik rakaat kedua,buat sepertimana no (2) dan (3).
Lepas salam doa.
Untuk gambar-gambar, klik sini ya :) Tweet
