Followers

Showing posts with label :ukhuwwah:. Show all posts
Showing posts with label :ukhuwwah:. Show all posts
Monday, May 9, 2011

Baki Seminggu Bersama

Kehidupan ibarat stesen-stesen transit yang panjang, bila sudah sampai destinasi,
kaki harus melangkah walau sayang nak tinggal kerabat yang sama-sama pada mulanya
tapi ada yang lain destinasi atau ada tuntutan lain yang belum tertunai


Setelah 2 tahun singgah di stesen matrik UIA PJ, diri dan sahabat-sahabat lain
akan mula mencari arah masing-masing.UIA juga mahu mengambil penumpang lain
Ada bakal ke Gombak,Kuantan dan ada yang meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Tak kurang seminggu dari sekarang bagi yang tidak ambil subjek UNGS untuk kita sama
melakar memori, mencipta kenangan.Semakin banyak,semakin sukar nak lepas pergi.

Yang ke Gombak, entah bila dapat duduk makan, bergurau bersama-sama lagi.
Walau Gombak-->Kuantan 3 jam lebih, ruang ingatan untuk sahabat harapnya masih ada.
Ada yang arah sama ke Kuantan, moga kita walau masing-masing sibuk nanti,
masih ada waktu untuk kita bersama-sama turun berjuang bila ada on calls.

Sedih, tapi setiap pertemuan itu ada perpisahan kan.

Tapi ingat,antara golongan yang dinaungi ALLAH di hari tiada naungan selain
naunganNYA iaitu hari akhirat ialah "Dua orang yang yang saling mencintai, mereka
bertemu dan berpisah kerana ALLAH". Moga kita semua tergolong dalam golongan itu.
Bertemu, bersama berjuang dan berpisah segalanya disandarkan kepada ALLAH,ameen.

Semoga kita dalam hangat berukhuwah, dalam pada masa sama sedaya mungkin kita
bina ia sampai tahap ukhuwah tertinggi.Senang untuk cakap "saya lebihkan kamu"
tapi sangat susah nak buat bila bila berdepan dengan situasi sebenar.

Peringkat Ukhuwah :

Berlapang Dada(Salamatussadr)> Sama Rata> Melebihkan Sahabat(Ithar)


Di mana tahap ukhuwah kita sekarang ya? Kalau dapat membumikan tahap 1 itu pun
dah kira sangat baik.Tiada yang teremosi lebih, marah tak tentu hala,terasa hati pada
benda yang remeh,.Lapang sahaja sepanjang masa.

Moga nanti bila di syurga(allahumma ameen) kita dapat berpimpin tangan bersama,
sebagai  hadiah ALLAH kepada ukhuwwah kita semua, mesti bahagia kan =)

Selamat berjuang sahabat-sahabat, anda antara SAHABAT terbaik yang saya punya..!


p/s: Kawan yang sebenar itu ialah dia yang boleh terima kita masa wangi atau busuk,
makan maggi ramai-ramai walau semangkuk tetap rasa kenyang :)
Friday, December 3, 2010

Nota Hati



Biarlah air mata  itu mengalir agar hilang sedikit sakit di dada.
Aku bukan sekuat luaran yang kalian lihat kerana aku juga manusia,
Aku perempuan yang sangat lemah secara fitrahnya.

Sahabat, jika kau lihat mendung di wajahku, peganglah tanganku.
Agar semangatmu yang masih membara dapat menghangatkan aku.

Aku akan cuba tersenyum agar segalanya tidak merisaukan.
Aku akan cuba terus ceria, kerna aku suka kalian ceria bersamaku.
Aku akan cuba bertahan dengan doa agar Allah memperbesarkan iman.
Aku akan cuba bertenang kerana agar segalanya kembali tenang.

Sudikah kiranya kalian turut membawa aku dalam larian itu,
agar aku yang sedang bertatih bisa juga rasa berlari,
walau mungkin larianku bukan sepantas kalian,ku ingin merasa.

Jika kau masih melihat air mataku mengalir deras, fahamilah
aku sekadar ingin merembeskan segala asid2 tekanan,
agar ia tidak terus merebak dalam diri, di saat genting ini.

Betapa aku bertuah punya kalian tika aku susah mahupun senang.
Terima kasih Tuhan atas ukhuwah yang sukar diertikan.

Aku rindu sahabat2 di taman tarbiyyah itu,bawalah aku ke sana :(

Friday, November 5, 2010

Bisikan buat Sahabat


Didikan ujian Allah dalam bersahabat
kadang memeritkan, sakit terasa
jauh menusuk ke kalbu yang halus
lara jiwa merintih hiba

memahami, cuba untuk memahami 
agar apa yang silap di pandangan
juga segala yang salah di tanggapan
berubah, kembali jernih
sejernih persahabatan kita
suatu ketika dahulu
di daerah itu

saat di mana kita berjalan seiring,
genggaman erat, menjalin kasih,
mengejar cita ke menara gading,
aku jatuh,kau hulurkan tangan bangunkan kembali
aku sedih,kau penghibur luka di hati
aku sakit, kau jualah jadi penawar
aku gembira, kau turut ceria bersama
manis, segar sungguh ukhuwah itu

kini, jauh itu makin di rasa
walau cuba meleraikan kusut yang terpalit
dalam meniti erti persahabatan

di saat itu, senyum yang dilempar
hanya sekadar menutup duka di hati
cuba berdalih menghilang pedih
di sebalik sebuah senyuman
supaya jernih itu dapat diraih

sedang minda semakin letih.
mencari solusi,memikir langkah
namun masih buntu, tetap seperti itu

moga Allah mempermudah
menyambung kembali ikatan ukhuwah fillah


karya asli:sisIzzati
5 November 2010
CFS IIUM


Saturday, October 30, 2010

Ukhuwwah Tak Settle

Pagi yang ceria dan redup selepas hujan rahmat membasahi bumi.


Mesej masuk:


'Jom ke taman,kita jogging sesama adik-beradik,tengok ciptaan ALLAH,lepas tu
kita pegi makan kedai mamak'


Mesej tidak berbalas, terbiar sahaja dalam inbox.


Kenapa saya begini?Saya semakin tak faham dengan diri sendiri.Sering mesej dari
sahabat sekampus dan sahabat sekolah diabaikan sehaja jika tiada keperluan sangat.
Dan sesekali panggilan telefon juga sering dielakkan.Sehingga ada sahabat terasa hati.
Ya Allah, lembutkan hati dan hilangkan ego dalam diri ini.


Pagi ini juga begitu.Walau sedar tidak elok dalam berukhuwwah dengan membiarkan
sahabat kita ternanti-nanti saya masih melakukannya.Walhal saya tidak punya 
aktivitiyang memerlukan saya hadir pada pagi ini.Alasan sibuk di sini tidak dapat diterima.


Walhal mereka begitu mengharapkan saya turut serta turun membugar ukhuwwah!


Teringat lagi pesan seorang kakak:


"..walau sesibuk mana pun,tolonglah respon mesej.Kalau rasa malas sangat,tulis
Ya atau Tidak.Sebab respon kita amat penting untuk orang lain nak buat tindakan
seterusnya,bukan kita sorang je sibuk.."


Sehinggalah tadi semasa saya membaca status di facebook seorang sahabat yang 
pergi ke taman.Dia mengatakan ada yang secara senyap-senyap telah membayar makanan mereka.


Di mana saya ketika mereka runsing memikirkan perkara itu.Mungkin satu 
keuntungan bagi sesetengah orang tapi memikirkan mereka muslimat, perkara 
ini agak musykil dan membimbangkan.


Ya Allah, lindungilah sahabat seperjuanganku dari sebarang kemudharatan.


Benarlah, apa yang sering kita ucapkan akan diuji.Sama ada kita akan buat atau 
hanya sekadar ucapan manis di bibir.Sering mulut ini berkata ukhuwwah penting 
dalam bergerak-kerja mahupun dalam hidup bermasyarakat bila diminta 
pendapat namun bila sampai kepada diri ini sendiri,ia kurang dipraktikkan.






Again.I did a big mistake in refreshing da beautiful of Ukhuwwah Islamiyyah. :(


Sahabat, jika aku bengkok,mohon sangat luruskan aku.Jika aku jauh, ingatkan aku.

 

Blog Template by BloggerCandy.com