Followers

Showing posts with label :kata dr hati:. Show all posts
Showing posts with label :kata dr hati:. Show all posts
Thursday, November 11, 2010

Dari Hati


ya Allah, Kau tahu kami lemah
sungguh kami mohon kepadaMu
datangkan solusi bagi ujian ini
kami tak berdaya tanpa KAMU

tenang,ku seru datanglah
mengisi ruang kosong hati,
dada yang berkecamuk,
minda yang teruk


Friday, November 5, 2010

Bisikan buat Sahabat


Didikan ujian Allah dalam bersahabat
kadang memeritkan, sakit terasa
jauh menusuk ke kalbu yang halus
lara jiwa merintih hiba

memahami, cuba untuk memahami 
agar apa yang silap di pandangan
juga segala yang salah di tanggapan
berubah, kembali jernih
sejernih persahabatan kita
suatu ketika dahulu
di daerah itu

saat di mana kita berjalan seiring,
genggaman erat, menjalin kasih,
mengejar cita ke menara gading,
aku jatuh,kau hulurkan tangan bangunkan kembali
aku sedih,kau penghibur luka di hati
aku sakit, kau jualah jadi penawar
aku gembira, kau turut ceria bersama
manis, segar sungguh ukhuwah itu

kini, jauh itu makin di rasa
walau cuba meleraikan kusut yang terpalit
dalam meniti erti persahabatan

di saat itu, senyum yang dilempar
hanya sekadar menutup duka di hati
cuba berdalih menghilang pedih
di sebalik sebuah senyuman
supaya jernih itu dapat diraih

sedang minda semakin letih.
mencari solusi,memikir langkah
namun masih buntu, tetap seperti itu

moga Allah mempermudah
menyambung kembali ikatan ukhuwah fillah


karya asli:sisIzzati
5 November 2010
CFS IIUM


Thursday, September 9, 2010

SYAWAL 1431

salam alyk

engkau akn tinggalkan kami. permegiaanmu akn ditangisi. kedatngn mu kembali akn kami nanti-nanti. ya allah, panjangkan umur kami, semoga kami dapt bertemu dgnnya lagi, dan semoga syawal ini diberkati. syonara ya RAMADAN! ◄:((► ahlan wa shalan ya SYAWAL! ◄:))►

AMALAN MALAM AIDAIN(2 hari raya):

1-solat tahajjud
2-solat tasbih (4 rakaat,2 salam)
3-solat hajat
4-laa ilaaha illallah 1000x,
 kemudian bacaAllahumma thabbitnaa bi qaulith thaabit 3x
5-istighfar 1000x
6-selawat 1000x
7-Ya Hayyu Yaa Qayyuum Laa ilaaha illaa anta 40x
8-Ya hayyu ya Qayyuum,Ahyil Quluuba Tahyaa,wa ashlih lana a'maala fid diini 
wad dunyaa 18x

oleh:
al-faqir Ust Muhadir Mohd Joll
CFS IIUM

Terasa cepat sungguh berlalu ramadhan saban tahun,kalau dahulu, nak tunggu berbuka sungguh memeritkan,sekarang pejam celik.Ramadhan sah meninggalkan kita untuk tahun ini yakni 1431H.Tahun hadapan bagaimanakah ya?moga ALLAh rezekikan kita betemu lagi ya Ramadhan,ameen

Di kesempatan ini,saya Nur Izzati bt Johari ic no.91****-**-***2, merendahkan diri 
memohon maaf atas segala khilaf,kekasaran, tersalah bahasa,kurang laku,janji yg tak tertunai dan semua yang TER.Sungguh, diri ini tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Mohon teguran dari kalian semua.

salam aidil fitri,minal aidil wal faizin,kullu 'am antum bikhair
taqabbalallah, minna waminkum taqabbal ya Kareem,ameen
mohon maaf zahir & batin :)




ikhlas dr:
-nur izzati johari aka iDeen dan keluarga-
Wednesday, July 14, 2010

kena tambah jam lagi



'mana jam sy, sy lebih yakin confident kalau pakai jam'

kelakar mmg kelakar, tp itulah diri saya,jam di tangan pasti ada, tampil ke hadapan 
itu suku kira.yang penting, keberadaan jam di tangan menambah yakin diri.seolah-
olah jam itulah keyakinan secara mudahnya.setiap orang pasti ada cara tersendiri.
saya yakin dan pasti.

"kenapa tak nak cakap kat depan, tu jam dah ada di tangan,msti dah ada confidentkan"
tanya seseorang kepadaku.tersengih shj yg ku mampu,sebab diri ini masih buntu 
dan tak tahu apa satu.

"seganlah, depa pnya banyak ilmu, ayat fulamak xleh nak lawan,apa lah saya ada,
ish xnak lah"

"sampai bila kalau asyik pikir macam tu.masing2 ada perkara yg disampaikan,
awak bagus dalam aspek tu, bagitahulah,saling share ea,boleh je"

"kalau silap.issh xleh2 segan wa xyakin lah" ku ulang ayat sama.

"xpe kalau salah pun.kalau salah yang taw akan betulkan.Awak xkan taw awak salah 
kalau xpernah buat salah.sebab orang xtaw apa kesalahan tu selagi x cakap kan."


Dia msih tetap cuba dan tak putus asa mengubah mindsetku.

merenung panjang saya.apa tindakan seterusnya??

inilah krisis jiwa yang melanda kita kebanyakannya.termasuk yang menulis yg amat berkrisis

"MAAF, TAK BOLEH.SAYA TAK YAKIN.TAKUTLAH"

dalam kelas,guru mengajar acid-base conjugate,myofibrils,graph bla2x.dalam meeting 
orang minta pendapat, kepala pulak tertunduk ke bawah,,masa orang buka sesi 
soal-jawab,sayalah paling kuat jawab xde soalan.

padahal fahamkah kita?tiada pendapatkah untuk difikir bersama?jelaskah pemahaman yg diberi?

tepuk dada, tanyalah ilmu di dada.

sesungguhnya kekuatan perlu dibina.sama juga dengan keyakinan diri.kerana setiap 
insan dilahirkan dengan potensi masing-masing.ada yang jenis berfikir, justeru
keluarkan pendapat yang difikir.ada yang jenis suka menganalisa, analisalah 
dan kemukakan hasil survey.Jangan kita menjadi seorang pembunuh, yakni 
pembunuh potensi diri.
~jadilah diri sendiri,tak berupaya menjadi
singa jika diri kucing tp contohilah keberanian
dan sisi positifnya~
setiap kita punya potensi dan kelebihan.cari dan galilah ia dalam diri masing2 kerana 
jika tahu keupayaan diri kita yang sebenar,kita akan sedar sebenarnya betapa ALLAH mencipta kita untuk menjadi makhluk terbaik.penuh dgn gilapan potensi ke arah mengislahkan diri dan orang sekeliling.

'sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya'[At-Tin:4]

p/s:yakinkah kita??moga ALLAH pinjamkan keyakinan itu untuk melakukan yang terbaik
dalam kehidupan.Jom,kita tambah jam ye.
Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru


sesungguhnya
mereka byk berjasa dalam hidup kita
dr mereka kita kenal benar A.B.C..1.2.3...alif.ba'.ta'
kadang2 juga selalu, kita nakal.kita tidur dalam kelas, xsiapkan homeworks/tutor
failed subjek,rendah quizzes/exams
tapi mereka xpernah kata
"..baiklah,saya lepaskn kalian belajar sendirilah
saya sudah penat, kecewa dgn prestasi dan sikap kalian.."
sebaliknya tiupan motivasi terus dialirkan kpd kita
agar terus mencipta langkah, mengingatkan bahawa
"gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya"
"failure is a part of the journey of success" 
"awak sebenarnya boleh mgkin teknik belajar awak silap
its ok,awak masih ada masa"

terima kasih guru2.atas segala curahan ilmu dr bangku tadika hingga sekarang
terima kasih atas kesabaran dan keikhlasan mengajar saya

kepada semua murobbi saya,
syukran kathir atas segala tunjuk ajar,nasihat dan bimbingan
buat saya celik erti sebuah perjuangan ini
dari tidak tahu kepada sedar
dari merangkak,saya mula bertatih, pohon doa berterusan agar saya dapat berlari
selaju pena berlari pun sudah amat baik.

selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW
Bagindalah pendidik terbaik sepanjang zaman
yg mendapat didikan langsung dr KEKASIH dan malaikat
subhanaALLAH..
diteruskan oleh para sahabat, tabi' tabiin sehingga kita masih dapat
meminjam seketika mutiara2 ilmu kini..alhamdulillah


this post is dedicated specially to all my teachers at SK Islah, SMKA Naim Lilbanat and also
all lecturers at CFS IIUM Petaling Jaya
halalkan segala ilmu, doakan saya dan rakan2 supaya dpt jadi ssorg yg bguna utk bangsa dan Islam 
terima kasih cikgu(rindu ingin mengucapkannya dgn kuat spti dulu)
 

Blog Template by BloggerCandy.com