Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur untuk hidup di bulan baek ini.
Semoga disampaikan ke Ramadhan yang berbaki 2 bulan.
Tengok kak husna update pasal road to Final Exam, semakin cuak dub dap dup dap
Tapi masih sempat ambik masa rehat nak menulis jugak,sementara tunggu asar
(err,kali ke berapa rehat) dari bercinta dengan nota/slides segala bagai.Adoyai
Tahun 1 as a degree student hampir ke penghujung (bajet macam dah nak grad).
Banyak berguru sepanjang setahun dari pengalaman dan teman seperjungan.
Tentang erti kehidupan seorang mahasiswa yang bukan sekadar belajar.
Untuk adapt and adopt duduk di Universiti yang terkenal ramai kawen awal.Hehe
Dari pengalaman setahun, saya belajar pengurusan organisasi dan paling penting
pengurusan stress. Kalau dahulu,bila saya stress, ramai yang menjauh dek kerana
muka mencerut 1000, sekarang lebih baek,lebih terkawal sebab sedar bukan saya
hidup dunia sorang2, dan orang pun tak suka tengok muka berkerut itu.wakaka.
Sekarang, bila stress, ada ketika muka masam berkerut tapi cepat coolkan balik
sama ada reverse kerutan dengan ukir sebuah senyuman sambil rasionalkan diri
bahawa stress anda tak kemana atau cari aiskrim makan, dan lebih gembira kawan
yang dah tak larat nak tengok saya stress belanja aiskrim.hoyyeh sungguh!
It's really help in reducing my stress :)
Semester 2 juga, hati kerap dibolak-balik untuk tukar kos ke Diet,satu rahsia revealed!
Sampai satu tahap, nak pergi ambil borang di department gara-gara ketiadaan interest
dalam bidang yang sangat memerlukan minat untuk berchenta dengan segala perkakas
dalam makmal itu.Sampai satu tahap, bincang dengan umi diri ini tak mampu.
But, till now,masih di sini, di bidang Biomedical Sciences. Masih dalam proses
memujuk diri dan meletak cinta dan minat semampuku sebab ingat lagi satu
kata-kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah;
"Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.". Pada ketika sebab itu wujud,
wujudlah cinta, dan pada ketika sebab itu hilang, hilanglah cinta
Dan yang menguatkan dan menetapkan untuk terus thabat dalam Biomed,
mungkin doa umi dan abah yang nak sangat anaknya yang nakal ini bekerja di
hospital.Walaupun anaknya ini lebih suka jadi guru sains sekolah rendah.
Ingat lagi pesan seorang pensyarah kami."
"Starting from now, u must have reseacrh-minded.blablabla".Bolehkah aku..?
Banyak spekulasi bahawa yang ambil kos Biomedic ini susah dapat kerja bila grad.
Tapi saya yakin rezeki itu ALLAH aturkan, so tak payah risau sangatlah.
Yang penting perform well, soal kerjaya ada tak, biar Allah aturkan dan Allah pun
tak pernah mensia-siakan usaha hambaNYA kan :) Sekarang, belajarlah sebaiknya.
Dan bersyukurlah sebab banyak sangat nikmat Allah berikan berbanding musibah
yang Allah berikan.Syukur menambah rezeki :))
Lusa, bermula pertarungan Final Exam di dewan peperiksaan.Mohon doa dari semua
untuk saya dan kawan2 yang laen supaya dipermudahkan segala urusan,diberi ilham
dan najah pada keputusannya nanti ye,mekasih ^__^
Bakal menjadi pelajar Tahun 2, rasa semakin
dengan tarbiah dan dakwah. Indeed, UIA banyak mendidik saya,alhamdulillah.
Tweet
1 pengomen sporting!:
Indeed, this Kuantan campus teach me a lot!
Post a Comment