Followers

Friday, May 11, 2012

Pinjam Kekuatan dari Jawapan Burung


Di hujung doa, memohon si hamba pada Pemilik segala hati,

Biarlah segala yang dilakukan baik untuk agama dan menambah saham negeri akhirat.

Ya Allah, pilihlah aku untuk ikhlas dan istiqamah..!

Di saat aku mula melemah,bangunkan aku agar tidak terus rebah
Di saat aku mula bosan,  ingatkan aku kembali pada janji-janji pasti Tuhan
Di saat aku aktif bergerak, jauhkan aku dari rasa syok sendiri dan riak
Di saat aku pening membuat pertimbangan, berikanku hidayah, tunjukkan jalan
Di saat aku rasa susah, senangkan aku dengan kekuatan untuk bertahan
Di saat aku dianugerah senang, bimbing aku biar tak hilang pedoman.
Di saat aku rasa letih, mohon diberi kesabaran pengubat letih.
Di saat rasa sakit, pujuklah hati bahawa perjuangan Rasulullah lagi perit..!

Tahu, jika dihitung sumbangan yang diberi untuk Islam tak lebih ibarat sebutir paku yang
menyokong pembinaan sebuah rumah.Namun sirah Nabi Ibrahim tentang usaha seekor
burung yang berulang alik menyiram air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim
sehingga menimbulkan kehairan kepada makhluk Allah yang lain dengan jawapan yang
sangat menggetarkan jiwa.
“Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Jawapan yang cukup untuk menguatkan diri untuk terus menyumbang semampunya
untuk agama Islam tercinta.Untuk menjadi seorang penyokong dan pendokong perjuangan
dalam membina dan mengembalikan daulah Islamiyah.Kerana ada nilai untuk tiap usaha.

"Ya Allah, jika engkau mentakdirkan aku mati,matikan aku sebagai para syuhada' dalam
perjuangan agamaMu, dan sebagai hawariyyun setia dalam menegakkan kalimahMu.ameen"


0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com