Followers

Monday, May 28, 2012

Oh Himpunan Belia 2012


Scroll home HB hari ini, terkejut monkey melihat gambar terkinja-kinja artis K-pop 
sempena Himpunan Belia 2012 di Putrajaya.Scroll lagi,terpempam tengok keratan 
tajuk yang  yang mana katanya konsert bawa mesej pengisian rohani buat remaja.
Astagfirullah.Malaysia oh Malaysia.[tak mau tunjuk sini,bimbang dosa bertambah]


Pengisian rohani bagaimana di pandangan mereka bila penuh dengan maksiat?
Sampai saya jadi speechless membaca tajuk-tajuk keratan akhbar dan quoted words 
dari pimpinan negara sempena Himpunan Belia 2012.Bagaimanalah nasib Malaysia 
kalau program sebegini terus diberi laluan sampai PM kata antara karnival terbesar 
dunia dan ceramah agama UAI yang sepatutnya dibatalkan semata-mata bagi laluan!




Inilah akhir zaman kan.Konsert macam ni dihalalkan.Tak pulak mereka yang 

datang konsert ni kena water cannon kan.Ops lupa, konsert ni dapat permit,
maklumlah, konsert untu santapan rohani beliabelia malaysia kan...

hmmm... serius sedih dengan fenomena ini yang semakin menular di malaysia. 
Ramai yang marahkan Irshad Manji kerana bawa unsur negatif, tapi program-
program  dekat negara kita sendiri ni banyak yang nak meruntuhkan akhlak remaja 
Islam, eh lupa Melayu,eheh! [Quoted]

Bengang dan tak mampu untuk terus berbaik sangka.Grrr.Astagfirullah.Moga Allah 
beri hidayah kepada mereka dan mengekalkan nikmat hidayah yang kita ada sekarang,
yang mana benci melihat kemungkaran untuk terus celik dalam menilai antara maksiat 
dan taat itu tidak pernah boleh dicampur.Bimbang bala Allah turun dek murkaNYA DIA.


kalu baca kisah sultan alfateh, nak menangis sokmo.nak banding dgn umur dia waktu dia jadi pemerintah. ketua tentera. Apa yg ada dlm hati dia, Allah. Rujukan hanya quran dan hadis. Jadi Sultan ketika berumur 19tahun. bandingkan dgn anak muda sekarang. Allahurabbi. Mujur Allah tak timpakan lagi bala besar di Malaysia ini. Bermakna Allah memberi waktu lagi anak muda utk BERTAUBAT  [jkkk Fan Club]


Kita mahu bina pemuda belia acuan Al-Quran bukan belia acuan hiburan keterlaluan!
Dan sedarlah bahawa pengisian rohani sangat BERBEZA dari pemesongan rohani.

3 pengomen sporting!:

laksamana angkasa said...
This comment has been removed by the author.
laksamana angkasa said...
This comment has been removed by the author.
fruitfrogfuru said...

btol2..susah benor nk cri leader mcm sultan al-Fateh pd masa kini...

 

Blog Template by BloggerCandy.com