Followers

Friday, April 13, 2012

JIhad Angkat Selimut Waktu Subuh


[credit

Subuh,azan berbunyi dari masjid putih.

Jihad untuk mengangkat selimut bermula.Ahh,persetankan setan.
Berkali-kali badan berpusing berubah posisi,alarm di'snooze' 10 minit.

                                         'you snooze,you loose !'

terngiang-ngiang, orang kafir tak takut orang Islam selagimana solat subuh 
berjemaah tak seramai solat jumaat.Selimut orang yang dengar azan subuh
tapi tak bangun umpama diselimutkan oleh kulit khinzir.Oh jenuh nak cari air 
nak samak oi.Selamat tinggal mimpi indah.


Alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amatana wa ilaihinusyhur


Sebut nama ALLAH,lepas satu ikatan.


Jalan ke bilik air terhoyang-hayang, mata dipejam-celik, nak loading dunia.
Kulit terkena air,sejuk mak oi.Gosok gigi,niatkan bersugi ikut sunnah.


Bismillah,ambil wudhuk sesempurna dengan mengamalkan penjimatan air.


Dan daripada Abdullah bin Amru bin al-’As sesungguhnya Rasulullah lalu berhampiran Sa’ad ketika beliau sedang berwudu’, lalu baginda bertanya, “Apakah (mengapakah berlaku) pembaziran ini wahai Sa’ad?” Sa’ad menjawab, “adakah di dalam wudu’ ada pembaziran?” Nabi bersabda, “Ya, walaupun berwudu’ di dalam sungai yang mengalir.”


Ikatan kedua terlerai.


Ambil pakaian solat, cek tahi mata ada tak tertinggal? Mata sembap tak kesah laa.
Loading done! Gerak ke musalla untuk subuh jemaah.Assolatul jamaah.
Kalau sempat, buat sunat rawatib qabliah subuh.


Dari Sayyiditina Aisyah ra,dari Nabi SAW bersabda,
"Dua rakaat sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya"
[HR Muslim]
Ikatan ketiga terlerai.


Hahaha, ok setan,Aku Menang.Allahuakbar!Selamat pagi semangat ^__^


Lepas solat, baca Al-Quran @ Al-Mathurat, oh indah bila mulakan hari dengan
baca atau sebuy ayat-ayat cinta dari ALLAH dan berselawat pada Baginda SAW.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya,”Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Syaitan itu memberikan ikatan pd hujung kepala sebanyak 3 ikatan,jikalau manusia itu tidur.Ia membuat ketentuan pd setiap ikatan itu dgn kata2 yg berbunyi,”engkau memperoleh mlm yg panjang,maka tidurlah terus!” Jikalau manusia itu bangun lalu berzikir pd Allah maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya,selanjutnya jikalau dia terus berwudhuk,lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya jikalau dia bersolat,maka terurailah ikatan seluruhnya sehingga di awal pagi dia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira.Tetapi jikalau tidak sebagaimana disebutkan di atas,maka dia di awal pg menjadi org yg berhati buruk serta pemalas”. (Muttafaqun ‘alaih)

“Ya Allah,berkatilah ummatku di saat mereka bangun pagi”. (Abu Daud)

3 pengomen sporting!:

athirahariffin said...

indahnya kalau jemaah subuh itu ramai kan :)

jomjom kita jadi jemaah tetap setiap kali subuh!

Izzati Nur said...

tu laa, aku loni sdg mujahadah jgk bangun pagi

kalu mu bgn awal, ketuk pintu aku bia aku sedar deh :)

Pemimpi Tegar said...

Wah..ini memang kena buat sungguh-sungguh ni. *kecewa dgn diri*

 

Blog Template by BloggerCandy.com