Allah!
Pernah tak anda rasa letih sampai nak tidur dan menyandar sepanjang hari?
Atau rasa nak menitik air mata sebab masih banyak kerja menimbun menanti giliran
untuk dibuat sehingga anda terlena di balik buku tebal =.=
Tak pernah.?tak payah tipulah! Anda pakai ubat kebal dos tinggi ke?Nak jugaklah.
Bergelar mahasiwa ditambah sebagai fulltime Dai'e memang tak tipu, sangat
menguji badan,minda,otak, dan jiwa.Terkejar-kejar untuk pastikan akademik
nombor 1 dan kerja tarbiah dan dakwah bukan terjatuh nombor 2,wohaa!
Dan tahniah kepada anda, kerana dengan merasa letih anda adalah seorang yang
bekerja dan bukan duduk goyang kaki sahaja :)Anda telah berkerut bermusyawarah,
terkejar-kejar ke katibah/daurah dan juga riang bersila untuk menyulam usrah.
Chill,chill.
Biasanya kan, bila kita nampak nilai atau hasil yang best di hujung jalan, kita mesti
teruja nak buat kerja sebab kita tahu kita akan dapat sesuatu darinya.
Kerana bakal kesan-kesan itulah yang bisa menguatkan untuk terus melangkah!
Ingin berkongsi satu ayat yang bisa menggerakkan diri untuk bangkit dari letih yang
menyelubungi jiwa dan badan.(terutama diri ini)
"Sungguh, Kamilah yang menghidupkan orang-orang yang mati,dan Kamilah
yang mencatat apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka (tinggalkan).
Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab yang jelas(Luh Mahfuz)
[Surah Yasin:12]
adek2 (baca anak usrah).Suatu hari anda berkongsi ayat dari Al-Quran ;
"Wahai orang-orang yang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu oerdangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan j=berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu.Itulah yang lebih baek jika kamu mengetahui"[Surah As-Saff:10-11]
ajaib tadi, terus melompat mengilas kain, melipat lengan baju dan berpeluh satu badan untuk menjalani perdagangan yang menguntungkan yakni kerja dakwah dan tarbiah,
ketahuilah anda juga mendapat kesan kerana anda yang membangkitkan
jiwa sedar mereka.Setiap yang mereka lakukan dek kerana termotivasi dengan
ayat yang anda kongsi, anda turu dapat tempias kesan kebaikannya.
Dek kerana manfaat yang anda tinggalkan,jangan terkejut jika anda adalah antara
jutawan di akhirat tanpa disangka-sangka.Kalau nak kira amalan ibadah dulu yang
cikai je di dunia.Namun kerana kesan membina generasi pelapis perjuangan, anda
tak rugi malah untung walau penat itu memang terasa.
Tapi itulah,kalaulah pahala dari kebaikan itu nampak macam duet, pasti ramai
yang berlomba- lomba untuk sama-sama seiring sejalan di jalan tarbiah ini.
Maka ayuh dai'e, berlumba-lumba membuat kebaikan dan sebarkan manfaat..!
Tweet
0 pengomen sporting!:
Post a Comment