Malam keputusan spm dua hari lepas diumumkan, saya mula men'forward' mesej kepada adik bulatan gembira supaya dahulukan dengan alhamdulillah walau apa
pun keputusannya dan tunggu mesej kakak untuk bertanya good news esok:)
habis paper anatomy(yang memang pergh gorengan jawapannya), saya buat perkara yang dijanjikan.Menagih good news dari mereka si adek-adek yang
banyak menceriakan hari-hari di sekolah.
Banyak respon,ada pendek ada yang panjang,ada yang seperti cuba berlagak
kuat.Mendapat tak seperti yang diharap mungkin walau pada mulanya kesyukuran mendahului di mulut,alhamdulillah :)
"kakak,saya tak dapat 11a pun,dapat dapat _A je,xpe, tak kesah, redha je"
"alhamdulillah ala kulli hal dik, ok sangat dah tu :) congrats"
Itu dialog awal antara saya dan adik,ingat terhenti setakat itu.Tapi tak.Tak lama selepas itu adik menghantar mesej yang membuatkan saya terfikir dan teringat balik situasi yang berlaku pada saya ketika menerima keputusan spm 2008.
********************
"kak,kenapa rasa sakit sangat?rasa berbeku di dada..ni maksudnya saya tak redha ke?saya tak nak jadi hamba yang tak bersyukur,tak nak jadi hamba yang dibenci Tuhan,,tapi..tak boleh nak hilang rasa sakit ini.walau kalau ikut selalu dah macam ini,tak dapat apa yang dihajati,.
Allahu Allah,aku pulak yang terkedu nak jawab apa.ok coolio wahai cik kakak..
Ya Allah, bagi ilham untuk membangunkan jiwa yang sedang sedih ini.
"sebab adik belum benar-benar redha dengan keputusan yang dapat,
dulu kak pun aim hi-target, yelaah study tahap gaban harus nak lebih tapi tak boleh yang macam kak targetkan..ambik masa duduk muhasabah..
...layak ke Allah nak bagi strek A dengan usaha aku selama ini?(seriusly)
...dengan tahap tawakal aku setelah usaha?ke sekadar menyebut di mulut?
...takpe dik, rasa membeku tu biasa sebab kita manusia, yang memang ada perasaan tu bila tak dapat sesuatu yang kita impikan tapi bisikkkan pada diri Allah Maha Adil, memberi sesuatu yang terbaek untuk kita..
...mana tahu,, kalau kita dapat tinggi, kita makin lupa diri,rasa akulah hebat.
Lalu Allah jaga kita dengan bagi keputusan sekarang sebab tak nak kita jauh dari Dia,.
...dan kakak bahagia tengok adik sedayanya redha dan cari kekuatan dalam menerima, tak ramai mampu membuatnya.
...dan ingatlah dik, SPM ini ibarat tapisan pertama dalam mengharungi ujian-ujian akademik di depan hari, perjalanan masih jauh.Banyak lagi lepas ini.
...dan seriusly(banyak plak dan) AKADEMIK ADALAH SALAH SATU CARA ALLAH SWT NAK UJI TAHAP PERGANTUNGAN KITA padaNYA.
...banyak benda untuk kita syukuri dari berduka sedikit dengan SPM,ye tak?
...MANIFESTASIKAN SYUKUR dengan FULLY REDHA dik :)
*****************
Done ! sesi memujuk jiwa yang sedih selesai.Walau takut sebenarnya diri diuji dengan perkataan yang dikatakan.
Tak salah bersedih tapi kena cepat lap air mata,pujuk hati setiap aturan ALLAH tak kesah menyenangkan atau membekukan hati pasti ada hikmahnya.
Bukan cakap sekadar sedap di mulut, sebab diri sendiri pun mengalami situasi
dan rasa yang sama bila berdepan dengan akademik.Kalau boleh bilang jumlah ayaq mata, mungkin dah dekat 1 liter of tears menangis sebab akademik:)
Tapi itulah, jangan berhenti berusaha, ini baru permulaan sebab aturan ALLAH banyak ajaib dan warna-warninya supaya graf hidup takdelah kusam.mendatar memanjang.Ada masa jatuh, ada naek, ada yang sampai treshold.
Sabar, Syukur dan Redha=SSR sebaik-baik pemujuk hati insyaALLAH
Berdoalah moga kita dibesarkan jiwa dalam menghadapi episod ujian hidup,
kerana pintu langit sentiasa terbuka dan pastinya ALLAH MAHA MENDENGAR ~
Sollu alaNabiy~peace yoo!
p.s:akhirnya dapat update setelah mengadap 4paper berturut.otw daerah damai.
Tweet
2 pengomen sporting!:
apela akak ni nangis2x. mesti nangis bawah selimut ni kan? haha~
nway, nice entry dear :)
bukan mu sama je ngan aku ^__^
tq 4 reading too :)
Post a Comment