Lama tak menulis, ada rasa rindu untuk mencoret.Maka kali ini saya berkongsi sahaja pengalaman bersila dalam satu kuliah yang tak dapat dalam kuliah akademik.
Memandangkan bakal datang fatrah study dan exam week,suka saya menulis tentang itu, buat ingatan lebih kepada diri, juga sebagai muhasabah bersama bimbang diri lalai dan leka.
Acap kali diri tertipu, cakap dan rasa tak serupa bikin.Pulun habis-habisan, mata tak kesah jadi beruang koala sebab membakar pelita di tengah malam(baca: burn the midnight oil) semata-mata untuk quiz/tutor/mini test/exam dan sewaktu dengannya.
Tapi tak lama apa yang kita pulun, hilang selepas itu, dalam masa 24 jam paling cepat., takleh recall balik apa yang telah belajar.betul tak? MUNGKIN dari awal sudah silap niat, niat belajar untuk exam maka selepas exam, ilmu pun dah merajuk tak nak datang,sebab exam sudah habis ;( Ilmu itu hidup dalam diri mereka yang mahukan ia sahaja.
Masih ingatkah kita apa yang telah belajar sejak di bangku sekolah dulu? Ah, ambik yang lebih dekat apa yang belajar waktu di matrikulasi,pusat asasi sebelum jejak degree? Mungkin ada golongan recessive yang masih ingat tapi tak sampai 10% yang betul-betul boleh di-recall balik.Sungguh sedih bila ingat masa 5-7 tahun menuntut ilmu itu bagai tak memberi apa-apa pada diri.Muhasabah.
Eh, bukan itu maksud saya.Pelajar Muslim wajib bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan, tak kira menuntut ilmu, bekerja, berorganisasi dll.Apa yang konflik sekarang adalah masalah niat belajar itu.Betulkan niat di awal, BELAJAR KERANA ALLAH,UNTUK ISLAM.Memanipulasikan akademik untuk mencapai impian kita,menjadi pakar dalam bidang yang diceburi, mengembalikan suasana Islam yang sangat gemilang dalam bidang keilmuan,RnD,inovasi dll.
Tidak juga menjadikan kegagalan kita dalam akademik sebagai satu fitnah untuk Islam.Bukan nanti kita dipandang golongan yang malas dan bermasalah.
Belajar itu sendiri adalah ibadah.Ilmu itu buahnya ialah HIDAYAH dan satu tanda orang itu mendapat hidayah ialah dia segera melakukan ketaatan.
Belajar itu sendiri adalah ibadah.Ilmu itu buahnya ialah HIDAYAH dan satu tanda orang itu mendapat hidayah ialah dia segera melakukan ketaatan.
Sama-sama check diri,adakah buah ilmu itu ada pada diri kita..?
Moga nanti kita bukan sahaja cemerlang di sini, juga gred A++ di sana.
p/s:nak dekat dengan exam, haruslah kena dekat lagi dengan ALLAH..
p/s:nak dekat dengan exam, haruslah kena dekat lagi dengan ALLAH..
4 pengomen sporting!:
assalamualaikum..(^-^)akak, semoga sukses dlm exam nti..insha Allah~
Assalamualaikum, (^-^)
kena recheck diri balik nih, thanks akak! semoga sukses dlm exam nti. aja2 fighting!
good luck exam.. :)
@fatin nuradilah
-tq dik,moga sama2 bjaya dalam bidang yg diceburi,kembalikan kecemerlangan utk Islam,iallah
@cik.furas
-good luck utk kamu juga farah,hoho rindu geng naim weh :)
Post a Comment