Jumaat yang tenang setelah beberapa hujan tanpa henti di bumi Kuantan.
Semalam,kelas terakhir Biochem untuk semester ini,ditutup dengan practical lab exam dan satu kisah yang sangat memberi kesan buat diri juga classmates.
Perkongsian dari Prof kami,harapan beliau pada kami bakal2 saintis Islam.
Diceritakan dalam English, lalu saya terjemah semampu boleh~
Ini kisah benar,moga dapat menjadi ingatan bersama...
A Painful Story.
..Beberapa hari yang lepas, saya telah berikan markah kepada pelajar2 untuk subjek yang saya ajar(tak disebut subjek apa). Secara sengaja, saya telah tinggikan markah beberapa students.Answer sheet diedar.Saya pampangkan markah semua student mengikut kad matrik satu-satu.Lalu saya tanyakan ada siapa yang ada pembetulan markah, rendah atau tinggi berbeza dengan markah yang di hapadan, boleh bagitahu.Beberapa kali ditanya, tiada yang mengaku, padahal saya tahu ada tapi tidak mahu mengaku, selesa dengan markah yang terpampang dan sebagainya..
Ulasan Prof setelah bercerita;
Its a painful story.I'm here not to teach you just to become a scientist only, but to teach to become a good Muslim scientist. If with this small thing because of exam/quiz marks you become dishonest, how will u deal in the future when you become a scientist.Im not only took lecturer as my only career or my job.
-TAMAT-
A painful story.Luahan hati seorang lecturer yang hampir sedekad mengajar tentang sikap pelajarnya, iaitu kami.Saya hanya mampu menganguk melihat wajah Prof yang nampak terang terkilan.Serius, berulang kali beliau menyebut a painfull story, tanda beliau sangat kecewa.
Senang cakap misi beliau untuk mendidik pelajar2nya menjadi seorang yang jujur dan amanah masih tak menjadi.Failed dek kerana sikap pelajar.SEDIH :(
Tapi syukurlah bukan dari batch kami.Dan didoakan bukan selamanya kami.
Satu sahaja harapan saya,moga sesiapa sahaja yang terbaca cerita ini tergerak hati supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
Berkat ilmu itu ada pada guru yang mengajar.Jagalah adab dan sikap dalam menuntut ilmu sebab takut2 terhijab.Mungkin ALLAH tak tunjuk masa sekarang, di'delay' kan dahulu.Senang sekarang tak menjamin bahagia di hapadan jika cara mendapatkannya adalah tak cantik.
Moga diri saya dan kalian terus ALLAH hiaskan dengan akhlak mahmudah dan berasa cukup dengan apa yang dapat.Rasa tak puas hati tak dapat markah tinggi,caranya hanya satu,
USAHA LEBIH LAGI,BERDOA DENGAN LEBIH KHUSYUK!
p.s:mohon maaf dan doa untuk kami yang bakal final exam bermula minggu hadapan,semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan exam :)
0 pengomen sporting!:
Post a Comment