Followers

Monday, November 21, 2011

I'm Rock, I'm OK !!


Serasa mahu goreng lagu Ayat-ayat Cinta dengan gitar pakai berkopiah puteh :)


Alhamdulillah, semalam berlangsung dengan gemilang opening ceremony untuk Campus Dakwah Project( CAMPRO) dengan dimulai dengan satu talk yang sangat best dan cukup banyak input bermoderatorkan Akh Hilmi Hamdan yang santai dan ahli panel yang bukan calang hebat iaitu Ustaz Mansur, pensyarah UMP dan paling menjadi faktor penarik Bro Sham Kamikaze, pendakwah bebas dan gitaris hebat.


I'm Rock, I'm OK, itulah tajuk talk semalam yang mampu menarik >1000 orang untuk duduk bersila, bersuka riang dalam majlis ilmu tanpa mengantuk walau masa hampir 2 jam tak rasa pun berlalu, tengok2 dah pukul 11 malam.Alhamdulillah, menyelinap rasa gembira bila melihat dewan besar penuh dengan manusia.


Di  bawah, semampunya saya berkongsi rasa dan input sepanjang talk itu :)


Hiburan itu fitrah


"Manusia dihiaskan dengan cinta terhadap syahwat (apa yang diinginkan) berupa perempuan, anak2, perhiasan dan haiwan ternakan. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali" [Surah Ali-Imran:14]

Makanya,memang hiburan itu fitrah yang mana manusia suka padanya. Tipulah kalau tak suka kan sebab hiburan itu bersifat sesuatu yang dapat menenangkan jiwa, menghiburkan manusia.


Sebagai contoh bayi kecil pun walau tak tahu genre muzik apa masa itu, suka dan boleh berhenti menangis bila didodoikan.Dodoian ibu adalah hiburan untuk bayi, dan tak hairan kalau mereka boleh tidur bila diulit lebih-lebih bila ditepuk dengan lembut dengan zikrullah,Allahu Allah~


Menggunakan Hiburan untuk Berdakwah, bolehkah?




Kalau hiburan, terus terbayang nyanyian nan sedap didengar pada telinga, dan kalau dah jatuh cinta pada lagu itu,dalam 1 hari, 10 kali pun tak boring kan.


Selaku remaja, saya lebih suka pada lagu yang lebih kepada R & B, slow dan sentimental seperti lagu Maher Zain, Irfan Makki, Sami Yusuf yang mana berbanding yang membingitkan telinga dan ada motif dan moral untuk dihayati di sebalik lagu.Maka, tak salah untuk berhibur dan gunakan anugerah suara,dengan syarat itu untuk sampaikan Islam, yang mana bermatlamatkan untuk sentuh hati-hati yang mendengar kepada Islam.


Cukuplah,menghidangkan lagu cinta yang entah apa-apa, memuja perempuan,
"I Labi U, U Labi Air" yang arghh mulanya bunyi macam best tapi lama-lama menyampah pun ada.Banyakkan lagu-lagu yang boleh mengajak orang yang mendengar ingat pada ALLAH, bermotivasi untuk berjuang @ belajar, cinta pada ALLAH dan Rasulullah dan sewaktu dengannya walaupun mungkin bukan secara langsung.


Bro Sham juga ada beritahu pada pada zaman Rasulullah saw kalau tak silap ada seorang sahabat bernama Hasan b.Thabit, seorang penyair yang menggunakan suaranya untuk menaikkan semangat para pejuang Islam pada waktu itu untuk turun berjihad.Inilah jenis hiburan yang kita mahu, yang menambahkan semangat dan motivasi, bukan yang buat jadi lembik dan terbuai-buai.


Hiburan Paling BEST..!




Tak lain tak bukan ialah AL-QURAN kareem.Inilah hiburan yang paling menenangkan jiwa dan zikir paling terbaik.Ada masalah, tertekan bukak Al-Quran dan jangan pelik, kalau bila kita buka Al-Quran secara random masa tengah ada masalah, kita akan dibukakan dengan ayat yang seakan untuk diri kita, bicara dari ALLAH yang Maha Tahu keperluan hambaNYA masa itu.


Ya benar, insyaAllah selepas itu kita akan bangkit balik dan sedar hidup takkan lari dari masalah dan bergantung atas kita untuk mengatasi masalah.


Rasulullah saw sendiri, bila tertekan atau hadapi cabaran dalam misi menyampaikan dakwah,dihiburkan oleh ALLAH dengan ayat-ayat Al-Quran.Indah, sangat indah bila hati dekat dengan ALLAH dengan cara menjadikan Al-Quran sebagai kawan karib.


Konklusi


Islam meraikankan fitrah manusia yang suka pada hiburan, TAPI perlu diletakkan kawalan supaya tak lari dengan syariat ISLAM.Pastikan hiburan itu diadakan dalam suasana yang terpelihara, tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tanpa maksiat dan tidak meransang nafsu.


Hiburan itu DIURUSKAN dengan Islam,bukan buat lupa pada Tuhan.


p/s:semakin cinta pada bumi Kuantan kerana biahnya,orang2nya,alhamdulillah..

3 pengomen sporting!:

cik.furas said...

et,ore x napok pom syam kamikaze sbb dok belake.. p, mmg bez pom.. huhu

sis Izzati said...

alolo siyenyo
ety duk 2 baris depe vip alhamdulillah napok jelas molek laa

frankly speaking, meme best walau duk jauh kea,terbaek dr ladang tarbiah la :)

Khaulah Azwar said...

jelezz bangat sih dgn adik2..
rs udah lm x bersila bersm2, bersesak2 dlm audi KOP mahu KOM..
syukran adinda ats perkongsian =)

I'm Rock, I'm OK! ~ cool lah tajuk ni, like2!!

 

Blog Template by BloggerCandy.com