Followers

Friday, July 15, 2011

Nisfu Syaaban Datang

Bismillah wa alhamdulillah.Salam sayyidul ayyam.

Hari ini genap setengah bulan Julai.

Semalam menerima panggilan dari makcik yang tiba-tiba kata esok dah
Nifsu Syaaban, saya kata baru 15 Julai bukan 15 Syaaban, hari ahad ini
baru betul.Baru makcik sedar dia dah tertukar dengan kalendar Omputih :)


 Nisfu Syaaban


Saya bukan nak berdebat antara boleh ke tak sambut separah syaaban
kerana saya sangat sedikit ilmu untuk mengatakan ia adalah sunnah atau 
bidaah.Eloklah merujuk kepada yang ahli untuk sumber yang sahih
Namun semalam,alhamdulillah saya mendapat sedikit pencerahan daripada
Forum Perdana Ehwal Islam yang ahli panelnya ialah Prof Dr Syarifah Hayati
Syed Ismail, Ketua Jabatan Siasah Syariah UM dan Ust Sheikh Ahmad Faisol,
Pegawai Agama Kubang Pasu Kedah.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka 
Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).”[Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Ramadhan semakin mendekat bahkan sudah ada iklan hari raya dalam TV.
[membentak juga saya sebab macam dah takde iklan laen, puasa pun belum]
Namun Syaaban seolah dibiarkan berlalu pergi.Sepatutnya, Rejab yang
telah berlalu dan Syaaban yang berbaki separuh ini dijadikan tempat exercise
atau warm up untuk menyambut kedatangan Ramadhan, takut-takut
badan mengejut puasa sebulan, terlentok nanti seharian.Seeloknya latih nafsu 
agar mudah terdidik beribadah di bulan yang sangat mulia.

Kenapa Puasa dan Melakukan Amalan Pada Nisfu Syaaban?


Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah 
melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa 
dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai 
terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat 
amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku 
diangkat sedang aku berpuasa” Hadis riwayat An-Nasaie.
"saya puasa sebab ustaz yang suruh, kata baik puasa hari ini baik"


Inilah pegangan yang tidak elok.Sepatutnya untuk beribadah tidak kira
apa jua ibadah kita perlu tahu kerana apa kita melakukan.Letakkan dan
pembaharui(tajdid) niat kita segala ibadah adalah untuk mendapat keredhaan 
dan pahala yang baik di sisi Allah SWT.Di samping itu, seperti hadith di atas,
harapannya agar amalan kita diangkat sementara kita sedang berpuasa.
MasyaAllah sangat cantik sekali.

Ada juga yang mengatakan malam nisfu syaaban kena BACA YASIN 3 X, 
BACA AL-IKHLAS dan sebagainya.Sehingga timbul perbalahan setengah
kata tak boleh dan sebahagian kata boleh.

Yang tidak boleh kita MEWAJIBKAN 3X BACA YASIN itu dan ini.Jika tidak 
ditentukan tafadhal sahaja untuk dilakukan daripada menghabiskan malam 
penuh yang baik dengan menonton cerita hantu, duduk kedai kopi,merempit 
dan sebagainya.Nak baca Yasin,silakan kerana ia adalah sebahagian dari Al-Quran,
begitu juga nak baca Al-Ikhlas kerana ialah seperti membaca 1/3 Al-Quran,
buatlah ikut kemampuan, itu yang sebaiknya.Isilah malam indah dan berkat
dengan ketaatan kepadaNYA dengan menharapkan fadhilat darinya.

Hidupkan malam dengan istighfar, selawat,tilawah Al-Quran dan bangun malam.

Maaf panjang pula jadinya.Paling penting, sentiasa mohon keampunan untuk
diri dan semua orang yang kita sayang dan bersama kita, mintalah
hidayah agar apa yang kita lakukan diredhai dan dirahmati ALLAH SWT :)


"Ya ALLAH berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban,dan 
sampaikan kami kepada bulan Ramadhan.Allhuma ameen"

Wallahu 'alam.Ada silap, mohon teguran.

Salam Syaaban :)

4 pengomen sporting!:

Mr AnOnymOUs said...

salam..
syukran, sgt mntop penulisannya_^) n thankz utk info bguna nie..
smoga ramadhan mndtg xtkejut..hehe

bintuhanafi said...

saya suka!
thumbs up!

bintuhanafi said...

thumbs up!

Izzati Nur said...

@Mr.Ano

-sekadar mngambil idea dr forum malam itu :)

@bintu hanafi

-tq kak.moga bmanfaat :)

 

Blog Template by BloggerCandy.com