Followers

Wednesday, July 27, 2011

Kempen Derma Darah: You Share and We Care

Bismillah wa alhamdulillah :)

Kali ini saya nak berkempen tentang menderma darah.Lalu ia tiada kaitan dengan
menjadi drakula yang hisap darah ataupun keluang man yang memang takde kena
mengena dengan darah :P

Ramai ke yang takut menderma darah ni..? Jangan takut, tak sakit pun cuma
mungkin ia jadi gerun sebab ada jarum.Ia ibarat kita 'bermaen kasar' dengan semut
api je rasa dan kadang sakit kena semut lagi dari sakit kena jarum.

Pengalaman Saya

Mesti ada yang berpengalaman derma darah kan? Bercakap berdasarkan pengalaman,
kali pertama terpilih adalah ketika memakai title wirawati negara di PLKN.Teruja 
sebab terpilih dalam ramai-ramai makasangatlah gembiranya :)

Sesampai di HUSM, tiba-tiba rasa nak patah balik.Beratur panjang untuk
test jenis darah yang mana cik misi akan guna alat semacam pin.Tapi
saya undur belakang, beratur balik bila sampai turn saya sebab saya
anti dengan darah.Tapi, nak tak nak saya kena test juga dan dipujuk 
rakan2, buat-buat cool berbual supaya tak tengok darah sendiri.
Alhamdulillah berjaya setelah beberapa titis ayaq mata jatuh
dan saya adalah dari golongan darah O( universal donor, yeay! )
-memory of blood donation campaign-
Itulah part yang agak mencabar, laen-laen dah ok je,takde pape nak ditakutkan
pun.InsyaALLAH misi-misi pun layan kita dengan baik untuk hilangkan takut.
Ajak berbual, tanya khabar bla3. Siap bagi makanan lagi untuk pulih tenaga.

Kenapa Menderma?

Sebab Unit Tranfusi Darah seluruh negara masih dan sangat butuhkan darah
mereka yang dikurniakan nikmat sihat untuk menampung kekurangan beg darah
di Bank Darah.Ramai insan yang memerlukan darah kita tahu.

Nak menderma selagak si kaya yang dermawan kita tak punya harta yang banyak.
Oleh itu, derma darah juga adalah sedekah yang sangat besar ganjarannya
kerana kita seolah memberi nafas kepada mereka yang kehilangan banyak darah
dalam kemalangan,yang ada penyakit darah seperti talesemia,anaemia dan lain-lain

Bayangkan, dengan darah yang kita berikan mereka dapat teruskan hidup,
dapat kekuatan untuk terus beribadah dan bekerja mencari nafkah untuk
keluarga mereka.Mereka dapat mengukir senyum kembali.Oh, indah dunia :)

Mitos Menderma Darah

Nanti saya akan gemuk, letih yang berpanjangan, sakit ketika menderma adalah
antara mitos yang menyelubungi dan ini meyekat niat seseorang dari menderma.
Istilah itu sebenarnya tak berlaku, jangan risau :) Semalam, saya berpeluang
menjadi urusetia kempen menderma darah, maka saya berani jamin setelah
10 minit saya menderma darah, saya dapat bergerak kembali sambung kerja,
melayan adik-adik yang sudi menderma dan kembali bergelak ketawa.

Lalu, tiada alasan lagi dan cukuplah memberi alasan.Semakin anda banyak
memberi alasan,semakin lama mereka menunggu di hospital sebab tiada
siapa yang sudi menderma darah.Berhenti memberi alasan, tapi mulakan
memberi dan menyambung hidup mereka dengan darah kita.

Pahala berganda-ganda taw.Kejayaan menderma bermula dari langkah
pertama kita untuk rasa bertanggungjawab untuk memberi sesama insan.


YOU SHARE AND WE CARE>> DONATE YOUR BLOOD,AND MAKE A DIFFERENCE :)

5 pengomen sporting!:

Athirah I. said...

tringin nk derma drh, tp sebelum tu kna naikkan berat bdn dulu ;)

Izzati Nur said...

@Isna

-berapakah berat kamu yang..? cpat2, mkan byk2 & turun padang mnderma[buat gaya wakil rakyat lawat kwsn ;p]

athirahariffin said...

rajin doh derma daroh maso dok uia dulu.
tp kan, meme letih sgt lps tuu~~
tp puas hati, dpt bagi drh kat ore lain.

if im not mistaken, darah ak pun O jugak :)

WanitaMustanir said...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Izzati Nur said...

@athirah hee, badan kita xfit sgt tu jd letih sket lpah ambik darah :)

tp tula yg plg puas, dpt memberi.
ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

@wanitamustanir

-ahlan wasahla wa bariklana fi Ramadhan.
Syukran sudi singgah :)

 

Blog Template by BloggerCandy.com