Seminggu tidak menulis, hanya menunggu dan menjadi pembaca setia blog yang
di 'followed' dan barisan sahabat di bloglist.Cuba menulis tapi kemarau idea.Arghh!
Minta Maaf.Sorry.Ya, ucapan ini salah satu perkataan azimat dalam Kamus Dewan.
Kalau yang dahulu terasa hati, bergaduh sakan, tak cakap lebih tiga hari, jumpa
tengah jalan jeling maut, kalau boleh mahu ikut jalan lain.Tapi mendengar perkataan
ini, bagai ada rasa damai yang menyelinap.Kesilapan yang dahulu hilang bagai
dibawa angin lalu.Yes, its so true.
Hidup kembali ceria, dah boleh jalan sama-sama, boleh kongsi makan maggi
sekali lagi,berkongsi masalah, cerita perasaan masa duk memendam rasa, itu
dan ini, indah dunia bagai aku yang punya.
Namun, tempat jatuh lagikan terkenang, inikan pula masalah hati yakni
kau dan aku pernah terasa sakit hati, benci-membenci dan sebagainya.
Pasti kesilapan dahulu masih ada bekas luka yang tinggal.Parut orang kata.
Ya, dengan rawatan melalui maaf dan kembali mengenangkan persahabatan
yang dibina atas dasar ukhuwwah fillah itu,luka itu pulih seperti sedia kala :)
Parut yang ada, biarlah bila kita melihatnya bukanlah masih terasa sakit, tapi
bersyukur sudah ada rawatan diambil disusuli rawtan susulan dengan bersahabat
sampai syurga.Melihat parut itu, senyumlah kerana kita sudah kembali boleh
duduk bergurau senda,senang susah kita bersama.Memegang parut itu,
gelakkan diri lalu bisikkan jangan berfikir bagai budak darjah dua lagi.
Jadikan parut itu parut terakhir dalam persahabatan dan buka buku baru.
Usahakan selagi mampu tak nak jatuh sebab yang sama.
Ya,sebagai manusia, kita tidak lari dari kesilapan dan kadang masih
membuat khilaf yang sama walau dah meminta maaf.Di sini , janganlah
meletakkan emosi di hadapan hingga hilang pertimbangan dan menyebut
kesilapan yang sama sampai yang meminta maaf dahulu jadi tersentak dan
kita yang teremosi lebih pula menyentak kembali!Walhal diari yang
lama sudah settle dengan cara baik dan masing-masing sudah berlapang dada.
Maafkan dan teruskan bersifat pemaaf kerana Allah Maha Pemaaf :)
Tegur menegurlah untuk kebaikan bersama.Kerana Allah,tiada lainnya.
Kebaikan sahabat kita lebih banyak dari kesilapan yang dilakukan
Moga kita dapat bersahabat sampai syurga.Amin.
Saya juga mohon maaf sepanjang perkenalan kita walau bagaimana dan di
mana-mana pun persahabatan itu bermula.Dan saya juga antara yang tersentak itu :P
1 pengomen sporting!:
forgive & forget are 2 things that can't be separated.
Post a Comment