Followers

Monday, May 30, 2011

Al-Mawlid : Cahaya Seluruh Alam



Dahulu saya sangat meminati lagu dari kumpulan Ruffedge, VE, OAG memandangkan
genre muzik yang bisa diterima oleh telinga adalah lebih kepada balada atau slow music.
Kalau genre rock,hip hop atau hard metal memang boleh seru sakit kepala datang.

Melangkah ke alam yang sudah tahu antara baik dan buruk dan keluar dari zon tak tahu
atau buat-buat tak tahu, saya mula meminati nasyid dan sewaktu dengannya.Sampai sekarang
genre inilah menjadi pilihan utama( macam nak iklankan ikim,fm gayanya )

Hiburan yang mendidik jiwa bukan merosakkan jiwa.

Pernah diberitahu oleh seorang ustaz jika mahu dengar musik kena tahu apa maknanya di
sebaliknya.Dalam hati, sampai begitu sekalikah?? Namun, benarlah bila difikir balik, dengan
lagu yang entah apa-apa sekarang, tak mustahil lagu itu ada makna yang secara tak sedar boleh
menggoyahkan aqidah lebih-lebih lagi lagu yang dari Barat yang ada makna iluminati atau unsur
menyembah iblis dan sekutunya.

Muzik juga banyak mempengaruhi hidup kita. Contoh terdekat ialah diri sendiri. Kalau dah
masuk zon lekat earphone memang dah tak kesah dunia luar.Dan kalau nak jalan jauh-jauh
telefon mesti dicaj penuh, MP3 dan earphone adalah benda penting dan agak wajib ada.
Bila pasang laptop pula, khazanah nasyid dan qasidah dibuat playlist tanpa henti.

Bila dah masuk fatrah exam, ramai yang temankan saya sepanjang stay up.Famous pulak tu.
In-team, devotees, dehearty, Opick,Maher zain, Sami Yusuf, Hijjaz dan nasyid bands laen.
Kadang masuk juga boyband Korea@ Jepun, berjangkit dengan kakak.Memang zon
membina kubu kebal untuk mengelak gangguan luar sepanjang study atau takut mulut
sibuk menyampuk orang lain bercakap bila dengar orang bercakap.Nasiblah diri yang
suka study last-minutes.

Sebenarnya, entry ini untuk tunjuk video di atas sahaja.Aduh, jauh tersasar. Al-Mawlid
ini dilagukan oleh Amir Munawer, bekas Ruffedge dan juga Azan, dan Lah VE. Sejuk
mata semua pakai jubah dan kopiah.Moga Allah berikan hidayah supaya lebih ramai artis
kembali ke hiburan yang mendidik jiwa jika mahu terus menghiburkan peminat mereka
atau behenti terus cari inisiatif laen ke arah mendekatkan diri pada yang Esa :)

0 pengomen sporting!:

 

Blog Template by BloggerCandy.com