"sikit lagi King, pukul 12.40pm suda, 20 minit lagi," saya buat-buat cool walau mata dah
memang dah sepet macam orang Jepun.
"aku tak tahan dah nih, mengantuk tahap gaban dah"
"aku ni, lagi lah tahap kritikal,sabar beb"
"anyone has question, comment or contribution? If not we break here and meet at 2 o'clock,
you may have your solah, makan-makan.." ayat power Dr.Suleiman dah memang
saya hafal dari awal semester buat kata-kata semangat.
"NO..!" serentak, seia dan sekata sekelas menjawab dan saya dah mula nak angkat kaki.
Alhamdulillah wehdatul fikr dicapai setiap hari bila tiba lunch break.Wohaa.
Kaki dah terlebih laju gaya pakai roller blade menghala ke Mahallah Khadijah.
Dalam otak, dari tadi nampak katil empuk, selimut sejuk, bantal busuk.
"Laju sokmo eti gak.." Zie tahu hala saya itu dah tak pikir lain.
"kejar sunnah Nabi saw beb, Qailulah" muka buat kerang busuk tak laku.
*************************************************
Qailulah : satu Sunnah Rasulullah SAW
Dari Ibnu Umar, beliau berkata,
"Kami (para sahabat) pada zaman Rasulullah Saw. suka tidur di masjid, kami tidur
qailulah (tidur tengah hari) di dalamnya, dan kami pada waktu itu masih muda-muda."
(Kitab Fiqhus Sunnah, Juz I, hal. 252)
i)Day Napping dalam bahasa Inggerisnya ialah tidur atau baring-baring sekejap pada
waktu tengah hari sebelum atau selepas waktu Zohor.
ii)Jangka masa: sekejap sahaja, jangan lebih dari 30 minit kalau boleh, kalau tak masuk
zon tidur lena dan terjadilah kes TERponteng kelas atau kerja dan terlewat solat Zohor.
iii) Kenapa qailulah :
a)Mudahkan bangun malam pada pagi esoknya ( bangun malam untuk tahajjud)
b)Relakskan badan dan minda untuk teruskan pelajaran sebelah petang( terbukti.!)
c)Ikut kajian,ia amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan
akhirnya produktiviti pekerja-pekerja ( Bos, sila bagi saya qailullah sekejap)
d)Penawar untuk mereka yang ada insomnia,yang kurang tidur malam (ohh, patutlah)
e)Mengurangkan risiko sakit jantung jika diamalkan secara teratur 30 minit.
(sayangi jantung anda,sakit jantung antara penyakit yang bawa kematian tinggi )
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri
dan pasca-industri telah mendapati bahawa “92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan
tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan
mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan
produktiviti.”
(Napping News:’Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,
from eFuse)
Sesungguhnya, sunnah Nabi SAW untuk tidur tengahari ada bukti yang sangat saintifik
dan sangat bagus untuk diamalkan untuk setiap peringkat umur dan profesion kerja.
Tapi ingat, sebelum tidur, sila setkan alarm jam masing- masing untuk bangun balik ;)
JOM QAILULAH..!
sumber: [sini] [sini] [sini] Tweet
1 pengomen sporting!:
tq armouris,byk sgt mnfaat tidur t/hari ni..jom sama2 hidupkan sunnah Nabi saw
Post a Comment