"Wah, lawa jugak Ayih buat, nak letak ayam ke?Bukan ke abah dah buat?"tanyaku sambil
tambahkan dawai kawat untuk kukuhkan bahagian atas sangkar.
"Nak letak burung lah, tapi tak beli lagi, Ayih nak kumpul duit nak beli nanti"
"Erk...(kuat jugak adik aku bermimpi di siang hari)
"kita kena ada imaginasi kekti.."
Ayih dan sangkarnya :) |
"imaginasi tu Ayih rasa apa maksudnya??" saya memancing pandangan si adik Darjah 5
"imaginasi tu macam kita fikir dalam otak," bersemangat dia terangkan.Sampai naik tangan.
"fikir bukan ke memang dalam otak kan Ayih?Akim pulak rasa imaginasi tu apa?"
saya ketawa menyakat,dan terus menebak adik Tingkatan 3 pula.
"imaginasi tu macam bayangan.." pendek sambil sengih.Sibuk melayan buku dekorasi
rumah kegemarannya,tak lepas-lepas dari tadi.
"ok laa.lebih kurang jawapan Ayih ngan Akim, betul lah tuh.."sengih mereka bila saya
terima skema jawapan dengan mentaliti gaya fikir budak seusia mereka.
*************************************************
Rutin cuti sekolah melayan kerenah adik-adik yang semuanya lelaki buat saya kadang seperti
mereka.Dengan cuti panjang hingga bulan 9, banyak yang boleh saya imaginasikan.
Itulah manusia, kalau diminta buat wishlist, target capaian pasti berjela-jela.Tapi itulah,seperti
kata adik, sekadar bayangan dan berfikir dalam otak sahaja.Ighfirli ya Allah.
Mahu khatam Quran sebelum Ramadhan dengan tafsirnya(seruan cik athirah dan najah)
mahu improve kualiti itu dan ini, mahu habiskan paling tidak 1 minggu sebuah buku, mahu
dapat lesen kereta, mahu belajar memasak bla3x..Tapi imaginasi seakan hidup segan mati tak
mahu jadi realiti dengan keadaan diri yang sangat lemah mujahadahnya.Benar,saya butuhkan
sahabat di sekeliling.Bukan kata bila ada sahabat sahaja diri boleh istiqamah buat itu dan ini,
belakang tak buat apa namun bahasa paling sesuai sahabat sebagai external force buat diri.
Teringat nasihat Kak Tah, seorang yang saya kagumi, kata beliau "we have to set a target,
Allah dah aturkan perjalanan hidup kita, oleh itu kita perlu ada target dan usaha untuk
realisasikannya".Terngiang-ngiang bicara nuslimat hebat itu.
Kirim salam jela kalau duk berangan mat jenin sampai jatuh pokok kalau usaha sepatah
haram pun takde kan.Berdegar-degar dulu pesan kat adik-adik jaga ibadat,jaga akhlak, kita
adalah pemimpin, paling kurang pada diri sendiri.Allah tak tengok berapa banyak kita buat tapi
tengok amalan mana yang kita istiqamah buat.Wahai diri, amalan mana yang kamu istiqamah?
Bangunlah, cukuplah berimaginasi mahu ada kawan keliling sampai bulan 9,sahabat sebagai
sumber motivasi,sekarang UIA bagi cuti, maka gunakanlah masa tanpa kawan untuk latih
jadi betul-betul diri sendiri.Cari identiti sebenar dalam percutian 3 bulan/100 hari yang berbaki.
Adakah rajin sekadar di depan kawan,sebab segan dengan mereka bukan malu dengan ALLAH?
Come on lah. Tak ke mana kalau itulah yang dibuat selama ini.Allah,Allah,Allah.
muhasabah diri by digitalmukmin |
taklifat bakal mendatang.Mana lagi mahu diri nanti mintak disandarkan kalau bukan pada Allah,
sumber kekuatan.Ikat hubungan dengan ALLAH kuat-kuat,Dialah Maha Kuat lagi menguatkan.
Muslim dahulu kuat sebab akrabnya hubungan mereka dengan Allah swt.
p/s:syukran kak naqibah sebab hantar mesej ingatkan taklifat,sungguh diri ini banyak lalai..T_T Tweet
0 pengomen sporting!:
Post a Comment