Followers

Thursday, April 28, 2011

Ruh Perjuangan Itu Tetap Hidup


Senyap perlahan tubuh itu bangun,
Percikan wudhu' sedaya mungkin dibisukan,
agar bising itu tidak membangunkan isi rumah,
sejadah dihampar, lalu sujud malam bertemu Tuhan..

"Sesungguhnya ALLAH menyayangi orang beriman yang bekerja"
Sunnah Rasulullah saw itu dipegang kejap,
Menjadi penguat dan kata semangat.
Ya, bukan sekadar beriman,ia diiring dengan melaksana,
Benar, ada beza antara keduanya..

Jalan malam itu seolah tiada berpenghuni,
Senyap, hening dan sunyi sepi
Kawalan tentera di sana-sini,
Jasad kaku itu hanya disambut sebatang tubuh sang tua,
Lalu jasad itu dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan,
Sendiri..tiada siapa berani mendekati.

Begitulah, akhir hayat seorang pejuang penegak Islam,
Memperoleh syahid yang sering dimohon daripada Tuhan,
Ruh perjuangannya tidak pernah mati..terus hidup
dalam jiwa-jiwa yang hanya kenal erti dua pengakhiran..
Mati syahid ataupun menang..

Dia itulah Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna.

~Izzati Nur, 2.46pm,Lecturer Hall B @ CFS IIUM, PJ~

***************************

Beberapa hari buku Memperingati Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna ini dibawa
menemani daku dalam kelas UNGS.Peneman bila mata dah penat memandang slides
yang mencecah ratusan.[jangan tiru aksi ini semasa kuliah anda]

Baru tadi berjaya habiskan buku hadiah dari Najah Solihah yang mahu saya  membuat
sedikit ulasan bila usai membacanya tapi saya bukan sehebat dia dalam mengulas dan
membedah buku.Lalu inilah al-hasil dari buku itu, sebuah sajak yang sedikit sebanyak
dapat menberi gambaran pandang sisi seorang yang sangat dikagumi bukan sahaja di
Mesir tapi seluruh dunia.Disegani kawan dan digeruni lawan dan aura tarbiyyah yang
dibawa berjaya meresap ke dalam hati-hati mereka yang mahu Islam tertegak di atas
muka bumi.

Al-Banna, bermaksud pembina sesuai dengan susuk tubuh yang banyak sekali membina
jiwa-jiwa manusia dalam meneruskan perjuagan Islam.Beliau menurut anaknya,Saiful Islam
adalah seorang ayah,pendidik,suami dan juga insan yang memberi impak maksima dalam kehidupannya dan juga orang sekeliling dan Islam pada masa itu.Semasa kematiannya
pihak polis bersekutu musuh tidak membenarkan siapapun melainkan ahli keluarga untuk
menguruskan bahkan jika mengucapkan takziah,penjaralah jawapannya.Ini tidak lain bimbang
ada orang yang berani memprotes kezaliman terhadap arwah yang matinya seperti
dirancang-rancang dan tiada pembelaan.


"ketahuilah olehmu bahawa kematian itu adalah satu perkara yang pasti dan ianya hanya
berlaku sekali sahaja.Jika kamu jadikan ia(kematian) itu di jalan ALLAH, maka adalah
keuntungan di dunia dan ganjarannya di akhirat.Dan apa yang menimpa kamu sudah 
kamu itu, itu semua adalah ketentuan yang telah ditentukan Allah bagi kamu"

14 Oktober 1906 - 12 Februari 1949

2 pengomen sporting!:

Mr AnOnymOUs said...

salam..kaku dan sayu membacakan post nie..mengenangkan seorang mujahid yg berjuang untuk islam..tika 1 nyawanya ditarik pada februari 1949:(..semoga semangat dan ruh perjuangannya bersama kita untuk menegakkan kalimah islam di muka bumi malaysia nie..sinarislam itu akan memenangkan kebenaran...

Izzati Nur said...

sgt kuat ruh dia hidup di jiwa2 mujahid/ah setia..moga di jalan ini ALLAH istiqamahkan kita..

 

Blog Template by BloggerCandy.com