Followers

Wednesday, April 27, 2011

1 Jam Sehari, JOM!

Matlamat Al-Fateh adalah mahu menakluk Konstantinople suatu masa dahulu.
Dan ia menjadi realiti dengan persiapan yang memang superb!

Akademik diumpamakan sebagai mukjizat.Lebih-lebih lagi kita dipandang bilamana
kelihatan sibuk dengan kerja dakwah di samping tugas sebagai pelajar, amanah dari ibu bapa.



Sering akademik no 1, dakwah bukan no. 2 diperkatakan.Perlu tawazun keduanya!


Maka 'konstantinople' untuk diri sebagai pelajar buat masa sekarang ialah akademik
mesti terbaik.Bukan kerana untuk kepuasan diri semata tapi kebaikan ummat Islam
pada masa hadapan.Kitakan pemimpin masa depan ;)

Kerana kitalah,bakal...

seorang jurutera yang bila mana ingin membina, tempat solat yang jadi idea utama
seorang doktor yang mulut tidak berhenti membaca doa syifa bilamana merawat pesakit
seorang saintis yang mengaitkan setiap penemuan sains dan Al-Quran
seorang kauselor/psikologi yang memberi nasihat lalu dikaitan keperluan hidup bertuhan
seorang jururawat yang bekerja dengan manis senyuman ketika memberi rawatan susulan
seorang dietetik yang memastikan halal haram bila memberi nasihat pemakanan seimbang
seorang arkitek yang pasti menyelitkan seni bina Islam dalam setiap lakaran bangunan.

Kerana kitalah bakal seorang profesional yang berfikrah jelas untuk Islam.
Bakal TAZPRO=ustaz/ah profesional..insyaALLAH.

Lalu usahakan diri kita dalam sehari pastikan hak pada akademik itu ada untuk
1 jam yang penuh fokus tanpa gangguan..!

Binalah tembok setebal kota Konstantinople bila minda dan diri mula bersedia memasuki
zon 1 jam yang penuh kualiti, zero ganguan dan anasir yang bisa robohkan kubu kebal.

Namun tidak saya katakan sekadar 1 jam sehari untuk belajar, jika lebih dari itu, ia
sangat menguntungkan tapi pastikan kualitinya.Saya juga pelajar dan saya tahu saya
tak mampu untuk 3 jam direct fokus kerana minda hanya dapat fokus pada sejam
terawal.Lalu saya menyahut seruan 1 jam sehari yang ada nilai kualiti.

Tapi kena ingat, mahu dapat lebih, kena berkorban lebih.Itu sunnatullah.

Akhir sekali jangan dilupa untuk mohon keberkatan masa, niatkan kepadaNYA.
Sama-sama kita mujahadah untuk ilmu =)


                                                                                                _istiyshad copyright_

5 pengomen sporting!:

hanimyusra said...

jom!

Mr AnOnymOUs said...

satu seruan yang hebat!! susah nak study 1 jam sehari..5minit pun susah, smoga istiqamah! tp knape xde plak "seorang jurutera komputer bilamana ada permintaan untuk bersama menyumbang kepada islam, mereka menjadi penghubung antara umat"_^)"
btw, nice entry...

husnataqwa said...

saya setuju~ sejam yang berkualiti lebih baek dari banyak jam yang tah hapehape. bagos et.. bagos......

Izzati Nur said...
This comment has been removed by the author.
Izzati Nur said...

ety: eh, nickname kita sma =)
JOM..! doakan sama2 dpt buat

mr.mind:mmg susah,x dinafikan dgn segala cubaan dunia.kna ada determination.Its all about your mind..!tlg doakan sahabat2 jgk ye :)

p/s: nak jgk comp dia..dah masuk pakej juruter.bilamana ada idea, dikaitkan dgn islam lbih2 dgn dunia langit terbuka..

khusna: hee.klu kak napok saya lalai gak,tgur la deh.jiran dpan bilik je.

 

Blog Template by BloggerCandy.com