Followers

Thursday, May 5, 2011

Membaca Itu Perlu Dipaksa..!

Terlewat berkongsi tentang ini, tapi mood bookfair itu masih ada.Sangat best.

Tahun ini direzekikan dua kali lipat pergi pesta buku,qadha yang tahun lepas tak sempat,
walau fulus tak banyak memandangkan income tiada di sem pendek tapi biasawa
BAHMI (abah umi) alhamdulillah ada =P.

 Buku dengan rakyat Malaysia secara purata ialah 2 buah buku setahun.
Ya, sangat sedikit, sila ketuk kepala sedarkan diri anda siapa mengaku rakyat jelata.
Kalau negara Jepun, purata tahunan 40 buah dan tidak hairan mereka maju..!

Oh, itu tahun 2005, kalau mengikut statistik 2010 bertambah ke 8 hingga 12 buah.
Tahniah rakyat jelata sebab beza anda dengan  rakyat Jepun ialah 28 buah..!

 **************************

Nabi Muhammad  sendiri di awal masa menerima wahyu dipaksa untuk membaca.

Bacalah..bacalah..bacalah..! seru Malaikat Jibril sambil memeluk Nabi SAW.
Arahan itu diulang tiga kali dan selepas itu barulah Nabi SAW mengikut.

Ini dapat kita ambil pengajaran bahawa dalam proses untuk mengamalkan dan
membudayakan budaya membaca, proses paksaan itu sangat perlu.

Saya malu bila menghadiri program jati diri atau sewaktu dengannya, kami
ditebak, minta tambahkan thaqafah( ilmu + bacaan).Kalian sangat kurang dari
sudut kefahaman dan keilmuan.Bukan sekali tapi banyak kali dan diulang-ulang.
Kepala tunduk pandang lantai, sedar diri memang kurang.

Saya kagum dengan mereka bilamana bercakap berdegar-degar, lengkap dengan
hujah dengan dalil, pendapat,memetik dari buku itu dan ini.Bila nak jadi macam ini?

Sesungguhnya Islam itu berdiri di atas hujjah..!

Rahsianya tak lain adalah membaca dan mempraktikkan apa yang dibaca
dengan mengulang atau mengutarakan kembali.Ilmu akan lebih lekat di minda.

buah tangan di  KLIBF'11
Maka, dalam membaca paksaan itu perlu sebelum ia menjadi hobi :)
Bila mulakan perjalanan,pastikan ada buku bersama, bila mahu pejam mata,
bacalah sedikit sebagai ubat lena, bila ada masa kosong, isi dengan membaca.
Ini baru dipanggil membudayakan budaya membaca.

poster di KLIBF'11
Sesungguhnya tangan yang menulis ini lebih dekat.Wasalam.

5 pengomen sporting!:

SayaBaik said...

aduh terkena! sy memang malas membaca tapi try la jgk pupuk. Beli buku byk2 kot2 nanti nak baca :) Tenz for remainder

athirahariffin said...

wah.. bestnyer g bookfair..
ak x leh g tempat rama2x ni, pening palo~
huu, jom baco buku! ni reminder buat aku yg malas ni!

fairuspeng said...

baru habis baca Jaja & Din yang beli tahun lepas..huhu..

Al-fateh tu pun a.peng beli juga.. nanti nak pinjam Hlovate..

Etiy oleh le masuk pertandingan kat Sini.. http://ulatbuku-06.blogspot.com/

sisIzzati said...

saya baik: sy pun terkena jgk ms taw.

tirah:rugi2 xgi.jd tough mace ak nih,
jom samo2 jadi rajin..ak tgh mnerap minat jgk nih

a.peng: best kea jaja&din..ok,nati meh la ambik,ety pn xabes baco lg.adehh..tnding gedio pulok nih.

fairuspeng said...

pertandingan baca buku- 50 buah setahun

boleh... nanti nak hbskan Tunas dulu..

 

Blog Template by BloggerCandy.com