Minggu lepas,alhamdulilah disempatkan Allah untuk menjejak tanah Pondok Bustanul Ariffin,
Banting.Teruja sebab pertama kali jejak tempat bernama PONDOK secara rasmi [bajet
macam nak rasmi pondok gaya nampaknya] walau di wilayah tanah tumpah darah banyak
pondok tarbiyyah yang ada.
Liqa’ yang membekas di faculty of mind adalah bila mana kami kena bagitahu apa doa
favourite, best of da best doa dan apa sebab suka doa tersebut.Erk, bab yang sebab ini
haru juga nak fikir.Aduhai Bonda Khai, soalan uji minda kamu memang tak terduga.
“Kalau Hajar,suka doa ‘Rabbi Yassir wala tuassir’ sebab meaningfull dengan ya ALLAH
permudahkan,jangan susahkan especially time exam.Yelah, bila exam adalah gerombolan
setan nak bisik tukar jawapan.Remember, first answer is the best..”bakal cikgu TESL
memulakan bicara.
“Kalau Nor,suka baca surah Al-Insyirah sebab maybe tengah banyak masalah” oh,adik aku
seorang ini ada masalah rupanya.
“kalu Irah,baca doa dalam bahasa Melayu je, tak pandai bahasa Arab ini, tapi yang penting lebih terkesan.Allah faham semua bahasa.Irah akan baca doa minta ampun untuk sabahat2,keluarga..
“Kalau kak suka baca doa akhir dalam Al-Mathurat, Allahumma inni nas’alu lisaanan ratiban
bizikrik..sampai akhir sebab doa ini holistic..lisan, keyakinan, hati..dan doa kebaikan dunia
akhirat dan dijauhkan dari api neraka..ni pun holistik”wah, terbaik lah naqibah aku ini.
“kalau ety suka doa yang yang minta berikan pengahkiran yang baik tu..sebab kita bukan nak
mati je dalam keadaan baik,.hope all things we do is in right way lead to kematian yang baik..
so segalalah biar baik-baik sahaja..” giliran saya pula kongsi apa yang patut.
Itulah doa.Doa senjata mukmin.
Mintalah dalam bahasa apa sekalipun, sebab ALLAH lah yang cipta nama-nama segala
benda atas muka bumi ini.Mintalah untuk orang sekeliling,bukan untuk diri sendiri sahaja
kerana kita bukan hidup seorang diri atas dunia.Mintalah untuk mendapat dua kebaikan,
yakni kebaikan di dunia dan di akhirat[Khairan Hasanah]
“dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama benda semuanya kemudian Dia memperlihatkan kepada malaikat-malaikat,seraya berfirman ‘sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini jika kamu yang benar”[Al-Baqarah:31]
Mintalah,kerana ALLAH suka hambaNYA yang meminta dan Dia akan memakbulkan permintaan.
Ya, akan memakbulkan kalau bukan di sini, nanti di dunia abadi.Lambat atau cepat.
Kalau kita dalam keadaan tergesa-gesa sekalipun, terkejar mahu ke kelas atau sambung kerja,
Doalah dengan doa yang paling mudah tapi paling sangat bermakna..at least!
Tapi,janganlah pula minta doa ‘ya ALLAH, doaku macam biasa,amin..”.Doa ada adab-adabnya.
Sesungguhnya ALLAH itu sangat dekat dengan hambaNYA dan suka kepada hambaNYA
yang meminta =)
_istisyhad copyright_
2 pengomen sporting!:
sy msih cik ye encik zenith.
holistik=menyeluruh lalu segalanya dimasukkan dalam doa itu maka doa yang disertakan kebaikan dunia dan akhirat i2 bsifat holistik..iAllah.
ana pun budak baru blaja..
pasnie kalu guna bahasa pelik jgn lupa selitkan mksud yer...nice entry:)
tabit la utk puan istisyad
Post a Comment