Saat sama-sama mengacau bubur asyura(sugha) sekawah besar sambil
membuka cerita masing-masing dan lain tukang tambah perisa critera.
Manis kenangan,sekarang di sini tiada seperti itu.
Sejarah 10 Muharam
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s.,
Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah
dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w.
bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab
bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t.
menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada
musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut.Maka
Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa
daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu
dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Puasa Hari Asyura
Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh
dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharran, juga dilakukan
sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk
membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.
Fadhilat puada Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya
Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya.
Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya
dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan
diampuni melalui Taubat Nasuha.
Doa pada Hari Asyura :
يَا مُحْسِنٌ قَدْ جَــاءَكَ المُسِيْئُ ، وَقَدْ أَمَرْتَ يَا مُحْسِنٌ بِالتَّجَــاوُزِ عَنِ المُسِيْئِ ،
وَأَنْتَ المُحْسِنُ وَأَنَـــا المُسِيْئُ ، فَتَجَــاوَزْ عَنْ قَبِيْحِ مَا عِنْدِي بَجَمِيْلِ مَا عِنْدَكَ ، فَأَنْتَ بِالمَعْرُوْفِ مَوْصُوْفٌ ،
أَئْتِنِي مَعْرُوْفَكَ ، وَأَغْنِنِي بِــهِ عَنْ مَعْرُوْفِ مِنْ سِوَاكَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ -
( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu
orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau
telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa,
sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab
itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan
yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik),
oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan
cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak
memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat
rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ).
( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana
dinyatakan oleh ulama Hadis -
Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )
Resipi Bubur Asyura :)
BUBUR ASYURA [sumber link]
Bahanya
1 biji keledek
1 biji keladi
2 biji pisang nangka
1 liter santan = 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 tin jagung
1/2 cawan kacang hijau (rebus)
1/2 cawan sagu mata ikan - (cuci - toskan)
1/2 cawan tepung beras
1 helai daun pandan
caranya :
potong keladi dan keledek - rebus dan toskan
jerang santan bersama gula pasir, gula merah dan daun pandan
potong pisang nangka - dadu
masukkan semua bahan dan tepung beras
sentiasa kacau supaya tak bergentel
masukkan sagu - kacau hingga pekat dan kental
bila sagu nampak jernih tuangkan dlm loyang dan sejukkan
tunggu sejuk baru potong
Note : sebenarnya bubur asyura ada byk version , ada yang
guna sampai 7 jenis kacang. hussss pening nak cari kacang tu,
ada pulak yang mcm bubur lambuk, ada letak daging mcm lee.
jeng2 nie lee dia bubur asyura version manis .Selamat mencuba.
p/s:malam ni ada kuliah ad-deen anjuran Mahallah Zainah bertajuk
"Hijrah Through The Eyes Of Muslim" yang mana panelisnya ialah
Ustaz Syaari Ab.Rahman,Imam Muda Asyraf dan sorang lagi saya lupa :)
Tweet
0 pengomen sporting!:
Post a Comment