Followers

Saturday, October 30, 2010

Ukhuwwah Tak Settle

Pagi yang ceria dan redup selepas hujan rahmat membasahi bumi.


Mesej masuk:


'Jom ke taman,kita jogging sesama adik-beradik,tengok ciptaan ALLAH,lepas tu
kita pegi makan kedai mamak'


Mesej tidak berbalas, terbiar sahaja dalam inbox.


Kenapa saya begini?Saya semakin tak faham dengan diri sendiri.Sering mesej dari
sahabat sekampus dan sahabat sekolah diabaikan sehaja jika tiada keperluan sangat.
Dan sesekali panggilan telefon juga sering dielakkan.Sehingga ada sahabat terasa hati.
Ya Allah, lembutkan hati dan hilangkan ego dalam diri ini.


Pagi ini juga begitu.Walau sedar tidak elok dalam berukhuwwah dengan membiarkan
sahabat kita ternanti-nanti saya masih melakukannya.Walhal saya tidak punya 
aktivitiyang memerlukan saya hadir pada pagi ini.Alasan sibuk di sini tidak dapat diterima.


Walhal mereka begitu mengharapkan saya turut serta turun membugar ukhuwwah!


Teringat lagi pesan seorang kakak:


"..walau sesibuk mana pun,tolonglah respon mesej.Kalau rasa malas sangat,tulis
Ya atau Tidak.Sebab respon kita amat penting untuk orang lain nak buat tindakan
seterusnya,bukan kita sorang je sibuk.."


Sehinggalah tadi semasa saya membaca status di facebook seorang sahabat yang 
pergi ke taman.Dia mengatakan ada yang secara senyap-senyap telah membayar makanan mereka.


Di mana saya ketika mereka runsing memikirkan perkara itu.Mungkin satu 
keuntungan bagi sesetengah orang tapi memikirkan mereka muslimat, perkara 
ini agak musykil dan membimbangkan.


Ya Allah, lindungilah sahabat seperjuanganku dari sebarang kemudharatan.


Benarlah, apa yang sering kita ucapkan akan diuji.Sama ada kita akan buat atau 
hanya sekadar ucapan manis di bibir.Sering mulut ini berkata ukhuwwah penting 
dalam bergerak-kerja mahupun dalam hidup bermasyarakat bila diminta 
pendapat namun bila sampai kepada diri ini sendiri,ia kurang dipraktikkan.






Again.I did a big mistake in refreshing da beautiful of Ukhuwwah Islamiyyah. :(


Sahabat, jika aku bengkok,mohon sangat luruskan aku.Jika aku jauh, ingatkan aku.

2 pengomen sporting!:

Muhammad Hamidi Zamri said...

kalau kita rasa diri kita sibuk, sbnr nye ramai lg yg lebih sibuk dari kita.. mudahkan urusan org lain, insyaAllah urusan kita akan dipermudahkan..

cuba wujudkan pertanyaan kpd diri sndiri.. "mcm mane kalau aku ada kt tempat diorang, mesti susah hati"

selamat beramal.. (",)

Izzati Nur said...

syukran akh ats igtan

betul2.semuanya berbalik kpd
kita utk mnyumbang dlam membugar
uhkhuwah

 

Blog Template by BloggerCandy.com