Followers

Thursday, November 4, 2010

Berdialog Dengan Tuhan


Hidup ini sering dibentangkan dengan pelbagai ujian mahupun masalah.Kadang lelah 
dalam menggalas tugas datang menyelit menguji ikhlas itu.Kadang serasa mahu 
melepaskan segala beban di pundak.Diri ini sering berasa lemah namun hati kecil 
membisik sabar.Kamu disayangi Allah swt sebenarnya.

"saya tak kuat, rasa tak layak dengan tugas ini"

"mereka hebat, saya ni jauh panggang dari api"

Keluhan jualah yang sering bermain di bibir.Mengenggam tangan sahabat 
agar aliran semangat mengalir ke dalam diri.Kata-kata motivasi mereka banyak membangkitkan diri yang lemah.Bersyukur punya sahabat seperti mereka.

Antara sabar dan mengeluh.

Semalam, tepukan kasih Allah kepada saya diberi melalui satu halaqah ilmu.Ketika 
sesi 'sharing moment' sementara menunggu azan isyak yang benar-benar menyentak 
jiwa.Lantunan nasihat dari salah seorang jemaah amat memberi kesan kepada 
minda turun ke benak hati.Benarlah majilis ilmu punya 1001 mutiara dan cahaya.

Sering kita menyangka berdoa adalah satu perbuatan usai solat wajib mahupun
sunat,memohon hajat dari pemilik alam.Benar,ia tidak salah.Itulah doa.

Namun doa itu juga adalah segala bentuk monolog dan dialog kita dengan ALLAH.
Bukan sekadar di tikar sejadah.Di mana sahaja, bila-bila masa!

Kehidupan Seorang Pelajar Muslim

Ketika menyarung kasut,pintalah kaki sentiasa ke majlis-majlis memuji Allah.
Di dalam perjalanan ke kelas, mohonlah urusan pembelajaran dimudahkan.
Sedang makan, mintalah supaya rezeki dimurahkan lagi dan dengan makan ini
boleh recharge energi untuk ibadah seterusnya.Ketika bersua dengan sahabat,
mohon ikatan ukhuwah berkekalan di jalanNYA.Ketika bermain, bisikkan
moga badan sihat untuk meneruskan perjuangan dan minda cerdas.Ketika melihat
langit, pujilah Sang Pencipta betapa hebat ciptaanNya.Ketika berehat, zikir tidak 
lekang di bibir.Ketika bertembung dengan bukan mahram,mohon dijauhkan
dari fitnah dunia.Ketika berwudhuk,mohon segala anggota wudhuk bercahaya dan
dapat membuat kebaikan sentiasa.Ketika ingin tidur,mohon dimaafkan segala
dosa sepanjang hari dan minta dipanjangkan umur untuk hari esok.

Sepanjang masa dan ketika dalam kerja buat kita seharian.

Doa adalah telepati antara kita dan DIA.Sentiasa ada talian hayat
antara kita dengan Yang Maha Mengetahui dan Maha Memahami.

Ketika rasa susah dan lemah, mohonlah diberi rasa sabar dan ketenangan.
Ketika rasa lalai, mohon hati sentiasa ingat hanya pada Dia sahaja.

Disaat kita berdoa bagi orang lain juga, kita akan mendapatkan kekuatan baru 
dan kita bisa melihat kemuliaan Allah dari peristiwa yang terjadi. 


Susah itu tarbiyyah.Sabar itu indah :)'



Kerna Dialah pemilik segala hati lalu kita sebagai hambaNYA wajib bersangka
baiklah dengan Allah swt.


Allah sentiasa dekat dengan kita.Lalu kenapakah kita pula ingin menjauh??

2 pengomen sporting!:

TulipKu said...

doaku bersamamu..

Izzati Nur said...

mohon doa dari kak dan yg lain

 

Blog Template by BloggerCandy.com