Be more proactive and speak it out.
Semester ini mungkin boleh dikatakan mencabar bagi saya.Walau tidak ambil banyak
subjek,bukan alasan saya boleh bersenang-lenang.Goyang kaki tanpa kerja.Demi tugas
dan tanggungjawab yang harus digalas,persediaan rapi wajib dibuat.
Pesanan seorang sahabat saya buat renungan bersama:
"..jadilah seperti seorang pedagang atau pengembara yang sentiasa membawa
bekal.Apabila sampai petang,jangan tunggu sampai pagi.Apabila sampai pagi
jangan tunggu sampai petang.Dan ambillah masa sihatmu dari masa sakitmu,
dan ambillah hidupmu dari matimu.."
Benar.Inilah penyakit utama dalam belajar mahupun bergerak-kerja.Suka bertangguh.
Alasan "tunggu kejap lagi nak buat", "due date lambat lagi", "takpe, nanti senang sket"
sering menghiasi bibir mahupun terdetik di hati apabila dihidang tanggujawab sebagai
pelajar dan pekerja amal Islami.Saya juga sering memberi alasan itu dan ini.Walhal
akhirnya, diri sendiri yang terkejar-kejar bila waktu hampir tamat.Lalu datanglah
demam dan sakit akibat tekanan kerja saat akhir.Diri juga yang menanggung akibat
sikap suka bermain dengan waktu ini.
Ingatlah, masih banyak hak diri kita yang belum tertunai!
Dari Padang Bola
Demam Piala Malaysia yang bakal bergegar di Stadium Bukit Jalil kian terasa.Pasukan
merah putih jadi pilihan.Apa yang menarik tentang bola ialah penjaga masa yang
memang menjaga masa perlawanan.Jika 90 minit masa perlawanan,maka bertiuplah
wisel tanda masa sudah tamat.On the dot.
Nah,ini kita boleh ambil dari padang bola itu.
Alangkah gmbiranya hati bila GOL dijaringkan,tak boleh nak bayangkan segembira
macam mana.Pernah tak kita dapat sesuatu yang sangat diinginkan?Mesti hati
girang dan gembira yang teramat sangat kan?Bak kata orang kampung,
"serupa kera boleh bunga".Teramat gembira.Kegembiraan lebih terbayang di muka
Shahrul Idlan,matanya berkaca.Bersungguh-sungguh dan betapa gembira bila dia boleh
memberi gol untuk pasukan KELANTAN.
Kalau kita bermain apa sahaja,perasaaan apabila team kita menang dengan perasaan
kita sendiri menjaringkan gol itu sangat berbeza! (Ini ulasan seorang sahabat saya)
Moral:
1)Buatlah kerja apa-apa pun kena bersugguh-sngguh.Jangan berhenti selagi tak tercapai
target dan sasaran.Belajar dan bekerja yang punya visi dan misi.
2)Adakah kita yang memberi sumbangan ke arah itu( keberjayaan pasukan) atau hanya sekadar mengikut sahaja apa-apa yang dalam pasukan??
Sedaya yang mampu, selagi boleh, biarlah kita menjadi penyumbang kepada kelancaran.
Bukan hanya menumpang kesenangan.Jika harus buat kerja berkumpulan,biarlah ada
juga hasil sumbangan dari kita bukan hanya berpeluk tubuh sahaja,komen itu dan ini.
Agar bukan kita yang menjadikan segala kerja tempang disebabkan sikap acuh tak
acuh dan sambil lewa kita.Jom transform!
Kita tidak boleh mengubah keadaan tapi kita boleh ubah dan kawal diri sendiri.
"..penyesalan adalah untuk diubah kepada yang lebih baik,bukan hanya sekadar
penyesalan yang kosong tanpa perubahan.."[a.amirulhafiz hanif: bakal kaunselor]
4 pengomen sporting!:
thanks dear atas peringatan ini...
jangan lepaskan pegangan tanganku ini sahabat....
kalianlah penguatku dijalan ini....
sayang kamu!
^_^
tiada yg lebih bermakna slps
dapt nikmat Islam dan iman
melainkan pnya sahabat yg soleh
jika aku jatuh,bangkitkan aku
jika aku bengkok,luruskan aku
sama2 sokong ye!
syg kmu juga:)
ayat terakhir tu hebat...
memetik orang terulung...
ada orang kata.. (a.peng tak buat pun)..hehehe
bangun pagi.. duduk sekejap..
buat list kerja hari ini...
baru segalanya terancang dengan baik
abe peng pun hebat jgk berkata2
hmm nati nk try wt gapo
hok a.peng cdg tuh..
duduk2, merenung, pkir2 :)
Post a Comment