Bismillahirrahmanirrahim...
Moga hari ini lebih baik dari hari- hari semalam. Hari ini terasa sungguh bahagia setelah
dapat berbual, biarpun sekadar chatting di alam maya dengan sahabat yang amat dirindui jauh di mesir sana, Aisyah Fakriyah. Teringat pula zaman sekolah. Tanpa sedar, masa berlalu dengan pantas sekali tanpa menunggu kita sedikitpun. Benarlah seperti syair ada mengatakan:
Sungguh, waktu itu terus berlalu, terlalu laju,
tanpa menanti kita sedetik pun,
namun, mengapa kita masih tega berdosa,
benar sekali seperti kata Imam Syafi'e:
"Perdaran masa adalah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya"
Balligh 'anni walau aayah. sekadar berkongsi ilmu sewaktu majlis talaqi kitab Bidayatul
Hidayah yang diadakan pada setiap minggu d uia tentang CARA UNTUK MENJAGA DIRI
DARI MAKSIAT. Semoga Allah sentiasa merahmati guru kami, Ustaz Muhadir bin Haji Joll yang telah banyak membimbing kami mencari jalan permulaan hidayah.
Menurut Imam Ghazali r.a: 3 perkara untuk menjaga diri dari maksiat iaitu
- mujahadatun nafs
- sadduz zaroi' (tutup pintu jalan kejahatan)
- zikrullah yang berterusan
MUJAHADAH NAFSU
Fitrah manusia itu sering melakukan kesilapan. Namun bagi yang beriman, mereka akan sentiasa mujahadah diri (bersungguh-sungguh) daripada terus melakukan kemungkaran padaNYA. Mereka akan segera kembali bertaubat dan menjadikan setiap detik dan setiap
turun naik nafasnya mempunyai nilai ibadah. Tapi, ini adalah sesuatu yang agak sukar
jika iman kita masih lemah dan ilmu pengetahuan kita masih sedikit, apatah lagi jika
perbuatan itu sudah terbiasa kita lakukan, sama ada ketika bersendirian mahupun di
tengah orang ramai. Jadi, Islam menganjurkan umatnya untuk menempuh
3 peringkat dalam usaha melawan nafsu ini.
1. Takhalli (Mengosongkan atau membuangkan)
2. Tahalli (Mengisi atau menghiasi)
3. Tajalli (Terasa kebesaran dan kehebatan Allah)
............................
- TAKHALLI (mengosongkan atau membuang)
Di peringkat ini, kita mesti melawan dan membuang terus semua kehendak-
kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh daripada diri kita, maka nafsu itu akan sentiasa menguasai diri kita. Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tiada tempatnya, lantas manusia itu akan diperhambakan oleh nafsunya sendiri. Oleh itu usaha melawan hawa
nafsu janganlah dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada sahabat-sahabatnya ketika pulang dari satu medan peperangan:
Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih
besar. Sahabat bertanya: Peperangan apakah itu? Baginda berkata: "Peperangan
melawan hawa nafsu".(Riwayat Al Baihaqi). Kerana apa? Sesungguhnya, nafsu itu ada
di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita.
Sifat-sifat ini melekat pada hati sepertilah daki melekat di badan. Kalau kita malas
menggosok, maka akan bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak dalam hati kita. Sebaliknya jika kita membersihkannya dengan ibadah yang istiqomah, didikan yang berterusan daripada guru yang mursyid, dankemahuan yang bersungguh-
sungguh untuk bertaubat, maka akan bersihlah hati dan sucilah jiwa dari kotoran mazmumah ini. Jadi, ayuh sama-sama kita praktikkan langkah pertama ini dahulu. Jika
kita suka menonton cerita atau filem yang melemahkan iman, buanglah tabiat buruk ini
dengan kesedaran bahawa melayani syahwat mata pada yang haram akan
menghancurkan kemanisan iman. Jika kita suka berdusta dalam berbicara, buanglah
sifat munafik ini kerana Allah telah berfirman dalam Al-'Imran ayat 61: "Serta kita
meminta supaya laknat ALLAH ditimpakan pada orang-orang yang berdusta". Dan jika
kita kita suka mengumpat, kikislah tabiat ini kerana ia seolah-olah memakan daging
saudara kita sendiri.. Dan lagi, jika kita suka berpakaian mendedahkan aurat
( pakaian nipis, ketat dan tidak menutup aurat), buanglah pakaian tersebut, dan
gantikanlah dengan pakaian yang lebih sopan dan memenuhi syari'at islam. Ingatlah
bahawa Rasulullah pernah bersabda: "golongan yang termasuk penghuni neraka
ialah kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang (iaitu pakaian nipis, ketat dan
tidak menutup aurat)."
- TAHALLI (menghiasi dengan sifat mahmudah)
Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati daripada sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat mahmudah. Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghiasi hati kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah,taubat, bersangka baik, takutkan Allah, pemaaf,pemurah, syukur, zuhud, tolak ansur, redha, sabar,rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, berkasih sayang sesama mukmin, selalu
ingat mati dan tawakal dalam apa jua tindakan kita. Untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudah, kita perlu sekali mujahadah (yakni bersungguh-sungguh). Man jadda wajada.
Jika kita mahukan result yang cemerlang dalam exam, kita pasti berusaha sehabis daya
hingga sanggup tidur pukul 3 pagi semata-mata untuk study. Tapi bagaimana pula agaknya kesungguhan kita dalam bertaubat?? Memang tidak dapat dinafikan peringkat mujahadah
ini, kita masih terasa berat dan susah untuk istiqomah melakukannya. Tapi insya Allah,
jika kita bersungguh-sungguh dan ikhlas, lama kelamaan ia akan sebati dengan
hati, dan akan terasalah lazatnya ibadah itu. Contohnya, peringkat takhalli tadi, kita
telah berjaya mujahadah untuk membenci dan membuang tabiat buruk menonton cerita
yang melalaikan, jadi dalam peringkat ini, mungkin kita boleh mengisi masa kita dengan menonton cerita yang bermanfaat seperti imam muda, KCB special ramadhan, upin ipin,
dll yg tidak melaghokan (sekadar cadangan..=), ataupun kita boleh melayari blog ilmiah di internet dan juga kita boleh mengisi masa terluang dengan membaca buku/novel yang
ilmiah. Selain itu, contoh lainnya ialah jika kita mahu mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita ,terutama barang
yang kita suka dan sayang untuk diberikan kepada orang lain atau sahabat sekeliling kita..Mulanya tentu terasa berat dan payah, tetapi janganlah menyerah. Kita lawan!!!
Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk mendapat pahala sedekah, ingat bagaimana hebatnya sifat pemurah orang Ansar dahulu pada orang
Muhajirin sewaktu di Madinah. Jadikan sirah nabi dan kisah para sahabat sebagai
motivasi kita untuk memupuk dan menghiasi sifat mahmudah dalam diri kita ini
sesuai dengan peringkat tahalli ini
- TAJALLI (terasa kehebatan dan keagungan Allah)
Hasil daripada mujahadah dalam takhalli dan tahalli tadi, kita akan memperolehi tajalli
iaitu sejenis perasaan lapang, tenang dan bahagia hasil daripada ibadah yang istiqomah.
Pada waktu ini, hati seakan- akan celik, hidup dan sentiasa terasa akan kehebatan Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-'Imran ayat 190-191: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda
kebesaran Allah bagi orang yang berakal iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri,
dudk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit
dan bumi, sambil berkata: Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini
sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".. Harapan dan
pergantungan mereka hanya pada Allah Rabbul Jalil. Apa jua masalah hidup, dihadapi
dengan tenang dan yakin pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara yang mereka
alami. Tika ini, mereka akan dapat merasai kemanisan iman sewaktu beribadah.
SADDUZ ZAROI'
Setelah mujahadah nafsu dengan membenci, membuang sifat mazmumah dan menggantikannya dengan sifat mahmudah, kita mestilah menutup segala pintu
jalan kejahatan. Contohnya, jika kita suka melihat perempuan atau lelaki ajnabi,
tunduklah pandangan sewaktu berjalan. Jika kita suka melayari internet yang
membahayakan iman kita, berhentilah sekejap daripada menggunakan internet. Jika
hati kita sentiasa lalai dengan memikirkan si buah hati tersayang yang belum halal
statusnya, kurangkan mesej, fb atau contact supaya hati kita terjaga daripada
mengingati makhluk, sebaliknya isilah hati dengan mengingati KHALIQ. Jika kita ini suka mengumpat dan berdusta, kurangkanlah bercakap. Jauhilah orang yang pasti apabila
bersama dengannya, kita akan mengumpat.
ZIKRULLAH
Kita juga hendaklah melazimi diri kita dengan zikrullah yang berterusan. Zikir ini terbahagi pada 2 iaitu zikir am dan zikir khas. Zikir am ini adalah seperti berkata
dengan perkara baik, berbincang tentang sesuatu yang bermanfaat seperti usrah, saling berpesan dan menasihati ke arah kebaikan. Manakala zikir khusus ini adalah wirid seperti tasbih, tahmid,istighfar, tahlil, selawat, ma'thurat, hizb, dll. Ulama' ada mengatakan
bahawa makanan rohani yang seimbang ialah tiga iaitu 1)istighfar...2)selawat...3)tahlil (LAILAHAILLALLAH)...
Ilmu ini saya dapat sewaktu mengikuti majlis pengajian talaqqi dengan Syeikh Fahmi
Zamzam (guru pada ustaz kami, Ustaz Muhadir) di masjid al-Falah,USJ9. Kata beliau,
zikir ini dapat menguatkan jiwa. Jika solat dan puasa, orang yang berhadas besar
tidak dapat lakukannya, tapi berbeza dengan zikir. Inilah kehebatan zikir... Biarlah kita
ada amalan zikir yang dapat kita istiqomah lakukannya setiap hari, walaupun sedikit.
Contohnya, bacalah Ma'thurat tiap hari dan paling kurang 5 m/s al-quran setiap hari
Setiap kali selepas solat fardhu, baca 1 m/s al-quran. Insya Allah, hati kan tenang, jiwa
kan bahagia, hidup kan dirahmati sentiasa.
....................................................................
Bagi sahabat- sahabat yang sedang bercuti sekarang, manfaatkan cuti ini ini
dengan syariatNYA. Jangan kita gunakan nikmat yang telah ALLAH pinjamkan ini
untuk melakukan kemungkaran padaNYA. Pesan buat diri sendiri terutamanya, dan
juga sahabat- sahabat yang dikasihi:
BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT,
bagaimana mungkin aku bisa ketawa,
tika dosaku lebih banyak dari pahala,
bagaimana mungkin aku terleka,
pada ajal yang kan tiba bila-bila masa,
pada azab kubur yang sungguh menyeksa,
pada azab yang tersedia di neraka,
pada hari pembalasan yang pasti tiba,
SEDANG DIRI INI BELUM SEDIA.
segala yang baik daripada ALLAH TA"ALA dan segala kekurangan dan kesilapan dari diri
sendiri. allahummaghfirli......
sendiri. allahummaghfirli......
syukran bagi permisi acik letak dalam blog buruk ni~
teringat dialog kita di stesen itu :)
teringat dialog kita di stesen itu :)
3 pengomen sporting!:
ibadat jadi suram,
jiwa jadi kelam,
bila nafsu mencengkam.
ety...xnapok tulisan...ppena mato..huhu
k.siti:hehe.sorry.da tkar layout
bleh nmpk dah kot
azhar:yup,jiwa yg kelam,hati rosak
nauzubillah
Post a Comment